Permohonan Jawatan Kosong Ptd 2020 Cara Mohon Semakan Kelayakan
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD 2020: CARA MOHON & SEMAKAN KELAYAKAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan terdapat iklan jawatan PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD 2020
Tarikh tutup permohonan pada 27 Julai 2020.
Sebanyak 400 kekosongan jawatan untuk diisi tahun ini termasuk 50 simpanan.
Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmata Awam (SPA), pengambilan PTD yang diuruskan pihak mereka masih terbuka kepada semua graduan yang berkelayakan dan bukan hanya kepada calon yang mempunyai ijazah kelas pertama sahaja.
Syarat lantikan ke jawatan PTD masih kekal seperti biasa.
APA ITU TUGAS PTD
Jawatan PTD antara buruan “fresh graduate”. Mungkin kerana proses naik pangkat PTD lebih cepat berbanding jawatan kerajaan yang lain, atau mungkin juga PTD adalah laluan sebenar untuk sampai ke puncak jawatan dalam perkhidmatan awam.
Antara tugas PTD termasuklah:
Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
Pengurusan Kewangan,
Keselamatan dan Pertahanan Negara,
Pengurusan Teknologi Maklumat,
Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
Pengurusan Ekonomi dan
Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
PTD juga menikmati bonus-bonus tambahan seperti berikut:
Elaun perumahan
Cost of living allowance (COLA)
Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Kenaikan gaji setiap tahun
Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Cuti tahunan mengikut kelayakan
Cuti bersalin
Pinjaman perumahan
Caruman KWSP atau pencen
Bersara pada umur 58 tahun
Peluang kenaikan pangkat
Peluang melanjutkan pelajaran
Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
JUMLAH GAJI PTD
Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik bermula dari RM2,422 sehingga boleh mencecah RM9,631.
PROSES PENGAMBILAN PTD
Setiap calon perlu melalui beberapa fasa ujian kelayakan sebelum bergelar PTD. Antaranya:
Peperiksaan Online PTD
Ujian Psikometrik
Ujian PAC (PTD Assessment Centre)
Temuduga
Lantikan ke jawatan PTD
Kursus latihan PTD
Seperti biasa, setiap permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam perlulah dibuat melalui borang SPA8i sama ada secara online atau manual.
Sekiranya tercalon, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan online yang dijalankan setiap tahun oleh pihak SPA.
Jika berminat, anda boleh buat PERMOHONAN JAWATAN PENYELIA/PEMBANCI SAMBILAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020
PEPERIKSAAN ONLINE PTD
Peperiksaan online PTD mula diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan bertulis dan format peperiksaan online SPA mula digunakan untuk kesemua pengambilan jawatan dalam sektor kerajaan.
Peperiksaan ini melibatkan 2 seksyen utama iaitu:
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Peperiksaan ini bertujuan mengukur tahap pemikiran calon dan kelulusan peperiksaan ini adalah syarat menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik.
Ujian Psikometrik / Ujian PAC
Sekiranya calon lulus peperiksaan tersebut, calon akan diminta membuat ujian PAC. PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.
Antara aspek yang diambil kira dalam ujian PAC termasuklah:
Kualiti personal seperti tatakelakuan, penampilan, keyakinan diri, penggerak kumpulan, dan potensi kepimpinan
Pengetahuan dan kematangan idea
Kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam dan debat ala parlimen
Calon PTD juga perlu menjalani ujian kecergasaan fizikal di mana calon diminta membuat ujian bangun tubi 1 minit dan ujian larian ulang alik 20 meter (bleep test).
TEMUDUGA PTD
Tapisan terakhir sebelum dilantik ke jawatan PTD adalah temuduga yang dijalankan SPA.
Hanya calon yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja (ketika PAC) dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki perkhidmatan PTD.
Berikut antara soalan yang ditanya ketika temuduga PTD:
Sila perkenalkan diri anda
Kenapa nak jadi PTD?
Apa beza PTD dengan PTN (Peg.Tadbir Negeri)?
Apa beza Ambassador dengan High Commissioner
Apa beza HRM (Management) dengan HRD (Department)
Apa beza Management dengan Administration
Kalau dapat PTD, kamu nak kerja KEMENTERIAN mana?. Kenapa? Apa tugas utama kementerian terbabit?. Siapa nama KSU Kementerian terbabit, Berikan nama satu agensi di bawah kementerian tersebut?
Apa 8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik
Siapa KSN dan KPPA?
Nama-nama Menteri
Apa beza ISA dan OSA?
Dasar kerajaan seperti MISI NASIONAL, DEB, TN50
Pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya
Rancangan Malaysia yang terkini (TN50)
Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya
RUKUN NEGARA
Sejarah asal usul Pegawai Tadbir Diplomatik
Apa beza DUN dan PARLIMEN dan oleh disusuli dengan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Senator, Speaker,
Sistem Penyampaian
Perlembagaan Persekutuan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut tentang jawatan PTD, layari http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1609
The post PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD 2020: CARA MOHON & SEMAKAN KELAYAKAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-jawatan-kosong-ptd-2020-cara-mohon-semakan-kelayakan.html