Kisah Seram Akibat Robohkan Kuil


KISAH SERAM! AKIBAT ROBOHKAN KUIL. Setelah sekian lama tak berkongsi cerita seram di segmen seram serik lekat lekit jadi kita buat ritual buka gelanggang semula. Mesti followers kisah seram di blog lekat lekit rindu kan nak baca cerita seram dalam gaya santau. Even konsep seram santai ni ada yang dah cilok, tak kisah la yang penting takkan sama penulisan atau penyampaian tu kecuali copy paste.
Kalau dulu sumber sumber kisah seram den nk banyak dari forum forum tapi sekarang forum forum pun tak berapa in trend. Tak banyak kisah seram terkini boleh dapat jadi kita terpaksa ikut trend. Kita cari kat tiktok. Tapi di tiktok ni konten dia dalam bentuk video so kena dengar dan menulis semula. 

Alkisahnya.. cerita ni bermula bila sekumpulan pekerja indonesia. Ada tiga orang dapat job untuk buat kuil. Tapi sebelum pembinaan kuil baru tu depa terpaksa robohkan dulu kuil lama. Konsep macam lori jual tilam jugak. Tilam lama tukar baru.. tilam.. tilam.. tilam. Kekdahnya. Bukan renovate tapi memang bina baru. So yang lama kena robohkan sebab nak buat di tapak yang sama

Selepas depa dah robohkan tu la berlakunya satu kejadian mistik di mana salah seorang dari tiga orang tiba tiba jatuh sakit dan badan dia tiba tiba kejang. Masa dia dalam keadaan macam tu dia sempat bagitau dua lagi kawan dia apa yang berlaku pada dia waktu tu

Menurut cerita si kawan tu.. ada satu lembaga besar pukul belakang dia buat dia jadi sakit dan kémudian badan dia di ikat dengan rantai besi buat dia jadi kaku & kejang. Bila dengar apa yang kawan depa bagitahu tu.. depa pun dapat agak la mesti ada kaitan dengan kerja kerja merobohkan kuih. So salah seorang dari mereka call seorang ustaz yang pandai untuk settle hal hal berkaitan gangguan makhluk halus ni. Bila di beritahu apa berlaku si ustaz tu..maka dia pun segera datang tapi datang bersama seseorang yang lebih pandai dalam perkara perkara tersebut

Kelebihan yang di beri Allah, perawat tu boleh nampak apa yang menggangu mereka. Dia cuma pesan sepanjang perjalanan mereka keluar dari tempat tersebut sehingga sampai rumah jangan putus selawat. Tapi salah seorang dari 3 pekerja indonesia tu, bukan islam. Namun dia tahu untuk berselawat kerana dia juga berbangsa melayu indonesia dan bergaul dengan rakan rakan beragama Islam

So depa pun ikut je la apa di suruh. Alhamdulillah gangguan tersebut hilang cuma bila berlaku perkara macam tu mereka jadi takut untuk meneruskan kerja kat situ. Depa minta nasihat perawat yang bantu depa. Depa di nasihatkan untuk tidak teruskan kerja tu. Bagi kepada orang lain

Sebelum kejadian tu katanya yang terkena gangguan tu masa buat kerja merobohkan tu dah terdengar bisikan yang dok kata.. "hang jahat na.." Tapi aku tak pasti la yang betulnya dia guna loghat atau bahasa apa tapi apa yang di sampaikan macam tu la. Tapi dia teruskan juga kerja sehingga berlaku gangguan tu. Almaklum mereka diupah untuk buat kerja tu takkan kerana bisikan syaitan nirrojim nak hentikan kerja kan

Apapun..kalau ada pilihan untuk orang Islam ni rasanya kalau job job buat rumah ibadat untuk agama lain tu rasanya maybe pilihan lain sekiranya ada pilihan lain. Bukan apa tidak di galakkan sangat untuk melakukan pekerjaan teesebut. Kecuali dalam keadaan yang terpaksa sangat

Sedikit infoHUKUM PENGLIBATAN MUSLIM DALAM PEMBINAAN RUMAH IBADAT AGAMA LAINSetelah meneliti pandangan para ulama dan dalil-dalil yang dikemukakan, kami mentarjihkan pandangan yang mengharamkan keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja atau rumah ibadat agama lain, sebagaimana yang dipegang oleh majoriti ulama.
Hal ini berdasarkan kaedah yang mengarahkan seseorang Muslim itu agar memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham terhadap dirinya sendiri:
اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ
Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.
Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA,
مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ
Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.
Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang. 
Kami juga berpesan agar kita sama-sama mengingati pesan Nabi SAW berkenaan rezeki yang halal:
إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal dan haram itu jelas, manakala antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang syubhah, yang tidak jelas hukumnya.
Sunan Abi Daud (3329)
Walau bagaimanapun, Islam sebagai agama yang luwes, fleksibel dan meraikan keperluan-keperluan manusia ada memberikan beberapa pengecualian dalam situasi-situasi tertentu.
Contohnya jika seseorang itu telah memenangi sebuah tender untuk projek pembinaan atau baik pulih rumah ibadat agama lain, wajib ke atasnya menolak tender tersebut. Namun jika terpaksa membayar denda atau pampasan atas perbuatan tersebut, dan bayaran tersebut mahal dan membebankan, pada masa itu dia boleh bertaqlid kepada mazhab Hanafi dan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang mengharuskannya, atas dasar maslahah.
Jika sekiranya seseorang itu bekerja di bawah syarikat yang terlibat dalam pembinaan rumah ibadat bukan Islam, hendaklah dia berunding dengan majikan untuk memberikan pengecualian kepadanya daripada terlibat dengan kerja-kerja seumpamanya. Namun jika tidak mampu, dan dibimbangi akan dibuang kerja jika ingkar kepada arahan majikan, dia juga boleh bertaqlid kepada mazhab yang mengharuskannya, atas dasar darurat.
Wallahu a’lam.

Artikel asal fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lekatlekit.com/2021/12/kisah-seram-akibat-robohkan-kuil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Dengar 5 Kisah Seram 90 An Paling Popular Seram Sumpah Cerita Dulu Dulu Takut Oiiii

Pernah Dengar 5 Kisah Seram 90 An Paling Popular Seram Sumpah Cerita Dulu Dulu Takut Oiiii

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 815 hits
Pernah tak dengar beberapa cerita seram yang popular pada tahun 90 an Kali ini nak kongsikan 5 kisah seram yang boleh buatkan kamu meremang bulu roma Jom baca kisah seram di bawah 1 Proton Wira Pada suatu malam sepasang suami isteri memandu...
Benda Paling Seram Kena Tindih Waktu Tidur

Benda Paling Seram Kena Tindih Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 282 hits
1 Benda yang paling aku seram adalah mengalami sleep paralysis atau kelumpuhan tidur atau yang biasanya orang melayu cakap kena tindih waktu tidur 2 Sleep paralysis ini adalah keadaan di antara tidur dan sedar Orang yang kena ni dia tahu di...
Seram Lalu Bawah Pembinaan Konkrit Netizen Edit Foto Jadi Kurang Menakutkan

Seram Lalu Bawah Pembinaan Konkrit Netizen Edit Foto Jadi Kurang Menakutkan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 267 hits
Baru baru ini tular sekeping foto yang memaparkan pembinaan konkrit yang menjojol ke tengah jalan sehingga menimbulkan kegusaran pengguna jalan raya yang menggunakan jalan raya terbabit Oleh kerana itu para netizen pun memang laju jalankan ...
Pbb Alokasikan Usd1 7 Juta Ke Ri Lindungi Masyarakat Miskin Akibat Pandemi

Pbb Alokasikan Usd1 7 Juta Ke Ri Lindungi Masyarakat Miskin Akibat Pandemi

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 117 hits
Dana Tanggap dan Pemulihan COVID 19 Perserikatan Bangsa Bangsa telah mengalokasikan USD1 7 juta ke Indonesia untuk melindungi masyarakat miskin dan kelompok rentan serta menawarkan solusi masa depan yang lebih berkelanjutan dan lebih inklus...
Telefilem Seram Thriller Kebal Janji Syaitan Lakonan Nadhir Nasar

Telefilem Seram Thriller Kebal Janji Syaitan Lakonan Nadhir Nasar

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 555 hits
Idin dibesarkan di dalam persekitaran dadah dan ilmu hitam sehingga membesar menjadi seorang lelaki yang percaya dirinya mampu menjadi kebal dan akhirnya terlibat kes dalam pemubunuhan Saksikan telefilem seram thriller Kebal Janji Syaitan l...
Jurujual Rugi Lebih Rm380 000 Akibat Skim Labur 3 Minit Untung 3

Jurujual Rugi Lebih Rm380 000 Akibat Skim Labur 3 Minit Untung 3

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 144 hits
Polis berkata mangsa membuat 27 transaksi berjumlah RM382 517 dalam enam akaun berbeza bagi tujuan pelaburan bermula 29 Mac hingga 18 April lalu PETALING JAYA Gara gara terpedaya dengan keuntungan 3 dalam tempoh tiga minit yang ditawarkan s...
Hikayat 1001 Malam Pu Riz Bercerita Kisah Sahabat Nabi Sepanjang Ramadan Di Youtube Bintang Kecil

Hikayat 1001 Malam Pu Riz Bercerita Kisah Sahabat Nabi Sepanjang Ramadan Di Youtube Bintang Kecil

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 314 hits
Hikayat 1001 Malam menjadi buah tangan terbaharu PU RIZ sepanjang Ramadan ini hasil kerjasama beliau dengan saluran Youtube BINTANG KECIL Kedatangan bulan penuh keberkatan ini dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia termasuk golon...
Pemandu Pelancong Kongsi Kisah Penantian 2 Tahun Sampai Sempadan Dibuka

Pemandu Pelancong Kongsi Kisah Penantian 2 Tahun Sampai Sempadan Dibuka

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 137 hits
Masih ada harapan untuk kumpulan pemandu pelancong mencari rezeki walaupun sempadan negara dibuka pada bulan Ramadan menurut Nadira Muhamad Mohsin PETALING JAYA Selepas dua tahun hilang punca pendapatan pengumuman kerajaan membuka semula se...
Kemerdekaan Papua Yang Tertunda Kilas Balik Kisah Perjuangan 1999 2022

Kemerdekaan Papua Yang Tertunda Kilas Balik Kisah Perjuangan 1999 2022

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 162 hits
Runtuhnya Kekuasaan Soeharto Presiden Indonesia Ke 2 yang berkuasa sejak 1967 1998 tanggal 20 Mei 1998 mengawali babak baru reformasi transformasi politik hukum dan pembangunan di Negeri Kepulauan Nusantara tercinta julukan Indonesia Tanah ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life