Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred Ya13 Lelaki Dan Wanita


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita ini merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tempoh permohonan ini dibuka sepanjang 16 April 2021 sehingga 30 April 2021. Sila rujuk cara permohonan pada bahagian bawah untuk membuat permohonan bagi jawatan ini.
Semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan adalah dialu-alukan untuk memohon jawatan kosong PDRM ini. Anda disarankan untuk mengambil tahu serba sedikit berkenaan deskripsi tugas bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 ini terlebih dahulu bagi memudahkan urusan tapisan pengambilan pada peringkat seterusnya kelak.
Deskripsi Tugas Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. Di antara tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:
mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kalangan rakyat dan negara. Jadual Gaji Jawatan Inspektor Polis Gred YA13  Gaji Minimum
 RM 2,502.00
 Gaji Maksimum
 RM 9,803.00
 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
 RM 230.00
 
Elaun dan Kemudahan Elaun Tetap Perumahan: RM 450 Elaun Cola: RM100 – RM 350 Elaun Khidmat Awam: RM 300 Elaun Khas PDRM: RM 200 Elaun Seragam: RM 500 Elaun Istiadat (3 tahun sekali): RM 3050 Elaun Kasut: RM 300 Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima. Syarat Kelayakan Permohonan Warganegara Malaysia yang menepati segala syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah ini adalah digalakkan untuk memohon kekosongan jawatan ini.
Kelayakan Umur Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), Berumur tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana), dan Berumur tidak lebih daripada 35 tahun (KelulusanPhD) pada tarikh permohonan. Kelayakan Akademik Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,938.39]; atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67]; Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Kelayakan Fizikal Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan). Cara Permohonan Permohonan bagi pengambilan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 ini adalah secara online melalui puatan berikut:
e-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian:
HELPDESK 03-22668348/8350/8351 (WAKTU PEJABAT). Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong yang lain:
Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan 695 Kekosongan Jawatan SPANS Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita ini dapat memudahkan urusan permohonan jawatan anda semua. Semoga usaha anda semua dalam mencari pekerjaan dirahmati dan diberi kejayaan. Selamat Mencuba!
Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/04/inspektor-polis-gred-ya13.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kenal Pasti Wanita Dakwa Anggota Ipd Gerik Maut Akibat Vaksin Covid 19

Polis Kenal Pasti Wanita Dakwa Anggota Ipd Gerik Maut Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 185 hits
Abd Razak Mohd AliApril 8 2021 Pada 3 April lalu tular mesej di Facebook mendakwa kononnya terdapat anggota polis dari IPD Gerik meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin...
Polis Pekebun Alami Kerugian Rm27 000 Di Tipu Wanita Menyamar Saudara Isterinya

Polis Pekebun Alami Kerugian Rm27 000 Di Tipu Wanita Menyamar Saudara Isterinya

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Seorang pekebun berusia 45 tahun di Maran mengalami kerugian sebanyak RM27 000 selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai saudara isterinya semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mo...
Muat Naik Senarai Nama Anggota Polis Didakwa Terlibat Kartel Bekas Inspektor Ditahan

Muat Naik Senarai Nama Anggota Polis Didakwa Terlibat Kartel Bekas Inspektor Ditahan

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 202 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor ditahan kerana memuat naik dan menyebarkan dakwaan bahawa beberapa pegawai polis terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah terancang Pengarah Jabatan Siasatan Jenaya...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 536 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Yuslaini Buat Laporan Polis Ekoran Tiada Permohonan Maaf Dari Pkr Terengganu

Yuslaini Buat Laporan Polis Ekoran Tiada Permohonan Maaf Dari Pkr Terengganu

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 380 hits
Ketua Wanita Muda AMK Terengganu Yuslaini Azmi telah menuntut kenyataan maaf dari Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Terengganu Syed Mohd Al Amin bin Tuan Sharif diatas satu kenyataan dikeluarkan yang mendakwa beliau di tahan di bawah ...
Permohonan 235 Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Dibuka

Permohonan 235 Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Dibuka

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 456 hits
Permohonan 235 Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Dibuka Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan ja...
Permohonan 399 Jawatan Kosong Terkini Kastam Diraja Malaysia

Permohonan 399 Jawatan Kosong Terkini Kastam Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 440 hits
Permohonan 399 Jawatan Kosong Terkini KASTAM Diraja Malaysia Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong...
Duit Banyak Banyak Nak Buat Lapik Dalam Kubur Kah Soal Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan

Duit Banyak Banyak Nak Buat Lapik Dalam Kubur Kah Soal Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 380 hits
297 total views 297 views today Kesungguhan ketegasan dan keberanian Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam memerangi kegiatan negatif terutamanya rasuah harus dijadikan contoh semua pihak Seperti tindakan Abdul Hamid sebelum in...
Saya Bukan Cakap Kosong Hendak Tangkap Polis Terlibat Datuk Seri Nicky

Saya Bukan Cakap Kosong Hendak Tangkap Polis Terlibat Datuk Seri Nicky

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 317 hits
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap semasa temubual ekslusif Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur Foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Bila siasatan kita terhadap mereka dah lengkap kita akan tangkap ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment