Anak Makan Berselera Tapi Berat Tak Naik Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan


Anak makan berselera tapi berat tak naik: apa yang perlu ibu bapa lakukan? Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat anak makan dengan berselera. Setiap suapan yang masuk ke mulut mereka bagaikan satu kelegaan, tanda mereka sihat, aktif, dan tidak cerewet memilih makanan.
Anak Makan Berselera Tapi Berat Tak Naik: Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan? Namun, tidak kurang juga yang mula berasa bimbang apabila melihat berat badan anak tidak menunjukkan peningkatan yang sepatutnya, walaupun anak makan dengan baik dan tidak memilih makanan.
Keadaan ini sering menimbulkan dilema. Di satu sisi, anak nampak sihat dan ceria. Di sisi lain pula, carta tumbesaran atau graf berat badan di klinik menunjukkan bacaan yang statik atau tidak mencapai paras yang ideal. Lebih membingungkan, anak tidak menunjukkan tanda-tanda sakit atau kurang selera makan. Jadi kenapa beratnya tetap tidak naik?

Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan situasi ini – dari aspek metabolisme, jenis makanan yang diambil, kepada faktor genetik dan kesihatan dalaman yang mungkin tidak disedari.
Ramai ibu bapa menyangka bahawa selera makan yang baik secara automatik akan membawa kepada peningkatan berat badan, tetapi realitinya tidak semudah itu. Pemahaman yang lebih mendalam diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar dan langkah terbaik yang boleh diambil.
Dr Suriyakhatun ada berkongsikan tip kepada ibu ayah yang ada anak seperti dalam situasi ini.
Setiap kali jumpa nurse dan doktor di klinik kesihatan, bayi kita ditimbang dan beratnya dicatit dalam graf yang ada pada buku KK yang diberikan untuk catit rekod imunisasi dan perkembangan anak.
Jika berat badan anak jatuh pada kawasan kuning / merah, nurse atau doktor beritahu kita anak tak cukup berat badan.
Mungkin ada beberapa saranan dari jururawat atau doktor dan antara yang saya pernah dengar; hentikan susu badan, berikan susu formula, bagi minum air manis, bagi anak makan biskut, bagi dia makan nasi dan lain-lain lagi.

Jika anak tak cukup berat badan dan tidak cukup mengikut grafnya, adakah anak ini dilahirkan cukup bulan? Jika lahir tidak cukup bulan, pasti beratnya ikut corrected age: Contohnya lahir 36 minggu, jika sudah empat bulan maka ikut berat 3 bulan.
Sekiranya anak lahir cukup bulan dan minum hanya susu badan. Ada kemungkinan susu badan tak cukup. Ini mungkin benar jika anak mengambil banyak masa menyusu dan payudara ibu tidak rasa penuh pada bila-bila masa.
Dalam kes begini dapatkan susu dari ibu susuan dan tambahkan susu ibu susuannya dalam botol susu setiap kali selepas ia sudah menyusu direct feed. Jika tidak ada ibu susuan, tambah dengan susu formula.
Berikan susu top up ini selepas sudah berikan susu badan dan jika anak masih nakkan susu maka memang susu ibu tidak cukup. Jangan terus hentikan susu ibu, cuba jumpa kaunselor laktasi untuk atasi keadaan ini.
Bila anak sudah boleh makan dan berat badan masih tak cukup, berikan anak makanan pepejal yang padat nutrisi. Contohnya bubur beras ditambah dengan minyak kelapa dara dan serbuk moringa dan baobab serta al manna.
BILA SUDAH LAPAN BULAN DAN MASIH TIDAK CUKUP BERIKAN PULA BONE BROTH, MAKANAN SEIMBANG DARI PROTIN DAN SAYURAN SERTA BUAH-BUAHAN. TAMBAH JUGA MINYAK IKAN KOD SELAIN MINYAK KELAPA ORGANIK DAN MINYAK ZAITUN ORGANIK DAN VIRGIN. MINYAK KELAPA MENGANDUNGI MEDIUM CHAIN TRIGLYCERIDES YANG MAMPU MENAIKKAN BERAT BADAN. MINYAK YANG BAIK JUGA MENAMBAHKAN KALORI DAN INI AKAN MEMBANTU NAIKKAN BERAT BADAN.
Anak perlu diperiksa najisnya untuk pastikan tidak ada masalah penyerapan. Najis anak yang normal dan menyusu badan sahaja adalah kuning, lembut tapi tidak cair dan tanpa lendir, bau seperti pisang busuk.

Bila najis terlalu keras atau terlalu cair, terlalu kerap atau ada lendir, terlalu masam atau busuk, ada masalah penyerapan atau pencernaan. Anak yang menyusu dengan susu formula, najis mungkin sedikit hijau sebab kandungan zat besi dalam susu formula dan anak yang sudah mula makan, najisnya mula menjadi coklat.
Masalah lain yang boleh menyebabkan kurang berat badan mungkin perlukan pemeriksaan lanjut dan siasatan melalui pemeriksaan darah.
Memberi anak makanan processed foods yang tidak wajar boleh menambahkan masalah. Processed foods termasuk makanan yang banyak gula, tepung putih serta ada perasa, pengawet, pewarna dan pengemulsi.
Walaupun anak makan berselera, tidak semestinya berat badannya akan naik secara automatik. Ibu bapa perlu perhatikan kualiti makanan, pola aktiviti, dan keadaan kesihatan keseluruhan anak. Pemerhatian dan tindakan awal sangat penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan cergas.
Sumber: Dr Suriyakhatun
Baca artikel lain juga: Doktor Kongsi Umur Sesuai Untuk Anak Makan Coklat, Jangan Main Bagi Je!
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Anak Makan Berselera Tapi Berat Tak Naik: Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-makan-berselera-tapi-berat-tak-naik-apa-yang-perlu-ibu-bapa-lakukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Bimbang Pin Tercucuk Badan Anak Pibg Saran Buat Seragam Sekolah Siap Cetak Lencana Bendera

Ibu Bapa Bimbang Pin Tercucuk Badan Anak Pibg Saran Buat Seragam Sekolah Siap Cetak Lencana Bendera

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 108 hits
Pakaian seragam sekolah dicadangkan agar direka dengan lencana Jalur Gemilang yang dijahit terus pada pakaian tanpa menambah beban kewangan kepada ibu bapa Memetik Malaysia Kini Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasi...
Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 81 hits
Paru Paru Sihat Nafas Pun Power Panduan Ringkas Buat Ibu Bapa Si Cilik Bayangkan anak anda aktif bermain berlari ke sana sini ketawa tanpa henti semua itu mustahil tanpa satu sistem penting yang bekerja tanpa henti paru paru Tapi sejauh man...
Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 163 hits
Anak itu bukan diciptakan untuk menanggung beban amarah kita Mereka datang ke dunia membawa hati yang bersih belum kenal benci belum kenal takut belum kenal apa itu aku tak cukup baik Tapi bagaimana mereka akhirnya melihat diri sendiri bany...
Bila Anak Minat Taekwondo Ini Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa

Bila Anak Minat Taekwondo Ini Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 86 hits
Bila Anak Ada Minat Tugas Kita Adalah Menyokong Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya Apa sebenarnya yang anak aku minat Kadang kadang jawapannya datang dalam bentuk yang kita...
Adab Ibu Bapa Yang Anak Anak Akan Cepat Tiru

Adab Ibu Bapa Yang Anak Anak Akan Cepat Tiru

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 116 hits
Adab ibu bapa yang anak anak akan cepat tiru Anak anak ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa Mereka belajar bukan sahaja melalui nasihat dan teguran malah lebih banyak melalui pemerhatian dan peniruan Adab Ibu Bapa Yang Anak ...
Ibu Bapa Terima Pampasan Rm490 000 Selepas Anak Maut Semasa Dalam Tahanan Reman Akibat Kecuaian

Ibu Bapa Terima Pampasan Rm490 000 Selepas Anak Maut Semasa Dalam Tahanan Reman Akibat Kecuaian

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 123 hits
Ibu bapa kepada mendiang R Anilraj dianugerahkan pampasan sebanyak RM490 000 selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kakitangan penjara dan doktor cuai dalam memberikan rawatan kepadanya semasa dalam tahanan R Anilraj merupakan penjaga...
Anak Batuk Sampai Tak Tidur Ibu Kena Lakukan Sesuatu

Anak Batuk Sampai Tak Tidur Ibu Kena Lakukan Sesuatu

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 155 hits
Legakan Pernafasan Si Manja dengan Teknik Percussion Masalah pernafasan seperti batuk berkahak atau selesema sering berlaku dalam kalangan bayi dan kanak kanak kecil Disebabkan sistem pernafasan mereka masih belum matang si manja sukar untu...
Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 170 hits
Ibu Syed Saddiq sebak lihat perjuangan anak yang bertahun tahun mempertahankan diri di mahkamah sambil mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan doa yang diterima sepanjang tempoh mencabar itu Dalam linangan air mata dan nada penuh ...
Remaja Dituduh Bunuh Ibu Bapa Sebagai Persediaan Bunuh Trump

Remaja Dituduh Bunuh Ibu Bapa Sebagai Persediaan Bunuh Trump

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 120 hits
Bernama Sputnik RIA NovostiMoscow Seorang remaja di Amerika Syarikat disyaki membunuh ibu bapanya sebagai persediaan untuk melancarkan cubaan membunuh Presiden AS Donald Trump lapor Sputnik RIA Novosti yang memetik saluran ABC Remaja dari W...
Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai 10 Kereta Paling Mahal Di Dunia

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Bos Bagi Kuih Muih

Doa Untuk Kuatkan Hati

Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu