Pagi Aidiladha Di Bangkok


[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Kedua | Khamis, 29 Jun 2023]
Waktu solat Subuh di Bangkok seawal pukul 4.34 pagi. Pukul 4 pagi saya dah kejutkan Encik Suami supaya bersiap untuk berjemaah Subuh di Masjid Darul Aman. Masjidnya dekat sangat dan berada di lorong yang sama dengan hotel (tak payah lintas jalan besar pun), memang mudah nak pergi. Sambil tu bolehlah tanya orang, masjid di sini mula solat sunat hari raya pukul berapa. Dah tau masa yang tepat kan lebih mudah

Balik dari masjid, Encik Suami menyampaikan info - masjid di sini mula solat pada pukul 9 pagi. Info diperolehi daripada imam masjid yang boleh berbahasa Melayu (berbunyi loghat Kelantan)


TAKBIR RAYAKira-kira pukul 6.40 pagi, pihak masjid membuat satu pengumuman melalui pembesar suara. Pengumuman dibuat tentulah dalam bahasa Thai, tapi saya fahamlah ‘Assalamualaikum…Sawadikap…Aidiladha…Kap kun kap’. Pihak masjid beritahu pasal waktu solat sunat Aidiladha la tu kan 😁
Sebenarnya, itulah kali pertama saya mendengar bunyi dari corong pembesar suara di sini. Tiada alunan azan menerusi pembesar suara bagi solat fardhu (berdasarkan pengalaman saya selama beberapa hari di sini). Tapi nampaknya, ada kelonggaran bagi solat sunat hari raya dan solat Jumaat (azan, khutbah & bacaan solat kedengaran menerusi pembesar suara). Alhamdulillah

Seperkara lagi, sistem pembesar suaranya bagus kerana diletak pada tempat tertentu (antaranya - ada sebuah pembesar suara berhampiran bangunan hotel kami menginap). Biasanya kalau di tempat kita, pembesar suara hanya dipasang di luar masjid/surau. Jadinya mereka yang tinggal berhampiran akan dengar lebih kuat dan mungkin rasa terganggu, manakala yang tinggal sedikit jauh cuma boleh dengar sayup-sayup je alunan azan

Berbalik cerita pagi hari raya Aidiladha - sejurus selepas pengumuman, kedengaran alunan takbir raya menerusi corong pembesar suara. Saya buka sliding door bilik untuk lebih menghayati suasana pagi hari raya di sini

Video berdurasi 22 saat. Gema takbir raya berlatarkan pemandangan bangunan di sekitar hotel penginapan kami. Tenang rasanya bila mendengar suara takbir. Alunan takbir berterusan sehinggalah tepat pukul 9 pagi, iaitu waktu bermulanya solat sunat hari raya


MASJID DARUL AMANKami bersarapan ringkas di pantri hotel sebelum bergerak ke masjid. Minuman kopi dan roti bakar disapu jem & mentega cukup mengalas perut bagi memulakan hari

Pukul 8.30 pagi kami berjalan menuju ke masjid. Sambil berjalan, saya perhatikan orang-orang membawa bungkusan makanan atau dulang makanan menuju ke masjid. Makanan itu kemudian diserahkan kepada orang masjid yang sedia menunggu di suatu sudut hadapan masjid. Saya fikir, mungkin makanan sedekah untuk jamuan selepas solat sunat hari raya

Selain itu, kehidupan harian penduduk di sini berjalan seperti biasa. Ramai yang sedang berjalan kaki atau bermotosikal keluar dari lorong, mungkin pergi kerja. Komuniti Muslim hanyalah minoriti di sini. Tiada cuti umum bagi hari raya Aidilfitri dan Aidiladha

Suasana agak meriah di hadapan masjid. Ramai juga yang tak melepaskan peluang berfoto di depan masjid. Saya pula hanya memotret dari seberang jalan. Susah nak dapatkan foto dengan sudut yang diingini sebab lorong ni kecil dan motosikal dah memenuhi bahu jalan. Sekadarnya sajalah, asalkan ada foto sebagai kenangan

Laluan masuk ke bahagian dalam masjid. Mulanya saya hairan juga kenapa ada orang duduk berderet di kanan dan kiri laluan masuk. Rupanya mereka meminta sedekah daripada para jemaah sewaktu lepas solat

Dalam masjid

Mimbar masjid. Foto oleh Encik Suami, dirakam sewaktu nak menunaikan solat Subuh. Itu yang lapang tak ada orang 😀
Sekitar pukul 9.50 pagi, jemaah bersalaman selepas solat

Selesai solat raya, seterusnya kami nak cari makanan berat sebelum meneruskan aktiviti jalan-jalan. Ada kisah lucu, segan tetapi penuh rasa syukur berkaitan hidangan pagi raya kami di Bangkok. Sampai sekarang bila terkenang kisah tersebut, saya masih rasa segan sangat 😅. InsyaAllah saya catatkan dalam entri seterusnya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/07/pagi-aidiladha-di-bangkok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Solat Sunat Aidiladha 1444h

The Colours Of Life Solat Sunat Aidiladha 1444h

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 260 hits
The Colours of Life Solat Sunat Aidiladha 1444H Masjid Jamek Gelang Patah 8 30 pagi https youtube com shorts y469ilYa110 feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife RayaRayaSeries Aidiladha blogger photography photoblog SJCAM Sams...
The Colours Of Life Salam Aidiladha 1444h

The Colours Of Life Salam Aidiladha 1444h

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 329 hits
The Colours of Life Salam Aidiladha 1444H Salam lebaran dari kami sekeluarga https youtube com shorts 17vNpE1dtRo feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife RayaRayaSeries Aidiladha 1444H blogger photography photoblog SJCAM Samsu...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Sa Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 339 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua macam mana sambutan Aidiladha korang Ada yang buat korban SA tahun ni korban hati dan perasaan je la hahahha xde laa kat kampung ada la yang buat korban tapi kami x balik kampung Mak Pa...
A Year Of Savings For Myanmar Man To Perform Aidiladha Sacrifice

A Year Of Savings For Myanmar Man To Perform Aidiladha Sacrifice

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 259 hits
Meat to be distributed following a korban or sacrificial ritual held in conjunction with Aidiladha today PETALING JAYA Mohd Abdullah a Muslim from Myanmar would set aside a small portion of his daily earnings in hopes that he would have sav...
Fans Swarm Pm Anwar At Putrajaya Mosque After Aidiladha Prayers

Fans Swarm Pm Anwar At Putrajaya Mosque After Aidiladha Prayers

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 295 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is seen at Putra Mosque in Putrajaya performing Aidiladha prayers June 29 2023 Picture by Hari AnggaraPUTRAJAYA June 29 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim drew a large crowd of people as he perfo...
Pm Bertakbir Raya Aidiladha Bersama Kariah Di Sg Long

Pm Bertakbir Raya Aidiladha Bersama Kariah Di Sg Long

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 180 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertakbir Hari Raya Aidiladha bersama kariah di Masjid Taman Rakan Sungai Long Kajang berdekatan kediaman keluarga beliau Takbir hari raya itu dirakamkan oleh RTM 1 dan turut disiarkan di ...
284 Ditahan Ops Samseng Jalanan Malam Aidiladha Ikon Permotoran Popular Turut Ditangkap

284 Ditahan Ops Samseng Jalanan Malam Aidiladha Ikon Permotoran Popular Turut Ditangkap

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 153 hits
Melalui laporan individu lelaki yang merupakan influencer serta dikenali sebagai Ikon Permotoran antara 284 yang ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan malam AidilAdha Rabu di Kedah Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisione...
Hiburan Jom Tengok Sambutan Hari Raya Aidiladha Artis Tahun Ini Aina Abdul Paling Simple

Hiburan Jom Tengok Sambutan Hari Raya Aidiladha Artis Tahun Ini Aina Abdul Paling Simple

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 360 hits
Hari raya Aidiladha atau hari raya haji merupakan salah satu perayaan yang disambut meriah oleh umat Islam di negara ini Kebiasaannya di Malaysia ramai yang akan menyambut hari raya Aidiladha dengan menjamu makanan dan mengambil gambar bers...
Salam Aidiladha 2023 1444h

Salam Aidiladha 2023 1444h

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 348 hits
SALAM AIDILADHA 2023 1444H Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua SAYU DAN SYAHDU TAKBIR RAYA Alhamdulillah Syukur ya Allah Terima kasih Allah Ibadah korban sana sini Semoga ini menjadi satu permulaan...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada