Perpecahan Dorong Bersatu Kekal Muhyiddin Sebagai Presiden Kata Sumber


 
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 7 Jun lalu memutuskan Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden.PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin sudah lama berhasrat untuk berundur sebagai presiden Bersatu namun terbantut kerana perpecahan dalaman parti yang mungkin makin parah menjelang pemilihan Oktober depan, menurut sumber.
Pemimpin parti yang enggan dikenali itu berkata, ia antara faktor mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) 7 Jun lalu memutuskan untuk mengekalkannya sebagai presiden sejak parti ditubuhkan pada 2017.
Dakwanya, perpecahan Bersatu kepada beberapa kem bukan lagi rahsia umum dan dibimbangi menjejaskan peluangnya serta Perikatan Nasional (PN) pada PRU16, terutama dengan kelebihan sokongan pengundi Melayu.
Difahamkan kem itu membabitkan kumpulan penyokong Ahmad Faizal Azumu (timbalan presiden), Hamzah Zainudin (setiausaha agung) dan Azmin Ali (ahli MPT).
“Sebenarnya Tan Sri (Muhyiddin) nak pencen dah, kalau ‘anak-anak’ berpakat elok, beliau boleh lepaskan. Ini kem banyak sangat, beliau perlu kekal elakkan parti hancur,” katanya kepada FMT.
“Jika dibiarkan jawatan nombor satu itu dipertandingkan, makin karamlah Bersatu dan bila presiden (Muhyiddin) masih di situ, boleh ‘malu alah’ kalau berlawan.”
Pada 23 Nov lalu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi presiden namun membuat ‘pusingan U’ 24 jam kemudiannya selepas dipujuk isterinya Noorainee Abdul Rahman untuk kekal sepenggal lagi.
Selain mengekalkan kedudukan Muhyiddin, mesyuarat MPT juga memutuskan ahli bertanding jawatan selain presiden perlu memohon kepadanya, yang dilihat pemerhati politik membuka ruang ramai menawarkan diri kerana tiada lagi syarat khusus.
Mengikut peraturan semasa, hanya ahli memegang jawatan ketua bahagian atau MPT selama lengkap dua penggal berhak bertanding lima jawatan tertinggi. Keadaan itu memberi kesan kepada Hamzah dan Azmin yang menyertai parti itu selepas PRU 2018.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata keputusan Bersatu tidak membuka pertandingan bagi jawatan presiden adalah pilihan terbaik yang perlu diambil parti itu ketika ini.
“Dengan andaian wujud ruang yang menjadikan pemilihan kali ini lebih panas, kompromi mengekalkan jawatan presiden tidak dipertandingkan adalah bagi mengimbangi dan mengelakkan perpecahan dalaman lebih parah dalam Bersatu,” katanya.
Selain itu, kata beliau, Muhyiddin perlu kekal sebagai nakhoda Bersatu dalam usaha mengimbangi tekanan daripada PAS yang mempunyai jumlah kerusi lebih banyak.
“Dengan jumlah kerusi yang kurang daripada PAS, tetapi parti berkenaan menjadi teraju kepada PN atas kelebihan yang ada pada Muhyiddin,” katanya.
Pada PRU15, PAS menang di 43 Parlimen manakala Bersatu mempunyai 30 kerusi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/perpecahan-dorong-bersatu-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Still Needed At The Helm Due To Factions Says Bersatu Leader

Muhyiddin Still Needed At The Helm Due To Factions Says Bersatu Leader

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 326 hits
A party source says Bersatu will sink if contest is allowed for the top post this October Rifts within Bersatu which appear to have widened ahead of the party elections in October have forced Muhyiddin Yassin to continue setting aside his w...
Bersatu Perlu Maklumkan Speaker Tentang Kerusi Kosong Kata Kumpulan

Bersatu Perlu Maklumkan Speaker Tentang Kerusi Kosong Kata Kumpulan

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 148 hits
BERSATU perlu memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkenaan pelucutan keahlian empat wakil rakyatnya supaya kerusi mereka boleh diisytiharkan kosong untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil kata satu kumpulan ti...
Hospital Sahkan Murid Sebagai Kurang Upaya Intelektual Selepas Hukuman Kata Peguam

Hospital Sahkan Murid Sebagai Kurang Upaya Intelektual Selepas Hukuman Kata Peguam

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 221 hits
MURID tahun lima yang mengalami strok haba selepas dipaksa berdiri di tengah panas terik selama hampir tiga jam sebagai hukuman disahkan sebagai orang kurang upaya oleh doktor pada Jumaat Peguam yang mewakili keluarga murid berkenaan Dinesh...
Status 6 Ahli Parlimen Bersatu Diputuskan Speaker Kata Ahmad Zahid

Status 6 Ahli Parlimen Bersatu Diputuskan Speaker Kata Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 153 hits
STATUS enam ahli Parlimen Bersatu akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid berkata beliau percaya status enam wakil rakyat itu akan ditentukan berdasarkan peruntukan yang terk...
Video Pengakuan Pegi Kasih Kata Kunci Facebook Ke Penyidik Banyak Unggahan Dihapus

Video Pengakuan Pegi Kasih Kata Kunci Facebook Ke Penyidik Banyak Unggahan Dihapus

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 108 hits
Tomi mengatakan penyidik diduga sengaja menghilangkan unggahan unggahan di Facebook milik Pegi Setiawan
Sijil Halal Bantu Kembangkan Perniagaan Kedai Makan India Kata Timbalan Menteri

Sijil Halal Bantu Kembangkan Perniagaan Kedai Makan India Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 243 hits
TIDAK salah untuk pengusaha makanan dan minuman India mendapatkan pensijilan halal kerana ia boleh meluaskan pasaran mereka untuk merangkumi pelanggan Islam kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan Ramanan berkata d...
Dasar Ekonomi Perkauman Tidak Sepatutnya Ada Di Sarawak Kata Chieng Jen

Dasar Ekonomi Perkauman Tidak Sepatutnya Ada Di Sarawak Kata Chieng Jen

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 179 hits
KERAJAAN Gabungan Parti Sarawak digesa untuk menggunakan pengaruhnya berhubung isu syarat permohonan permit import Terbuka yang diberikan kepada syarikat Bumiputera kata Ketua Pakatan Harapan dan DAP negeri Chong Chieng Jen Chieng Jen berka...
Memang Ada Perbincangan Pas Dan Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

Memang Ada Perbincangan Pas Dan Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 301 hits
MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil tidak menafikan dan tidak juga mengesahkan khabar angin berkenaan musuh ketatnya dalam politik PAS akan menyertai kerajaan perpaduan Beliau berkata ada banyak perbincangan antara kerajaan dan pembangkang teru...
Ayam Masak Palembang Sedap Pekat Dan Padu

Foreign Workers Or Pedophiles Large Number Of Migrants At Playground Sparks Debate

Why Asean Needs To Be Understood On The Terms Of The Un And Asean Charter

Tahniah Marygrace Juara Calpis Soda One In A Million

Nak Makan Nasi Lemak Jom Makan Di Nasi Lemak Ketua Kampung Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Ransomware And Medical Devices The Growing Threat And How To Mitigate Risks

Iphone 11 Akan Dilancarkan Pada 11 September Ini

Beli Dragon Fruit Di Kuala Pilah


echo '';
Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang


Mvhs Student Melds Fishkeeping Artistry With Dynamic Tankscapes The Lincoln County News

Thomas Arya Hanya Bisa Berharap Chord

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Staycation Pertama Bersama Baby Muqarrabin

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja