Perompak Berjaya Memasuki Rumah Melalui Grill Tingkap Moden Waktu Siang


 Ya Allah, jantung bagaikan mahu gugur ke tanah apabila saya membaca daripada group whatsapp kejiranan kami dengan potongan ayat begini. "Salam, nak maklumkan bahawa rumah adik ipar saya bernombor 42 telah di rompak. Kereta hilang dan berhati-hati semua." Ketika chat di baca ialah pada 5.48 petang. Terus fikiran saya proses laju. Di mana perompak masuk? takkan di grill tingkap moden tu kot? grill pintu rumah? sliding door depan?  Serius, rasa mahu pitam. apa yang saya risaukan adalah 2 buah laptop kami turut hilang.


Sebelum rompakan berlaku, kami seisi keluarga diganggu . Dan, apa yang mengejutkan gangguan hilang selepas rompakan berlaku. Wallualam. Yang tidak pasti. 











Diluah mati bapak, ditelan mati anak. Saya rasa peribahasa ini sangat sesuai dengan situasi sekarang yang menimpa kami sekeluarga. Innalillahwainna ilaihi rojiun. Tamat! semoga ianya berakhir. 


Sebelum kejadian, saya selepas menunaikan solat zohor terdetik untuk ke rumah mak. Hati saya berkata rindukan sangat mak dan abah. Sudah lama tidak ke sana. Jadinya, saya mengarahkan suami untuk menghantar kami ke rumah mak sebelum suami pergi kerja sebelah petang. Ini kerana, saya mahu duduk berlamaan di rumah mak. Oleh itu, suami yang hantar. Maklumlah, saya silau di waktu malam sewaktu pemanduan. 




Subaru Imprezza Hilang 

Dan, Allah gerakkan hati suami juga untuk membawa kereta Toyota Caldina petang kejadian. Kebiasaannya suami akan membawa kereta Toyota Unser milik company tempat dia bekerja sahaja setiap hari. Nak dijadikan cerita, di parking hanya ada kereta Subaru Imprezza bewarna putih dalam parking di rumah. 


Untuk makluman pembaca. Kereta Subaru milik suami adalah manual dan engine turbo. Maka itu, saya tidak boleh membawanya kerana pick up terlalu laju. Saya takut! tambahan lagi, suami pun tidak izinkan saya membawanya tanpa ada kepakaran. 


Detik-detik kehilangan kereta 

Grill tingkap moden rosakApabila suami pulang ke  rumah, didapati kereta kesayangannya tiada di parking kereta. Suami terus membuka pintu utama rumah, di dapati juga grill tingkap moden kami telah rosak akibat di umpil oleh perompak tersebut. 


Sungguh di luar kotak! bagaimana lah perompak boleh masuk, sedangkan grill tingkap moden yang di reccomend oleh tukang besi boleh di umpil dengan mudahnya. 


Suasana dalam rumah semuanya bersepah dengan baju-baju bertaburan di lantai. Di dalam bilik utama kami, handbag saya yang sering bawa untuk berjalan turut bergelimpangan di atas lantai. Semua barangan dalam handbag dikeluarkan. Handbag satu lagi saya bawa keluar, untuk kegunaan harian.


Ada kemungkinan perompak mahu mencuri duit dan barang kemas juga. Nasib baiklah, kami suami isteri tidak suka menyimpan duit dalam rumah. Manakala, barangan kemas yang saya sorokkan tidak disentuh langsung oleh perompak. 


Selain grill tingkap moden di umpil,  tingkap di bahagian dapur basah kami turut menjadi sasaran perompak. Namun,  perompak gagal berbuat demikian kerana grill bahagian dapur agak tebal. ( Sila rujuk gambar di bawah )


Kemudian, suami berlari ke arah rumah abangnya di hujung deretan taman kami. Terus bergegas ke Balai Polis terdekat untuk membuat report. Kejadian dianggarkan pada jam 3.45 petang Isnin ( 18 Disember 2023 ). 




Siasatan polis

Kami tidak dibenarkan untuk menyentuh isi rumah sebelum polis datang mengambil maklumat dan cap jari. Malam kejadian, saya tidak tidur di rumah. Suami tidak benarkan saya tidur di sini, kerana tingkap rumah kami tidak boleh di tutup. Risaukan jenayah lain pula yang menyusul. 


Ini kerana kesemua kunci kereta iaitu sebanyak 4 buah kereta turut dicuri oleh perompak, bersama kunci rumah. 




Hebahan 

Selepas mendapat berita musibah ini, saya terus menghebahkan ke semua media sosial seperti di group-group Facebook dan TikTok. 




Lebuhraya Pantai Timur

 Hanya 2 jam sahaja kereta Subaru Imprezz di larikan oleh perompak, orang awam mengatakan kereta ini telah memasuki Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ). Rumah saya di Kuantan dan untuk memasuki ke arah LPT pada waktu bekerja amat mustahil terlalu cepat. Dan, tidak mustahil juga perompak telah menekan pedal minyak sehingga rapat ke lantai kereta untuk menggunakan kuasa engine turbo tersebut. 



Belum pun 24 jam, kereta sudah dilihat berada sekitar Seberang Takir Terengganu. Smartphone suami memang tidak berhenti masuk dengan maklumat orang ramai. 
 






Grill telah di cabut, untuk di bawa ke kedai besi untuk ukuran grill tingkap rumah 



Bila tingkap rumah ternganga macam ini, saya dan anak-anak takut untuk pulang ke rumah. Di tambah pula, kesemua kunci kereta sebanyak 4 buah telah di ambil oleh perompak bersama kunci rumah. Malam tersebut, hanya suami sahaja menjaga rumah. Laporan telah pun di buat pada hari kejadian. 




Ini lah naco yang tidak berjaya di umpil. Grill ini agak tebal dan mempunyai lapisan iaitu palang dan grill




kali ini kami memilih design grill tingkap moden simple 


Akibat rompakan 

Banyak duit telah kami belanjakan untuk membaiki grill tingkap rumah, dan membuat kunci-kunci yang hilang pada keesokan harinya. Design grill tingkap moden seunit adalah RM 700 . Ada yang cakap mahal, namun kami faham. Dalam kesegeraan, harga boleh berubah. 


Masih ada berbaki 4 tingkap yang perlu ditukar demi keselamatan kami seisi keluarga. Semuanya akan ditukar pada masa akan datang seperti cctv dan alarm system turut menjadi keperluan. 




Pengajaran kepada kisah kami adalah jangan memiliki kereta terlalu banyak. Dan jangan ubahsuai kereta tersebut kerana kereta begitu adalah carian panas oleh perompak. Selebihnya adalah ujian daripada Allah SWT belaka. Kami sekeluarga reda dengan ujian kali ini. Jika tidak, selagi tidak reda dengan ujian ini, selagi itu lah kepala kami suami isteri sakit akibat stress. jadi jalan sebetulnya adalah reda dengan kehilangan harta dunia. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/12/perompak-memasuki-rumah-grill-tingkap-moden-waktu-siang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Hadi Door To Door Ke Rumah Warga Gunung Kidul Bagikan Sertifikat Tanah

Menteri Hadi Door To Door Ke Rumah Warga Gunung Kidul Bagikan Sertifikat Tanah

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 234 hits
Di titik terakhir lokasi penyerahan Menteri ATR Kepala BPN meriung bersama warga desa di pinggir tebing
Bantuan Motosikal Elektrik Rm2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Bantuan Motosikal Elektrik Rm2400 Melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 108 hits
Kerajaan Malaysia umum bantuan motosikal elektrik RM2400 melalui insiatif belanjawan 2024 Ini adalah merupakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki motosikal elektrik dengan bantuan kerajaan Malaysia Bagi anda yang berminat mengeta...
Permohonan Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru 2024 Melalui Epangkat

Permohonan Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru 2024 Melalui Epangkat

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 402 hits
Pengumuman terbaru daripada KPM mengenai urusan kenaikan pangkat mengikut gred secara time based bagi guru Anda boleh membuat permohonan dengan mengikuti beberapa maklumat yang penting disediakan dibawah Permohonan Kenaikan Gred Secara Time...
1 776 Unit Rumah Terima Manfaat Inisiatif Madani Afiat Kata Menteri

1 776 Unit Rumah Terima Manfaat Inisiatif Madani Afiat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 237 hits
SEJUMLAH 1 776 unit rumah mendapat manfaat menerusi inisiatif program Madani Afiat yang dilakukan di tujuh negeri dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan rakyat Malaysia Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata seban...
Tukang Mengecat Rumah Banggunan Pakar Cat Di Skudai

Tukang Mengecat Rumah Banggunan Pakar Cat Di Skudai

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 196 hits
Tukang Mengecat Ambil Upah Cat Rumah Banggunan Pakar Cat Pilihan ANDA Di Skudai Shazack Renovation Home Services The post appeared first on
Ugut Terjun Dari Bumbung Selepas Gagal Pecah Masuk Rumah

Ugut Terjun Dari Bumbung Selepas Gagal Pecah Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 299 hits
HADI AB MANAPSUSPEK berusia 31 tahun berada di atas bumbung sebuah rumah di Taman Pertam Jaya Melaka MELAKA Suasana di Taman Pertam Jaya di sini kecoh apabila seorang lelaki warga Myanmar mengugut untuk terjun dari bumbung sebuah rumah dala...
Polis Ambil Sampel Di Rumah Keluarga Zayn Rayyan

Polis Ambil Sampel Di Rumah Keluarga Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 197 hits
PASUKAN unit forensik kontinjen Selangor hadir di kediaman kanak kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman Damansara Damai untuk mengambil sampel bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak kanak itu Pasukan itu bersama tig...
Sky View Kuala Lumpur Boleh Dilihat Secara 360 Darjah Melalui Sky Ring

Sky View Kuala Lumpur Boleh Dilihat Secara 360 Darjah Melalui Sky Ring

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 138 hits
Sky View Kuala Lumpur boleh dilihat secara 360 darjah melalui Sky Ring di kediaman ikonik Datum Jelatek Selain itu sebuah pusat membeli belah turut dibangunkan bagi melengkapi keperluan komuniti setempat Berkonsepkan Bridging the Community ...
Pemerintah Melalui Perpusnas Akan Kirim Pesan Berantai Permudah Akses Literasi Masyarakat

Pemerintah Melalui Perpusnas Akan Kirim Pesan Berantai Permudah Akses Literasi Masyarakat

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 94 hits
Adin menjelaskan kegemaran membaca di satuan pendidikan sudah berkembang melalui sekolah maupun perguruan tinggi
Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Euro Dibawah Tekanan

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

One Way To Get To Know The Locals In Britain Stay In A Pub

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kids Diy Pizza Pulai Spring Resort

Time For A Harmony Committee To Deal With Racial Religious Issues

Zakir Had Perlis Mufti S Permission To Give Ceramah

Malaysia Health Ministry Orders Supplier To Replace Substandard Fabric Likened To Shrouds For Nurse Uniforms

Loji Solar Danau Tok Uban

Kari Ikan Sedap Kebabom