Noursabah Boutique Bed Bangkok Ratchathewi Bangkok Thailand


Noursabah Boutique Bed Bangkok - hotel penginapan kami untuk dua malam pertama di Bangkok. Sebuah hotel milik Muslim yang terletak di lorong kawasan penempatan komuniti Cina dan Muslim Thai

Bangunan hotel setinggi 6 tingkat tersergam di antara deretan bangunan rumah dan premis perniagaan

Kabinet kasut.Nak masuk hotel, kita kena buka kasut di luar. Lepas mendaftar masuk, letak kasut di rak tersedia mengikut nombor bilik kita. Dalam setiap rak ada disediakan dua pasang selipar untuk kita pakai dalam hotel

Cantik dan menarik dekorasi di lobi hotel. Bagi yang nak merokok, pihak hotel menyediakan set kerusi meja di balkoni. Alat penimbang juga turut disediakan, mudahlah kita nak timbang beg untuk dibawa naik pesawat

Sudut pandang dari balkoni di lobi hotel


BILIK CANTIK DAN SELESA!
Sudut pandang dari pintu lif.Bilik kami terletak di aras 4 (bilik sebelah kiri berhampiran papan seterika itulah bilik kami). Yeay…ada seterika! Ikutkan memanglah nak bawa semua pakaian jenis tak perlu seterika, tapi tak cukup pulak. Terpaksa bawa beberapa helai baju dan tudung yang perlu diseterika. Encik Suami tolong bawa masuk/keluar bilik set seterika ni setiap kali saya nak menggosok pakaian, sebab kami tak nampak pulak soket di luar

Setiap bilik bukan saja ada nombor bilik, malah ada nama bilik. Tak taulah ambil sempena nama apa

Foto selipar | Inilah dua pasang selipar yang diambil dari rak kasut tadi. Satu saiz besar dan satu saiz kecil sedikit, sesuai untuk kami berdua

Inilah bilik penginapan kami - Grand Deluxe City View. Alhamdulillah dapat bilik cantik dan sangat selesa 😍. Cantik lantainya. Tilamnya pula empuk selesa

Saya suka bilik ini sebab ada tingkap dan sliding door yang boleh dibuka. Walaupun pada kebanyakkan masa saya tak bukak pun tingkap dan pintu tu, tapi saya rasa seronok macam duduk bilik di rumah. Tingkap di bahagian kepala katil tu kalau buka, terus nampak dinding bangunan sebelah sebab kedudukan bangunan di sini rapat-rapat. Kalau buka sliding door tu pulak kita akan nampak bangunan rumah-rumah. Juga terdapat ruang balkoni kecil dengan ampaian boleh alih. Mudahlah kot nak menyidai apa-apa

Satu lagi kelainan pada hotel ini, bilik hotel dilengkapi dengan air purifier. Memang terbaik

Lengkap semuanya. Peti sejuk mini dan panduan arah kiblat pun ada

Sinki terletak di luar bilik air. Terdapat sebuah tingkap di sini, jenis tolak di bawah. Jadinya kalau kita buka untuk pengudaraan, tidaklah orang bangunan sebelah boleh nampak kita

Bilik airnya tak luas, tapi masih selesa dan tak terasa sempit. Cantik jubinnya

Foto atas kiri | Biasanya pihak hotel sediakan satu saja sanitary bag bagi setiap hari. Tapi di sini siap digantung banyak begini. Sangat memahami dan memudahkan urusan orang perempuan. Ini antara hal-hal kecil yang memberi nilai tambah pada pengalaman penginapan saya di sini

Foto bawah kiri | Sabun mandi dan syampu aromaterapi. Sedap baunya

Foto kanan | Saya berkenan dengan rekaan tingkap dalam bilik air ni. Tingkapnya besar, bagus untuk pengudaraan. Jenis tolak dari bawah untuk lebih privasi. Dipasang pula tingkap berjaring (boleh buka) untuk mengelakkan serangga masuk. Dan dilengkapi pula dengan bidai jenis ‘blackout’, kalau waktu malam kita buka lampu bolehlah turunkan bidai tu


RUANG PANTRI 24 JAMSeronoknya menginap di sini, pihak hotel menyediakan ruang pantri yang boleh kita gunakan 24 jam. Tapi kena layan dirilah ya. Ala-ala duduk rumah sendiri, nak makan minum pergilah ke dapur dan sediakan makan minum sendiri

Lengkap dengan peralatan makan minum, mesin kopi, cerek elektrik, microwave, pembakar roti. Tak banyak pun makanan tersedia semasa kami menginap di sini, cuma ada mi segera, yogurt dan pilihan minuman (kopi, teh, coklat, susu). Tapi ini pun dah cukup bersyukur, bila-bila rasa lapar atau nak ngopi boleh ke sini. Nak duduk makan makanan yang dibeli dari luar pun boleh. Sebab di lorong depan hotel ni memang banyak jualan makanan jalanan (street food) yang halal

Pilihan cereal (oats dan cornflakes), roti putih, jem, butter dan madu disediakan pada waktu sarapan bermula pukul 6 pagi. Walaupun cuma sarapan ringkas, tapi ianya sangat membantu kami alas perut sebelum keluar ke mana-mana. 
Tak banyak set meja kerusi tersedia, cuma ada 8 buah kerusi. Tapi sepanjang dua hari kami makan di sini, tak pernah lagi ruangan ni penuh. Biasanya hanya saya dan Encik Suami, ada sekali je satu keluarga makan bersama. Mungkin sebab bilik penginapan di hotel ni tak banyak dan kami menginap bukan pada hari hujung minggu, selain terdapat banyak pilihan makanan di luar

Foto bahagian luar pantri, dipisahkan dengan sliding door. Dekorasi ringkas tumbuhan hijau yang sedap mata memandang. Di sudut ini juga kita dapat melihat dengan jelas kedudukan bangunan yang dibina rapat-rapat di sini. Walaupun rapat begini, tak kedengaran pun bunyi riuh atau bising. Suasana tenang je

**********
Secara keseluruhannya, Alhamdulillah kami sangat berpuas hati selama menginap di sini pada 28 - 30 Jun 2023 lalu. Tak ada sebarang pengalaman tak seronok (harapnya kekal begitu jika kami berpeluang datang lagi)

Bilik penginapan yang cantik, bersih, selesa dan lengkap dengan kemudahan. Layanan baik staf (kami dilayan oleh 3 orang staf kaunter yang berbeza), semuanya mesra dan sentiasa membantu kami. Saya rasa selesa seperti berada di rumah sendiri - tak pakai kasut, boleh melepak di pantri bila-bila masa dan suasana tenang. Faktor lain kenapa saya suka menginap di sini :Lokasi strategik dengan stesen tren - 550 meter ke stesen BTS Phaya Thai (stesen pertukaran ARL) dan 500 meter ke stesen BTS Ratchathewi. Setiap hari kami berjalan kaki melalui celahan lorong kecil rumah penduduk untuk ke stesen Phaya Thai, tak pernah lagi ke stesen Ratchathewi. *BTS - Bangkok Skytrain, ARL - Airport Rail Link.Dekat dengan Masjid Darul Aman, iaitu di lorong yang sama dengan bangunan hotel. Jarak cuma 180 meter, sesuailah dengan tujuan kedatangan kami kali ini nak melihat sendiri kehidupan komuniti Muslim Thai di Bangkok. Dapatlah Encik Suami pengalaman menunaikan solat bersama komuniti Muslim di sini.Terdapat banyak pilihan makanan halal di sepanjang lorong hotel dan kawasan berhampiran. Ada kedai makan dan jualan street food (lebih meriah pada waktu malam). Kedai makan halal paling dekat - Asma Kitchen, terletak berhadapan dengan bangunan hotel.Terdapat dua buah kedai 7-Elevan di lorong hotel. Sangat memudahkan bagi kami membeli kudapan dan bekalan berjalan (kekacang dan minuman).Merasai ‘local vibes’ sebab hotel terletak di kawasan penempatan penduduk. Kita dapat menyaksikan kehidupan harian penduduk, rumah kediaman mereka dan merasa makanan jalanan tempatan. Ianya sesuatu yang menarik bagi saya.Lorong yang tidak sibuk, bersih dan suasana tenang walaupun penempatan padat penduduk.
Menurut saya, ianya pengalaman penginapan yang berbaloi dengan bayaran sebanyak RM307.82 untuk dua malam. Kalau kalian nak ke Bangkok dan mahukan penginapan dengan ciri-ciri di atas, bolehlah cuba menginap di sini. Kami buat tempahan bilik di Agoda, atau kalian boleh juga buat tempahan di laman web rasmi mereka www.noursabahbangkok.com


————————————————————————-
NOURSABAH BOUTIQUE BED BANGKOK164, Petchaburi 7 Alley,Ratchathewi, Bangkok, 10400,Thailand









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/07/noursabah-boutique-bed-bangkok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persediaan Trip Ke Bangkok Thailand

Persediaan Trip Ke Bangkok Thailand

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 334 hits
Hasrat nak merasai sambutan hari raya di luar Malaysia ini sebenarnya dah tercetus sejak sebelum pandemik COVID 19 Memandangkan hari raya merupakan sambutan yang cukup istimewa dan meriah di negara sendiri jadinya agak sukar juga bagi saya ...
Investing In Real Estate In Thailand A Guide To Properties In Phuket

Investing In Real Estate In Thailand A Guide To Properties In Phuket

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 364 hits
Thailand has long been a popular destination for vacationers but recently it has also become a hotspot for investors looking to buy villas with a terrace in Thailand The country s tropical climate beautiful beaches and The post appeared fir...
Makan Di Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai Thailand

Makan Di Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai Thailand

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semua dalam keadaan baik baik sahaja Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku makan steamboat buffet yang sedap meriah dan begitu menyelera...
Thailand S Rice Exports To Surpass 8 Million Tonnes This Year

Thailand S Rice Exports To Surpass 8 Million Tonnes This Year

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 160 hits
Thailand s rice exports rose by 14 4 in the first four months of 2023 a Thai government spokesman said PETALING JAYA Thailand is on track to remain the world s second largest rice exporter with a target of more than 8 million tonnes in expo...
Thailand S Pita Fails To Secure Majority In Pm Vote

Thailand S Pita Fails To Secure Majority In Pm Vote

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 199 hits
US educated Pita Limjaroenrat is the leader of election winners Move Forward BANGKOK Thailand s Pita Limjaroenrat failed today in his initial bid to become Thailand s next prime minister after he was thwarted in a high stakes parliamentary ...
Ing Suk House By Yangnar Studio In Nam Phrae Thailand

Ing Suk House By Yangnar Studio In Nam Phrae Thailand

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 316 hits
Project ING SUK House Architects Yangnar Studio Location Nam Phrae Thailand Area 538 sf Year 2022 Photographs by Rungkit Charoenwat ING SUK House by Yangnar Studio Located in Nam Phrae Thailand the ING SUK House by Yangnar Studio The post a...
Pagi Aidiladha Di Bangkok

Pagi Aidiladha Di Bangkok

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 178 hits
Catatan Trip ke Bangkok Hari Kedua Khamis 29 Jun 2023 Waktu solat Subuh di Bangkok seawal pukul 4 34 pagi Pukul 4 pagi saya dah kejutkan Encik Suami supaya bersiap untuk berjemaah Subuh di Masjid Darul Aman Masjidnya dekat sangat dan berada...
2 Killed 10 Injured As Overpass Collapses In Bangkok

2 Killed 10 Injured As Overpass Collapses In Bangkok

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 266 hits
At least two persons were killed and another 10 injured after a segment of an overpass under construction collapsed at Lat Krabang district in Bangkok yesterday evening A 500 m section of the elevated overpass under construction collapsed o...
15 Creative And Stylish Diy Bed Frame Projects For A Dreamy Bedroom

15 Creative And Stylish Diy Bed Frame Projects For A Dreamy Bedroom

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 311 hits
Embark on a journey of DIY craftsmanship and style as we present to you 15 ingenious and stylish DIY bed frame projects Your bedroom is a personal sanctuary and the bed frame is its centerpiece The post appeared first on
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya