Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes Src



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).



Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes ‘prima facie’ bagi kes berkenaan.

Najib, 66, berdepan masing-masing tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Menurut Mohd Nazlan, Najib mempunyai kepentingan dalam SRC dan mempunyai kawalan keseluruhan menyebabkan RM42 juta didepositikan ke dalam akaunnya bagi kepuasan beliau.

“Ia adalah bagi tertuduh (Datuk Seri Najib Razak) untuk menangkis bukti dan saya mendapati bahawa elemen menggunakan kedudukan berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Sehubungan itu ‘prima facie’ berjaya dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah mendapati pindahan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun bekas Presiden UMNO itu telah menyebabkan SRC mengalami kerugian.

“Walaupun mengetahui terdapat wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya, tertuduh (Najib) tidak mengarahkan supaya laporan polis dibuat.

“Mahkamah mendapati tertuduh tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menentukan wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada aktiviti pengubahan wang haram,” katanya.

Terdahulu pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahan pada 27 Ogos lalu selepas Najib mula dibicarakan 3 April.

Seramai 57 saksi dipanggil memberi kenyataan sepanjang 58 hari perbicaraan, termasuk bekas Pengurus Perhubungan Awam AmBank Bhd, Joanna Yu, serta bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Semasa perbicaraan, pasukan pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes, termasuk dokumen bank yang mempunyai kaitan dengan akaun bank Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry berhubung transaksi oleh Najib.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 10 hari iaitu 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Disember ini untuk Najib dibicarakan.

Sementara itu, Najib memilih untuk membela diri terhadap semua tujuh yang dihadapinya itu menerusi keterangan bersumpah di kandang tertuduh.

Dengan memilih demikian, beliau boleh disoal balas oleh pasukan pendakwaan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Najib yang memakai sut hitam tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, jam 8.45 pagi, beliau disambut kira-kira 100 penyokongnya lapor Berita Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/najib-diperintah-bela-diri-dalam-kes-src.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 433 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menol...
Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut diperintah untuk membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata be...
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 572 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 694 hits
Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk membela diri bagi kesemua pertuduhan kes SRC kerana wujudnya prima facie Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SR...
Src Tertuduh Diperintah Bela Diri Ketahui Proses Seterusnya

Src Tertuduh Diperintah Bela Diri Ketahui Proses Seterusnya

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 414 hits
Foto theedgemarkets com Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini diperintah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudkan kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta...
Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 344 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Apa susah Najib ada bany...
Najib Di Perintah Bela Diri Terhadap Semua 7 Pertuduhan Src

Najib Di Perintah Bela Diri Terhadap Semua 7 Pertuduhan Src

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengumumkan ke...
Rakaman Kenyataan Media Berani Dan Bermaruah Ini Pilihan Ds Najib Untuk Membela Diri Dalam Kes Src

Rakaman Kenyataan Media Berani Dan Bermaruah Ini Pilihan Ds Najib Untuk Membela Diri Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 398 hits
KENYATAAN MEDIA OLEH TAN SRI SHAFEE ABDULLAH PEGUAMBELA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK Hari ini kita telah ada satu keputusan berkenaan sama ada pasukan pembelaan perlu membela diri Anda semua tahu ada 7 pertuduhan 1 pertuduhan di bawah seksyen ...
Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 413 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi Najib perlu membela diri selepas piha...
5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Family Of Seven Stranded At Lata Batu Hampar Falls Due To Water Surge

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari