Pernah Dengar 5 Kisah Seram 90 An Paling Popular Seram Sumpah Cerita Dulu Dulu Takut Oiiii






Pernah tak dengar beberapa cerita seram yang popular pada tahun 90-an? Kali ini, nak kongsikan 5 kisah seram yang boleh buatkan kamu meremang bulu roma. Jom baca kisah seram di bawah.
#1 Proton Wira Pada suatu malam, sepasang suami isteri memandu pulang ke kampung untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Semuanya berjalan dengan lancar pada mulanya tetapi di tengah-tengah jalan ada sesuatu yang telah berlaku.
Proton Wira yang dinaiki mereka telah hilang kawalan dan tiba-tiba mati. Mereka terkandas di tepi dalam di tengah-tengah malam. Di sekeliling mereka hanyalah hutan dan bukit yang sunyi sepi. Si suami cuba hidupkan enjin kereta tetapi tidak berjaya. Mereka juga cuba menghubungi bantuan tetapi hasilnya tetap sama.
Foto – IluminasiSi suami keluar daripada kereta untuk mencari telefon kecemasan tetapi tidak disetujui si isteri kerana bimbang si suami akan dilanggar oleh kereta ketika berjalan dalam gelap. Si suami tetap keluar dan minta si isteri untuk kekal dalam kereta.
Setelah lama menunggu, si isteri dengar bunyi dentuman yang kuat di atas kereta dan bunyi yang aneh. Dia sangkakan haiwan liar dan tidak keluar untuk memeriksanya. Kemudian ada kereta yang lalu kawasan itu, perlahankan kelajuannya ketika menghampiri kereta mereka sebelum memecut laju secara tiba-tiba.
Si isteri tunggu lagi dan beberapa kereta lakukan perkara yang sama seperti kereta pertama yang menghampiri mereka. Dia mula jadi risau tentang bunyi pelik di atas keretanya dan tertanya-tanya di manakah suaminya.
Foto – SAYSKemudian, kereta polis menghampiri dan berhenti beberapa meter di belakang dan menggunakan pembesar suara meminta si isteri untuk keluar tinggalkan kereta perlahan-lahan. Si isteri lakukan seperti yang diarahkan. Ketika sudah sampai ke kereta polis, dia ternampak tubuh suaminya di atas kereta.
Yang paling menakutkan, ada entiti jahat yang memakan tubuh suaminya ketika dia berada di dalam kereta menunggu. Anggota polis terus membawa si isteri dengan segera dan cerita ini mula tersebar seluruh Malaysia.
#2 Hantu Janet Sarawak Kisah ini melibatkan jururawat Cina iaitu Janet yang bekerja di Hospital Umum Sarawak. Dia telah diculik dan dipercayai menjadi korban semah apabila Sarawak mula membina jambatan Satok.
Untuk elakkan pembinaan jambatan dilambatkan dan roh sekitarnya tidak tenang, pengorbanan manusia iaitu anak dara perlu dibuat. Kepala mereka akan dipenggal dan ditanam di tiang konkrit untuk kukuhkan jambatan.
Foto – TwitterKemudian pihak polis menemui badan Janeh tanpa kepala. Ibu bapa Janet yang sedih telah mengebumikan anak mereka dengan pakaian dan kasut berwarna merah. Mengikut kepercayaan Cina, wanita yang mati memakai pakaian serba merah, rohnya akan kembali untuk membalas dendam.
Kemudian, penampakan hantu Janet mula berlaku. Ada yang nampak seorang wanita berpakaian merah jalan kaki dengan payung pada waktu malam. Kemudian ada yang nampak, wanita berpakaian merah naik feri dan hilang.
#3 Volkswagen Kuning Karak 
Antara cerita yang popular apabila kereta Volkswagen kuning sering muncul di lebuhraya Karak. Bagi rakyat Malaysia, lebuhraya ini merupakan jalan yang paling berhantu kerana ia memiliki kadar kemalangan yang tertinggi.
Yang menyeramkan tentang kisah ini adalah ada beberapa pengguna jalan raya di lebuhraya Karak akan ternampak kereta ini. Kereta ini akan menghalang laluan mereka dengan kelajuan yang perlahan dan memaksa pemandu lain untuk memotongnya.
Foto – Orang KataSebaik sahaja sudah potong, keadaan yang sama akan berulang-ulang kali berlaku. Selepas beberapa kali, pemandu akan sedar bahawa ianya adalah kereta yang sama. Yang paling menakutkan ialah tiada pemandu dalam kereta Volkswagen kuning itu!
Menurut khabar angin, antara salah satu cara untuk hentikan perkara itu adalah pemandu tidak perlu memotong kereta itu. Ada juga yang mengatakan bila pemandu memotong kereta itu, ia akan memecut dan hilang dalam kegelapan.
#4 Merman Gambar merman atau ikan duyung versi lelaki mula tersebar di laman sesawang seluruh Malaysia. Menurut khabar angin, merman ditangkap oleh seorang nelayan di pantai Teluk Bahang, Penang. Ada 6 jenis gambar makhluk ini yang diambil dari pelbagai sudut.
Foto – 40ana.blogspotMerman ini kelihatan mirip seperti seorang lelaki dan mempunyai saiz badan hampir sebesar lelaki dewasa. Ada 2 sirip panjang seperti telinga besar di kepalanya. Kemudian, dia ada 2 lengan dan badan dilutupi dengan sirip dari kepala sehingga kaki.
Foto – 40ana.blogspotAda beberapa ‘penyiasat internet’ mendakwa gambar itu daripada jualan eBay di Florida. Tetapi lain pula pandangan ahli teori apabila mereka mengatakan ia hanyalah cubaan untuk tutup kisah ini dan sebenarnya ada banyak merman di laut Malaysia.
#5 DJ Radio & Pemanggil Misteri Paling menakutkan apabila seorang DJ radio Malaysia ketika itu menerima sebuah panggilan telefon untuk berkongsi tentang kisah hantu menerusi rancangan lewat malam.
DJ radio itu menerima telefon daripada seorang lelaki. Lelaki itu menceritakan dia sedang memandu di sebuah lebuhraya pada lewat malam bersama ibu bapa, isteri dan bayinya. Kesemua penumpang sedang tidur ketika itu membuatkan dia juga berasa mengantuk.
Foto – FacebookTiba-tiba dia ternampak lori datang dari arah bertentangan. Tetapi lori itu melepasinya seperti tiada apa. Perkara itu berulang-ulang kali berlaku. Kemudian, dia sedar lori tersebut berada di belakang keretanya dan seperti mengejarnya.
Tak mahu panik, dia cuba pecut dengan laju sehingga ke atas bukit dan nampak sebuah kereta bergerak di arah bertentangan. Dia mengelak sehingga hilang kawalan dan terbabas dalam jurang yang dalam. Dia juga beritahu DJ radio itu kemalang itu membunuh kesemua ahli keluarganya dan juga dia.
Foto – FacebookDJ radio itu menyangkakan ianya adalah prank dan terus  ketawa. Keesokan harinya, dia melihat akhbar yang memaparkan kisah lelaki tersebut. Dia yang berasa terkejut terus mencari rakaman pita kisah lelaki itu tetapi apa yang dia dengar hanyalah bunyi sunyi sepi.
Baru baca sahaja dah rasa seram sampai meremang bulu roma. Cuba kamu bayangkan kamu mengalami kisah-kisah di atas, rasanya boleh tidur malam atau tak?
Kredit : murai.MY
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/pernah-dengar-5-kisah-seram-90-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Akibat Robohkan Kuil

Kisah Seram Akibat Robohkan Kuil

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 117 hits
Setelah sekian lama tak berkongsi cerita seram di segmen seram serik lekat lekit jadi kita buat ritual buka gelanggang semula Mesti followers kisah seram di blog lekat lekit rindu kan nak baca cerita seram dalam gaya santau Even konsep sera...
Digos1p Sudah Selamat Bernikah Sebelum Ramadan Wany Hasrita Memang Tak Lah Mana Dengar Cerita Ni

Digos1p Sudah Selamat Bernikah Sebelum Ramadan Wany Hasrita Memang Tak Lah Mana Dengar Cerita Ni

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 211 hits
Penyanyi Wany Hasrita menafikan khabar angin mendakwa dirinya kini sudah selamat bergelar isteri menerusi majlis yang telah berlangsung pada Sabtu lalu Terkejut dengan desas desus terbabit tegas Wany 30 dia masih berstatus bujang dan belum ...
Cha Seungwon Pelakon Paling Trending Our Blues Jadi Drama Popular Kini

Cha Seungwon Pelakon Paling Trending Our Blues Jadi Drama Popular Kini

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 170 hits
Seperti biasa pada saban minggu Good Data Corporation akan mendedahkan drama dan pelakon yang paling menjadi sebutan Untuk minggu kedua April ini drama Our Blues merebut tempat pertama buat pertama kali selepas ia memulakan tayangan Senarai...
Permit Perjalanan Ternakan Pernah Dengar

Permit Perjalanan Ternakan Pernah Dengar

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 200 hits
Permit Perjalanan Ternakan Pernah Dengar Cik en tertarik untuk ulas mengenai Permit Perjalanan Ternakan yang ramai tidak tahu kewujudannya Tapi sebagai penternak mereka memang sepatutnya tahu kerana permit ini dah wujud lebih daripada 10 ta...
Benda Paling Seram Kena Tindih Waktu Tidur

Benda Paling Seram Kena Tindih Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 236 hits
1 Benda yang paling aku seram adalah mengalami sleep paralysis atau kelumpuhan tidur atau yang biasanya orang melayu cakap kena tindih waktu tidur 2 Sleep paralysis ini adalah keadaan di antara tidur dan sedar Orang yang kena ni dia tahu di...
Daddy Hug Umi Sebak Dengar Ameena Cerita Mimpinya Seolah Dia Rindu

Daddy Hug Umi Sebak Dengar Ameena Cerita Mimpinya Seolah Dia Rindu

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 118 hits
Betullah orang kata kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah selamanya Sama situasi yang dilalui oleh si comel Ameena Sofia anak kepada Fizi Ali dan Shakilla Khoriri yang kini berusia 3 tahun Walaupun Fizi dan Shakilla sudah berpisah hubungan...
Kalaulah Aku Hargai Dia Dari Dulu Kisah Suami Curang Ini Benar Benar Membuka Mata

Kalaulah Aku Hargai Dia Dari Dulu Kisah Suami Curang Ini Benar Benar Membuka Mata

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 204 hits
Kisah suami curang ini patut dijadikan pengajaran buat suami isteri di luar sana Hargailah pasangan anda selagi boleh jangan menyesal di kemudian hari Kisah suami curang ini sewajarnya menjadi ikhtibar buat semua suami isteri di luar sana K...
Terlalu Popular Bts Tidak Diundang Ke Majlis Angkat Sumpah Presiden Korea Selatan

Terlalu Popular Bts Tidak Diundang Ke Majlis Angkat Sumpah Presiden Korea Selatan

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 109 hits
Kumpulan muzik tersohor BTS SEOUL Ketua Jawatankuasa Majlis Angkat Sumpah Presiden Korea Selatan Park Joo sun mengesahkan kumpulan muzik tersohor BTS tidak akan diundang untuk membuat persembahan pada majlis tersebut lapor agensi berita Yon...
Pan1k I Dengar My Husband Menjer1t Ingat Ada Per0mpak Dayana Roza Cerita Ins1den Lepas Sahur

Pan1k I Dengar My Husband Menjer1t Ingat Ada Per0mpak Dayana Roza Cerita Ins1den Lepas Sahur

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 106 hits
Pelakon Dayana Roza berterima kasih kepada Pasukan Bomba Penyelamat selepas mereka berjaya menangkap seekor ular sawa yang lari bersembunyi di dalam kolam buatan kediaman Ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan kejadian berlaku selep...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord