Permohonan Bantuan Sekolah Inspirasiku Yapeim 2020 Secara Online


Melalui Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU, pihak YAPEIM mensasarkan bantuan kepada seramai 40,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang layak dan kurang berkemampuan, serta pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk dibantu.


Jumlah bantuan sehingga RM500 untuk sekolah rendah, RM500 untuk sekolah menengah Dan sehingga RM1,000 untuk institut pengajian tinggi.

Borang serta salinan dokumen lengkap bolehlah diserahkan kepada:
Ibu Pejabat YAPEIM.Poslaju/ekspress ke Ibu Pejabat YAPEIM.Cawangan Ar Rahnu YAPEIM berhampiran.Pejabat YAPEIM Negeri.
Sebarang Pertanyaan Lanjut sila Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-27172717.

Apa itu Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU?

Dalam usaha menyantuni kumpulan B40, satu lagi inisiatif diperkenalkan iaitu Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku) daripada YAPEIM, yang telah dilancarkan pada 6 November 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dr Wan Azizah.

Objektif Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku)

Membantu ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau golongan B40 dalam menyelesaikan yuran sekolah anak-anak dan pelajar.

Meringankan bebanan keluarga dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukkan ke IPT.

Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit.

Kadar Bantuan;
Pelajar Sekolah – Sehingga RM500.Pelajar IPT – Sehingga RM1000.
Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku);
Permohonan mestilah melalui ibubapa dan bukan pelajar itu sendiri.Permohonan akan dibuka sehingga 31 Januari 2020.Permohonan dibuka selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana.Bantuan akan diberi mengikut kelayakan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul.
Cara Memohon;

Download terlebih dahulu borang Bantuan Persekolah YAPEIM di pautan disediakan di bawah. Borang-borang ini juga boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh Malaysia.

Senarai Semak Dana Inspirasiku;
Carta Alir Permohonan (klik sini).Soalan Lazim (klik sini).
Jika anda tidak mendapat akses untuk muat turun borang, anda boleh dapatkan borang di facebook rasmi di YaPEIM (Official) (klik sini).

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:
Serahan tangan ke ibu pejabat YaPEIM.Pos laju/ekspress ke ibu pejabat YaPEIM.Emel ke alamat [email protected] Ar Rahnu YaPEIM berdekatan.Pejabat YaPEIM Negeri.
Alamat Ibu Pejabat YaPEIM;

(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur).

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di http://inspirasiku.yapeim.my

Syarat Am Permohonan
Permohonan mesti atas nama ibu/bapa/penjaga.Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.
Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku);

1. Setiap keluarga layak memohon untuk setiap anak yang bersekolah rendah, menengah dan IPT.

2. Borang berasingan perlu diisi untuk pelajar sekolah dan IPT. Sila lengkapkan kedua-dua helai borang yang disediakan berserta lampirkan kesemua 10 dokumen yang diminta bersama-sama setiap borang yang diisi.

3. Pastikan semua borang disahkan sebelum dihantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM yang berhampiran.

4. HANYA BORANG YANG LENGKAP AKAN DI PROSES.

5. Borang akan diproses dalam tempoh 30 hari, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di laman web YAPEIM.

6. Bantuan akan diagihkan secara tunai di cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh negara.

7. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia Golongan B40 tanpa mengira agama@bangsa.

8. Borang permohonan boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM, Pejabat YAPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YAPEIM seluruh negara. Atau di laman web YAPEIM.

9. Borang fotostat juga diterima.

Maklumat Lanjut Berkaitan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku); Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-27172717.

Tarikh tutup permohonan 31 Januari 2020.

Anda juga boleh melayari laman web rasmi YAPEIM atau ikuti perkembangan terkini di Facebook Rasmi YAPEIM di pautan di atas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Itu Sistem Pendidikan Vernakular?Miskin Tegar Di Malaysia, Kita Mahu Salahkan Siapa?
sumber: pendidikan4all



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/bantuan-sekolah-dana-inspirasiku-yapeim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Sara Hidup 2020 Cara Kemaskini Online

Bantuan Sara Hidup 2020 Cara Kemaskini Online

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 472 hits
Bantuan sara hidup atau BSH tahun 2020 telah diumumkan akan diterima pada 20 Januari 2020 ini Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup 2020 sebanyak RM300 bagi kategori isi rumah
Tarikh Tarikh Penting Permohonan Upu Online Sesi 2020 2021

Tarikh Tarikh Penting Permohonan Upu Online Sesi 2020 2021

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 881 hits
Tarikh Tarikh Penting Permohonan UPU Online Sesi 2020 2021 Seperti kebiasaanya permohonan UPU kemasukan ke IPTA ILKA untuk lepasan SPM STPM SETARAF biasanya dibuka pada setiap tahun dalam bulan Febuari Berikut dikongsikan Tarikh Tarikh Pent...
Borang Permohonan Bantuan Yapeim

Borang Permohonan Bantuan Yapeim

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 3015 hits
Borang Permohonan Bantuan Yapeim Sesi persekolahan bermula Mulalah ibu bapa mencari maklumat tentang bantuan untuk persekolahan anak anak Maklumlah tak semua ibu bapa berkemampuan Mahu tidak mahu perlu peka terdapat informasi terkini Jumaat...
Pembayaran Fasa Pertama Serta Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020

Pembayaran Fasa Pertama Serta Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 705 hits
Pihak Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan dimana pada 20 Januari 2020 ini Bantuan Sara Hidup bagi kategori isi rumah akan mula dibayar Jadi bermula pada hari tersebut 3 golongan daripada kategori tersebut akan mula mener...
Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup 2020 Dibayar 20 Jan Ini

Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup 2020 Dibayar 20 Jan Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 692 hits
Bantuan Sara Hidup 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibayar pada 20 Jan ini kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu siaran media Orang ramai boleh membuat semakan permohonan serta pembayaran Bantuan Sara Hid...
Mengaku Gaji Rm1 500 Tapi Rumah Besar Kereta Mewah Masih Nak Bantuan Sekolah

Mengaku Gaji Rm1 500 Tapi Rumah Besar Kereta Mewah Masih Nak Bantuan Sekolah

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 759 hits
Pelbagai ragam dilihat pada sesi persekolahan 2020 yang bermula sejak 2 Januari lalu Seperti biasa ada yang menangis apabila ditinggalkan ibu bapa tidur dalam kelas malah tidak kurang juga ramai yang teruja berkenalan dengan rakan baru Beri...
Semakan Keputusan Kolej Vokesional Dan Sekolah Menengah Teknik 2020

Semakan Keputusan Kolej Vokesional Dan Sekolah Menengah Teknik 2020

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 285 hits
Kini anda sudah boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokesional dan Sekolah Menengah Teknik bagi ambilan Januari 2020 Kepada murid murid lepasan PT3 khususnya berita baik ini untuk anda Mungkin rezeki anda berada di dalam bidang TVET Seben...
Bayaran Bantuan Sara Hidup Bsh Fasa 1 Tahun 2020

Bayaran Bantuan Sara Hidup Bsh Fasa 1 Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 406 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau mengemaskini maklumat sekiranya permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan pemohon orang kurang upaya yang tersenarai pen...
Pdrm Beri Diskaun 50 Bayar Saman Secara Online Dari 18 Jan 1 Feb 2020

Pdrm Beri Diskaun 50 Bayar Saman Secara Online Dari 18 Jan 1 Feb 2020

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 456 hits
Pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia secara dalam talian akan dilaksanakan dengan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk ...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang

Nep Influenced Policies In South Africa Created A Minority Elite Says Envoy