Persatuan Ibu Bapa Sambut Baik Sistem Tunggal Kemasukan Sbp Mrsm


 Mereka berkata sistem baharu ini lebih sistematik dan tidak membuang masa untuk membuat pilihan.
Sebelum ini sistem kemasukan ke sekolah berasrama penuh diuruskan KPM manakala MRSM ditadbir secara berasingan oleh Mara menyebabkan persaingan tidak seimbang dan pertindihan dalam kalangan pemohon. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Dua persatuan ibu bapa dan guru menyambut baik sistem tunggal bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bermula tahun depan
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hassan berkata sistem itu lebih sistematik dan tersusun berbanding sistem lama di mana pelajar perlu membuat permohonan masing-masing untuk ke SBP dan MRSM.
“Kita lihat penyelarasan ini membolehkan pelajar tidak membuang masa untuk membuat pilihan.
“Ini juga memberi peluang lebih ramai lagi (pelajar) masuk ke asrama sama ada SBP atau MRSM,” katanya kepada FMT.
Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata sistem kemasukan SBP dan MRSM akan diselaraskan mulai pengambilan Januari tahun depan.
Beliau berkata pemohon masih boleh memohon memasuki dua institusi pendidikan tersebut, namun selepas ini mereka hanya akan menerima satu tawaran sahaja bagi mengelakkan pertindihan.
Sebelum ini, sistem kemasukan ke SBP diuruskan Kementerian Pendidikan (KPM) manakala MRSM ditadbir secara berasingan oleh Mara menyebabkan persaingan tidak seimbang dan pertindihan dalam kalangan pemohon.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Noor Azimah Abdul Rahim pula berkata sistem tunggal bagi kemasukan ke SBP dan MRSM menyenangkan ibu bapa untuk pemilihan antara SBP dan MRSM.
“Prosesnya difikirkan seperti permohonan di Unit Pusat Universiti (UPU). Tidak perlu dua permohonan atau memikirkan yang mana lebih baik pilihan untuk pelajar,” katanya.
Dalam pada itu, Ali juga berharap kerajaan membuka lebih ramai kemasukan pelajar daripada keluarga B40 dan M40.
Beliau berkata kerajaan juga tidak seharusnya memilih berdasarkan pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu menimbangkan berdasarkan pendapatan ibu bapa pelajar.
“Jangan disiakan dengan hanya memilih kriteria pencapaian akademik semata-mata tetapi (lihat) tentang pendapatan keluarga dan beban ibu bapa.
“Kriteria ini harus diberi perhatian tidak kira sama ada pelajar itu dari luar bandar dan bandar,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/persatuan-ibu-bapa-sambut-baik-sistem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Anak Minat Taekwondo Ini Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa

Bila Anak Minat Taekwondo Ini Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 122 hits
Bila Anak Ada Minat Tugas Kita Adalah Menyokong Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya Apa sebenarnya yang anak aku minat Kadang kadang jawapannya datang dalam bentuk yang kita...
Ibu Bapa Bimbang Pin Tercucuk Badan Anak Pibg Saran Buat Seragam Sekolah Siap Cetak Lencana Bendera

Ibu Bapa Bimbang Pin Tercucuk Badan Anak Pibg Saran Buat Seragam Sekolah Siap Cetak Lencana Bendera

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 142 hits
Pakaian seragam sekolah dicadangkan agar direka dengan lencana Jalur Gemilang yang dijahit terus pada pakaian tanpa menambah beban kewangan kepada ibu bapa Memetik Malaysia Kini Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasi...
Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 190 hits
Anak itu bukan diciptakan untuk menanggung beban amarah kita Mereka datang ke dunia membawa hati yang bersih belum kenal benci belum kenal takut belum kenal apa itu aku tak cukup baik Tapi bagaimana mereka akhirnya melihat diri sendiri bany...
Bengkel Persediaan Ke Sbp Dan Mrsm Untuk Anak Negeri Sarawak

Bengkel Persediaan Ke Sbp Dan Mrsm Untuk Anak Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 73 hits
Bengkel Persediaan Ke SBP Dan MRSM Untuk Anak Negeri Sarawak Assalamualaikum kitak semua anak anak Sarawak Pa khabar KakYa minta semoga kitak semua tetap sehat rajin belajar ngan sentiasa gembira Pagini KakYa cakap Sarawak sikit sikit ya Ka...
Anak Makan Berselera Tapi Berat Tak Naik Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

Anak Makan Berselera Tapi Berat Tak Naik Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 80 hits
Anak makan berselera tapi berat tak naik apa yang perlu ibu bapa lakukan Sebagai ibu bapa tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat anak makan dengan berselera Setiap suapan yang masuk ke mulut mereka bagaikan satu kelegaan tanda mere...
Muaz Tepis Tuduhan Ibu Tolak Bella Kerana Status Ibu Tunggal Tolong Hentikan Fitnah

Muaz Tepis Tuduhan Ibu Tolak Bella Kerana Status Ibu Tunggal Tolong Hentikan Fitnah

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 102 hits
Dalam dunia hiburan yang sering dibanjiri gosip dan spekulasi kenyataan terbuka daripada Muaz Mohamad Zabir membawa satu sisi yang lebih tenang dan matang terhadap kontroversi yang melanda dirinya Isu yang timbul bukan sekadar membabitkan h...
Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 101 hits
Paru Paru Sihat Nafas Pun Power Panduan Ringkas Buat Ibu Bapa Si Cilik Bayangkan anak anda aktif bermain berlari ke sana sini ketawa tanpa henti semua itu mustahil tanpa satu sistem penting yang bekerja tanpa henti paru paru Tapi sejauh man...
Minggu Terakhir Sebagai Ibu Tunggal Kim Seri Dedah Bakal Berkhawin Dengan Lelaki Korea Dalam Masa Terdekat

Minggu Terakhir Sebagai Ibu Tunggal Kim Seri Dedah Bakal Berkhawin Dengan Lelaki Korea Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 191 hits
Usahawan dan pempengaruh media sosial Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina mendedahkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki dari Korea Selatan dalam masa terdekat Minggu Terakhir Sebagai Ibu Tunggal Perkongs...
Bekas Suami Buat Onar Ibu Tunggal Diugut Along

Bekas Suami Buat Onar Ibu Tunggal Diugut Along

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 102 hits
BERNAMALau menunjukkan gambarnya bersama bekas suami yang tular di media sosial pada pertemuan bersama wartawan Bernama di Wisma MCA hari ini FOTO BERNAMAIpoh Gara gara bekas suami tidak melunaskan pinjaman along seorang ibu tunggal kini hi...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj