Persediaan Persaraan Anda Bermula Dari Sekarang






Zainuddin Hj Omar


Baru-baru ini bekas pembantu rumah kami yang berasal dari Aceh dan pernah bekerja dengan kami selama 10 tahun pada tahun 80’an datang berkunjung dan melancong ke Malaysia. 


Beliau sekarang sudah menjadi hartawan di sana kerana memiliki berpuluh ekar tanah kelapa sawit. 


Semasa bekerja dengan kami setiap gaji bulanan yang diterima akan dihantar balik ke Aceh untuk membeli tanah gersang berharga murah. 


Tanah-tanah diusahakan dengan mengupah pekerja kampung untuk menanam kelapa sawit. 


Sekarang ini ladang sawit beliau telah mengeluarkan hasil bersih lebih kurang Rp 10 juta setiap bulan. 


Pendapatan Rp 10 juta (RM3000) setiap bulan adalah amaun yang sangat selesa untuk hidup di Aceh. 


Daripada seorang pembantu rumah yang daif dan tidak berpelajaran kini beliau seorang hartawan yang hidup selesa kerana mempunyai wawasan dan pelan kewangan yang jitu. 


Ayah saya bersara dengan dengan mendapat pencen RM1000 sebulan. Beliau mengusahakan kebun pisang di belakang rumah dan ianya satu kerja yang sangat 'back breaking'. 


"Abah, apa kata kita tanam kelapa sawit kerana pendapatanya konsisten' saya nasihat abah pada satu hari. 


Beliau bersetuju dan dengan kerjasama penanam tebu selama 3 tahun, anak sawit ditanam di belakang rumah. 


Alhamdulillah setelah 3 tahun, sawit telah mendatangkan hasil secara konsisten setiap bulan tanpa perlu abah membanting tulang kerana diusahakan bersama dengan kontraktor sawit secara 50:50. 


Kehidupan ayah lebih selesa sehingga beliau menolak BRIM dan mengatakan ia bukan haknya. 


Rakan-rakan, 


Jika anda masih mempunyai 10 atau 15 tahun masa sebelum bersara, sekaranglah masanya untuk merancang kehidupan selesa jika tidak bekerja nanti. 


Jangan terlalu mengharapkan duit pencen bulanan yang hanya 60% dari gaji sekarang atau duit EPF yang akan licin selepas 5 tahun bersara. 


Rancanglah agar ada passive income atau sumber pendapatan alternatif selepas bersara nanti. 


Ramai dari kita mempunyai tanah di kampung yang terbiar. 


Saya cadangkan agar tanah tersebut diusahakan sekarang agar boleh memberi pendapatan bulanan semasa bersara nanti. 


Anda tak perlu modal besar hanya perlu istiqama mengusahakan kebun sedikit demi sedikit semasa kederat masih ada. 


1. Tanaman durian. 


Saya telah hadir banyak kursus anjuran FAMA dan Jabatan Pertanian mengenai tanaman durian dan boleh nampak potensi masa depan industri tanaman durian terutama Musang King (MK). 


Ramai entrepreneur dari China telah mula invest bersama rakan kongsi orang Malaysia untuk menanam beribu ekar ladang MK di Malaysia, terutamanya di Gua Musang. 


Ketika ini orang cina di China sudah mula ‘gila’ dengan durian MK walaupun harganya Rm188 sekilo. 


Ya, RM188 sekilo. 


Di Guangzhou sahaja terdapat 30 juta peminat MK dan ianya sudah mula merebak ke wilayah lain di negara China. 


Bayangkan, 1 billion rakyat China yang gila durian MK kita. Memang ianya akan menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan nanti. 


Orang melayu yang ‘skeptikal’ selalu bertanya apakah harga MK dapat bertahan apabila banyak estate MK mula mengeluarkan buah? 


Rakan Cina ramai sudah mengorak langkah menanam MK walhal bani Melayu masih lena dan tertanya-tanya apa jadi bila MK sudah melambak nanti, walhal cangkul masih belum dipegang lagi.  


Dengan permintaan tinggi dari Negeri China dan juga lokal, harga MK masih bertahan RM30 sekilo di dusun semenjak 5 tahun dahulu. 


Research yang dibuat oleh FAMA menjangka permintaan MK akan meningkat setiap tahun. 


Anda tak perlu mempunyai tanah puluhan ekar untuk bermula penanaman MK ini. 


Cukup sekadar menanam 5 batang sebagai permulaan, atau pun bermula dengan suku ekar. 


Semasa kursus kami diberitahu bahawa seorang penanam yang mempunyai 5 batang MK beroleh pendapatan Rm75k pada satu musim. 


Jika anda mula sekarang, semasa bersara nanti anda hanya perlu ‘menuai’ hasil MK sebagai hobi sahaja. 


Jika anda ingin bermula dengan penanaman MK dari anak, banyak ilmu perlu di pelajari dari segi pengairan, baja, penjagaan pokok dari penyakit dan lain-lain. 


Semuanya boleh dipelajari dari kursus kursus yang dianjurkan oleh FAMA marketing, Mardi dan Jabatan Pertanian. 


MK yang ditanam dari anak akan mula berbunga pada usia 5 tahun dan berbuah sepenuhnya pada usia 7 tahun hingga 10 tahun. 


Imagin, apabila anda bersara pada umur 55 atau 60, sudah tersedia banyak pokok MK yang mendatangkan hasil lumayan. 


Tanaman MK memerlukan pengawasan yang rapi dan jika anda ‘malas’ boleh tanam anak durian Tekka atau IOI yang tidak perlu penjagaan rapi seperti MK. 


2. Tanaman kelapa sawit. 


Kelapa sawit adalah pokok yang mudah untuk dijaga. Selepas 3 tahun ianya sudah mula berbuah dan pada usia 5 tahun, ianya mengeluarkan hasil yang konsisten. 


Seekar ladang sawit boleh menghasilkan pendapatan bersih antara RM300 hingga RM500 sebulan setelah ditolak upah, baja dan racun rumpai. 


Harga sawit adalah 'cyclical' dan sekarang pekebun kecil ladang sawit semua tersenyum lebar kerana satu ekar ladang sawit boleh mendatangkan pendapatan lebih RM1000 sebulan. 


Amma ba’du. 


Anda mungkin beranggapan tarikh bersara masih jauh lagi tetapi percayalah tarikh tersebut tidak sejauh mana. 


Pejam celik pejam celik ianya menjelma dengan sekelip mata sahaja. 


Tulisan ini bertujuan untuk anda membuka mata dan melaksanakan perancangan kewangan agar bersara dengan bergaya. 


Don’t just dream, DO IT NOW!!


Wallahua’llam. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar


Sila like and share tetapi saya tidak halalkan untuk C&P artikel ini. Maaf terpaksa buat begini kerana ramai tak beretika C&P artikel untuk tambah engagement FB mereka tanpa segan silu.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/persediaan-persaraan-anda-bermula-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Minta Nak Rakam Aksi Intim Kami Aku Cuba Tolak Namun Akur Sekarang Dah Cerai Aku Jadi Takut

Suami Minta Nak Rakam Aksi Intim Kami Aku Cuba Tolak Namun Akur Sekarang Dah Cerai Aku Jadi Takut

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 99 hits
Hubungan intim antara suami dan isterinya seharusnya menjadi rahsia di sebalik kelambu dan tidak elok dirakam walaupun untuk tontonan sendiri Bila suami dah meminta maka kebanyakan isteri mula rasa bersalah untuk menolak siapa sahaja selesa...
Kuncup Cmf Dan Leher Pro Akan Tersedia Mulai 4 April Bermula Dari Rm189

Kuncup Cmf Dan Leher Pro Akan Tersedia Mulai 4 April Bermula Dari Rm189

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 199 hits
Nothing hari ini mengumumkan bahawa produk terbaru dari sub jenama CMF yang diperkenalkan bulan lalu akan tersedia di Malaysia bermula 4 April 2024 Ini termasuk CMF Buds dan CMF Neckband Pro yang ditawarkan pada harga yang berpatutan Untuk ...
Hiburan Sekarang Kan Saya Ibu Mertua Yang Paling Dibenci Ibu Aliff Aziz Anggap Kecaman Netizen Ujian Di Bulan Ramadan

Hiburan Sekarang Kan Saya Ibu Mertua Yang Paling Dibenci Ibu Aliff Aziz Anggap Kecaman Netizen Ujian Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 185 hits
Sebelum ini tular video ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza yang didakwa telah mengaibkan menantu sendiri Bella Astillah di hadapan rakan rakan sekolah anaknya di Singapura Ibu mertua paling dibenci Sewaktu ditemubual oleh pihak Melodi TV3 Haf...
Dahsyat Perempuan Sekarang Ni 2 Wanita 50 An Didakwa Rompak Rm300 000

Dahsyat Perempuan Sekarang Ni 2 Wanita 50 An Didakwa Rompak Rm300 000

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 96 hits
Suraya Roslansurayaroslan mediaprima com myZARINA dan Safiah di Mahkamah Sesyen Ampang Ampang Dua wanita berusia 50 an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata terhadap seoran...
Polemik Kita Di Bulan Ramadan Dulu Dan Sekarang

Polemik Kita Di Bulan Ramadan Dulu Dan Sekarang

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 122 hits
Mohsin AbdullahAlhamdulillah dalam kalangan Melayu Islam di Malaysia tercinta Ramadan ini tidak timbul polemik berapa rakaat mesti didirikan semasa sembahyang tarawih Tidak seperti pada suatu ketika dahulu bila mana jumlah rakaat dipertikai...
Jimat Air Sekarang Rakyat P Pinang Diberitahu

Jimat Air Sekarang Rakyat P Pinang Diberitahu

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 175 hits
Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang alami penurunan dengan kapasiti hujan sebenar tidak diketahui bagi menambah takungan GEORGE TOWN Penduduk Pulau Pinang dinasihatkan mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 mulai bulan ini sehingga...
Dapatkan Edisi Fotografi Nubia Z60 Ultra Bermula 4 April Dari Rm3 699

Dapatkan Edisi Fotografi Nubia Z60 Ultra Bermula 4 April Dari Rm3 699

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 158 hits
Jika anda telah lama menunggu untuk memiliki nubia Z60 Ultra Photographer Edition maka simpan tarikh ini Bermula 4 April hingga 3 Mei telefon ini akan tersedia untuk pembelian secara atas talian Bagi perbezaan antara nubia Z60 Ultra standar...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage