Pernah Tak Kita Perhati Dan Perasan Perubahan Waktu Setiap Hari Sehingga Kita Masih Lalai


Pernah Tak Kita Perhati Dan Perasan Perubahan Waktu Setiap Hari Sehingga Kita Masih Lalai | Salam Jumaat, sedikit perkongsian yang cukup menarik untuk kita hayati dan fahami.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUHPada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi


WAKTU DZUHURWarna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak


WAKTU ASARKemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu )

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda


WAKTU MAGHRIBMenjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


WAKTU ISYAKApabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagaiumat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya

Ya Allah bukakan pintu rahmat. hidayah keselamatan. kesihatan. rezeki yg halal dan sentiasa mendapat perlindungan dari Mu ya Allah. Amin. Amin. YRA
copy paste dari whatsapp keluarga - sumber, tidak diketahui

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.umifuzy.com/2018/12/pernah-tak-kita-perhati-dan-perasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Masa Rindu Seseorang Dalam Islam Amalkan Setiap Hari Inshaallah Akan Dipermudahkan

Doa Masa Rindu Seseorang Dalam Islam Amalkan Setiap Hari Inshaallah Akan Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1003 hits
Doa Masa Rindu Seseorang Dalam Islam Amalkan Setiap Hari Inshaallah Akan Dipermudahkan Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang Entah itu istri suami orang ...
Cara Mudah Buat Overnight Oats Untuk Sarapan Setiap Hari

Cara Mudah Buat Overnight Oats Untuk Sarapan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 482 hits
CARA MUDAH BUAT OVERNIGHT OATS UNTUK SARAPAN SETIAP HARI Assalamualaikum Overnight oats Ada yang suka tak Makan waktu sarapan alahai sedapnya Letak pula macam macma kat dalam tu Memang kenyanglah MACAM MANA NAK BUAT OVERNIGHT OATS YANG MUDA...
Mengintip 10 Idol Cewek Korea Yang Pernah Tampil Polos Tanpa Makeup Masih Cantik Nggak Sih

Mengintip 10 Idol Cewek Korea Yang Pernah Tampil Polos Tanpa Makeup Masih Cantik Nggak Sih

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 362 hits
Ada yang super pangling ada juga yang kelihatan lebih imut Makeup memang mengubah segalanya
Comment On Nak Berjaya Pasanglah Angan Angan Yang Positif Setiap Waktu By Azam Mohd

Comment On Nak Berjaya Pasanglah Angan Angan Yang Positif Setiap Waktu By Azam Mohd

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 267 hits
titan seiring dengan law of attraction first step penting tiada impian tiada kejayaan
Jangan Salah Kaprah Keputihan Setiap Hari Belum Tentu Tak Wajar

Jangan Salah Kaprah Keputihan Setiap Hari Belum Tentu Tak Wajar

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 306 hits
Jangan salah kaprah keputihan setiap hari belum tentu tak wajar Sangatlah normal untuk mengalami sekresi dari yang sangat sedikit hingga tak terlihat sampai satu sendok makan per hari kata Leah Millheiser MD direktur program Pengobatan Seks...
Makan 2 Biji Pisang Setiap Hari Selama 1 Bulan Inilah Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Anda Menakjubkan

Makan 2 Biji Pisang Setiap Hari Selama 1 Bulan Inilah Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Anda Menakjubkan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 617 hits
Makan 2 Biji Pisang Setiap Hari Selama 1 Bulan Inilah Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Anda Menakjubkan Siapa yang tidak suka makan buah berkulit kuning lembik manis dan sedap Kewujudan buah ini sudah lama selama berabad abad dan meskipun ada b...
Khasiat Yang Boleh Dapat Jika Amal Minum Air Barli Setiap Hari

Khasiat Yang Boleh Dapat Jika Amal Minum Air Barli Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 1193 hits
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah kira kira 9000 tahun yang lalu Berkemungkinan ia juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu Pokok barliBijirin ba...
Erick Thohir Setiap Ada Perubahan Pasti Menakutkan Itu Manusiawi Dan Wajar

Erick Thohir Setiap Ada Perubahan Pasti Menakutkan Itu Manusiawi Dan Wajar

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 306 hits
Ketua Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Erick Tohir menekankan pentingnya rakyat berpikiran positif menghadapi Revolusi Industri 4 0 Hal tersebut memang terlihat baru dan menakutkan namun perubahan pasti akan terus terjadi
Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Lewat Hari Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

Sedap Ke Makan Di Richiamo Coffee

Adakah Teknologi Ai Akan Membunuh Kerjaya Penulis

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap