6122 Gudang Daging Seludup Dikawal Elak Diceroboh Gengster Sinar Harian 03 12 2020


 

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Pihak berkuasa kini memantau 24 jam gudang kartel daging sejuk beku di Senai di sini bagi mengelakkan bahan bukti utama tersebut hilang atau dilarikan kumpulan sindiket berkenaan.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kejayaan membongkar kartel daging sejuk beku itu akan menyebabkan sindiket berkenaan bertindak lebih agresif termasuk melibatkan kumpulan gengster untuk melupuskan bukti.
Daging sejuk beku yang diseludup masuk tanpa pengesahan halal tersebut masih dalam proses dokumentasi sebelum dibawa keluar untuk tindakan lanjut.
Difahamkan proses tersebut mengambil masa yang agak panjang kerana jumlah sitaan yang begitu besar.

Daging yang diseludup masuk dari Ukraine.
Lebih menyukarkan, ribuan kotak daging sejuk beku itu disimpan di dalam tempat simpanan bersuhu -18 darjah Celsius.Selain faktor lambakan serta proses semakan yang memerlukan penelitian, keadaan suhu yang sejuk sedikit sebanyak memperlahankan proses pengiraan sebelum ia dibawa keluar pihak berkuasa.
Gudang berkenaan telah diserbu kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin membabitkan penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Johor, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Maqis, Siti Nur Ahmad berkata, kes ini adalah melibatkan kes yang didalangi satu kartel.
Bilik simpanan sejuk beku yang menempatkan daging yang sudah siap dibungkus dan dilabel semula.
“Kita perlu mendapatkan bantuan pihak polis untuk keselamatan pegawai yang bertugas sepanjang menjaga barang-barang kes.
“Hari ini ada dua pegawai polis telah hadir membuat pemantauan di gudang ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, barang kes terbabit akan dibawa keluar dari gudang selewat-lewatnya esok.
Katanya, proses pengiraan masih dijalankan oleh pihak Maqis dan JKDM.
“Kesemua daging sejuk beku itu akan dibawa dengan menaiki kontena,” katanya.
Peta menunjukkan daging sejuk beku yang dibawa dari Ukraine, Brazil, Argentina dan China masuk ke Malaysia.
Semalam, Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi mendedahkan kegiatan penyeludupan masuk daging sejuk beku dari Ukraine, Brazil, Argentina dan China itu dilakukan sindiket terbabit dipercayai menggunakan dokumen palsu termasuklah borang kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.
Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, pada masa sama, sindiket turut mengimport daging dari sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit dan akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati daging yang dicurigai itu kemudian akan dibuat pembungkusan semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong.
Difahamkan kerja-kerja pembungkusan itu dilakukan beberapa pekerja warga Bangladesh.
Daging atau organ dalaman tersebut akan dimasukkan di dalam kotak sebelum ditampal dengan pelekat serta dicap dan dilabel seakan-akan daging terbabit adalah halal.
Siasatan mendapati cap logo berkenaan ditempah dari sebuah premis di Ulu Tiram, Johor.
Malah, Maqis juga mengesan pembuatan pelekat yang dihasilkan sendiri di gudang berkenaan.

Artikel oleh: Sinar Harian
GUDANG DAGING SELUDUP DIKAWAL ELAK DICEROBOH GENGSTER
https://www.sinarharian.com.my/article/113038/LAPORAN-KHAS/Gudang-daging-seludup-dikawal-elak-diceroboh-gengster


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/12/6123-gudang-daging-seludup-dikawal-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 474 hits
LAPORAN KHAS PEMBONGKARAN secara eksklusif Sinar Harian berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindak...
6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 377 hits
SHAH ALAM Kelompongan dalam sistem pemantauan dan pengurusan daging import oleh pihak berkuasa dikenal pasti antara punca berlakunya penyeludupan daging haram ke negara ini Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ...
6092 Kpdnhep Akan Ambil Tindakan Jika Ada Aduan Sinar Harian 24 11 2020

6092 Kpdnhep Akan Ambil Tindakan Jika Ada Aduan Sinar Harian 24 11 2020

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 396 hits
SHAH ALAM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya ada syarikat tertentu bertindak mengimport atau menyeludup masuk daging sejuk beku secara tidak sah ...
6106 Pembangunan Vaksin Tempatan Perlu Disegerakan Ppim Sinar Harian 28 11 2020

6106 Pembangunan Vaksin Tempatan Perlu Disegerakan Ppim Sinar Harian 28 11 2020

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 336 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin kerana wabak koronavirus kini semakin membimbangkan PPIM dalam satu kenyataan hari ini berkata negara mempunyai pakar vaksi...
Pembongkaran Gudang Kartel Proses Daging Babi

Pembongkaran Gudang Kartel Proses Daging Babi

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 340 hits
PEMBONGKARAN secara eksklusif berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindakan sita dalam serbuan piha...
Permohonan Program I Sinar Kwsp Bermula Pada Pertengahan Bulan Disember 2020 Ini

Permohonan Program I Sinar Kwsp Bermula Pada Pertengahan Bulan Disember 2020 Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i Sinar bermula pertengahan Disember ini KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas perm...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Akim The Majistret Gasoline Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo