Malaysia Memasuki Fasa Endemik 1 Apil 2022
Alhamdulillah, pasti ramai yang teruja bila Perdana Menteri mengumumkan bahawa malaysia akan memasuki fasa Endemik dan pelbagai sekatan dan halangan akan dihapuskan pada 1 April 2022.
Bagaimana kehidupan dengan Covid-19 di fasa endemik ?
"Cuba fikirkan Covid-19 ini seperti denggi dan malaria yang mana kedua-duanya adalah endemik di negara kita. Laporan kes adalah kerap setiap tahun, menurut Dr Lokman Hakim.
Apa pun pada fasa endemik, kita perlu memberi tumpuan kepada tanggungjawab diri kita untuk membantu mengawal penyakit ini. Kita perlu mendidik diri kita dan ahli keluarga mengenai peri pentingnya penilaian dan pengurusan risiko supaya mereka dapat bertindak dengan berkesan bagi meminimumkan risiko dijangkiti dan menjangkiti orang lain.
Sementara itu, meskipun sudah memasuki fasa endemik, namun masyarakat perlu sentiasa berwaspada bahawa epidemik masih berlaku.
KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI (FASA PERALIHAN KE ENDEMIK)Jadi bermula 1 April 2022:
i. Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.
ii. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar.
iii. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.
iv. Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Walaubagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
v. Keperluan vaksinasi:
• Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
• Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
Had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai. Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh.Tiada lagi had kapasiti 50%. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.
Pembukaan Sempadan Negara akan turut dibuka semula pada 1 April 2022.
Jadi dah boleh la buat planning untuk baju raya dan cuti raya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2022/03/malaysia-memasuki-fasa-endemik-1-apil.html