Permohonan Bantuan Kebajikan Masyarakat Jkm 2024


eBantuan JKM: Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Pengumuman Syarat Kelayakan Bantuan JKM 2024 Bagi tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU.
Justeru, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa syarat kelayakan diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.
Sumber: Teks ucapan Perdana Menteri pada Pembentangan Bajet 2024
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan JKM untuk makluman bersama.
Pengenalan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (eBantuan JKM) Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN
Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup 11 Jenis Bantuan JKM 2024 Terdapat 11 jenis Skim eBantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:
Bantuan Kanak-Kanak (BKK); Elaun Pekerja Cacat (EPC); Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT); Bantuan Orang Tua (BOT); Bantuan Am Persekutuan (BA); Bantuan Anak Pelihara (BAP); Bantuan Latihan Perantis (BLP); Bantuan Geran Pelancaran (GP); Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT); Tabung Bantuan Segera (TBS). Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Berikut diterangkan cara permohonan dan pautan untuk setiap bantuan di atas.
Skim Bantuan Bulanan (eBantuan JKM) Daripada 11 jenis skim bantuan di atas, 9 daripadanya adalah berbentuk bantuan bulanan yang boleh dimohon.
#1 Bantuan Kanak-kanak Kadar Bantuan
Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut : RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah; RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan Syarat-syarat
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM). #2 Bantuan Anak Pelihara Kadar Bantuan
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih. Syarat-syarat
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :- 
Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun; Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. #3 Bantuan Warga Emas Kadar Bantuan
RM500 sebulan seorang. Syarat-syarat
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
    Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
     i.  Institusi kendalian JKM; atau
     ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
ATAU 
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
#4 Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) Kadar Bantuan
RM450 sebulan seorang. Syarat-syarat
Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia; Berumur 16 tahun dan ke atas; Pemegang kad OKU JKM; Pendapatan bulanan RM 1,500.00  dan ke bawah; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM #5 Bantuan Am Persekutuan Kadar Bantuan
RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Syarat-syarat
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. #6 Bantuan Am Negeri Kadar Bantuan
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga Syarat-syarat
Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan; Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. #7 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja Kadar Bantuan
RM300 seorang sebulan.
Syarat-syarat
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Berumur 16 tahun dan ke atas; Pemegang Kad OKU JKM; Tidak berupaya bekerja. Pemohon bukan penghuni/ pelatih: Institusi kendalian JKM; atau Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK); Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. #8 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar Kadar Bantuan
RM500 sebulan seorang.
Syarat-syarat
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan; Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan. #9 Bantuan Latihan Perantis
Kadar Bantuan
RM200 sebulan seorang.
Syarat-syarat
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau Kes-kes seliaan akhlak; atau Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
Maklumat lanjut tentang Bantuan Bulanan JKM : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=SnBhRGJjYVdIc1lodEJsZE51ekxtUT09
Skim Bantuan Sekaligus (eBantuan JKM) Selain bantuan bulanan seperti di atas, terdapat juga bantuan yang menawarkan pemberian bantuan kewangan secara one-off oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti:
#1 Geran Pelancaran
Kadar Bantuan
Maksimum RM2,700 sekaligus.
Syarat-syarat
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Kumpulan sasar JKM; Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
#2 Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
Kadar Bantuan
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
Syarat-syarat
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Kumpulan sasar JKM; Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;   ATAU Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
Jenis Peralatan / Alat Sokongan
Anggota Palsu Kerusi Roda Alat Bantu Pendengaran Alat-alat Keperluan Lain Penggantian / Baik Pulih Alat
#3 Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
Kadar Bantuan
Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal. 
Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Maklumat lanjut tentang Skim Bantuan Kebajikan (Bantuan Sekaligus) : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=VmcxUUp2bEswNFpQZG1Rbjh4eWhkQT09
Cara Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
BORANG PERMOHONAN MANUAL (PDF)
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang permohonan yang berkaitan:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan  JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan BORANG PERMOHONAN ONLINE
Permohonan Bantuan JKM boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut:
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon; Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama; Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU) Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri) Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro) Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan) Baca juga: Bantuan JKM : Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan
Maklumat Lanjut Tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran bantuan berikut:

Bantuan Bulanan  Bantuan Sekaligus  Program 2 Years Exit  Senarai Peserta Aktif Program 2 YEP  Keusahawanan Sosial (Prowell)  Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Laman web eBantuan JKM : https://www.jkm.gov.my/
Senarai Pejabat JKM Negeri : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/locations&map_type=05&id=VDV6WnF6OVBRbWNNOGJYY1Rnd0pvdz09


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/e-bantuan-jkm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=e-bantuan-jkm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 273 hits
bantuan rm2000 kepada penjawat awam Dalam pembentangan Bajet 2024 hari ini kerajaan akan salurkan bantuan RM2000 kepada penjawat awam tahun hadapan Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Aw...
Bantuan Sara 2023 2024 Semakan Status Bantuan Rakyat

Bantuan Sara 2023 2024 Semakan Status Bantuan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 470 hits
PEMBERIAN BANTUAN SARA BAGI KATEGORI PENERIMA STR 2024 YANG LAYAK TERKINI Manfaat Sumbangan Asas Rahmah kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang barang asas di kedai runcit Be...
Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 399 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBerikut ialah intipati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat ...
Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Bagi Tingkatan Satu 2024

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Bagi Tingkatan Satu 2024

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 261 hits
Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan sekolah menengah imtiaz Yayasan Terengganu ke tingkatan satu kini dibuka untuk pelajar yang memenuhi syarat kelayakan Sekolah Menengah Imtiaz ini ditubuhkan pada tahun 1999 di bawah inspirasi Dato Ser...
Bantuan Awal Persekolahan 2024 One Off Rm150 Disalurkan Bermula Januari Tahun Hadapan

Bantuan Awal Persekolahan 2024 One Off Rm150 Disalurkan Bermula Januari Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 389 hits
Dalam Belanjawan 2024 Kementerian Kewangan telah memperuntukkan bantuan awal persekolahan 2024 lebih daripada RM788 juta berbanding RM450 juta pada tahun sebelumnya Dalam anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementer...
Iljtm Permohonan Ilp Adtec Jmti 2024

Iljtm Permohonan Ilp Adtec Jmti 2024

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 551 hits
ILJTM Permohonan ILP ADTEC JMTI 2024 Jabatan Tenaga Manusia mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM SKM ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Sijil Diploma di institusi ILJTM berikut Institut Latihan Perindustrian...
Budget 2024 Over 1 5m Training Placements For Skills Improvement

Budget 2024 Over 1 5m Training Placements For Skills Improvement

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 328 hits
The skills improvement and reskilling initiatives tabled under Budget 2024 will be implemented through the allocation of RM1 6 billion for 1 7 million training placements said the Human Resources Ministry In a statement today the ministry s...
Budget 2024 The Best In History Says Zahid Hamidi

Budget 2024 The Best In History Says Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 341 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said no one should try to politicise Budget 2024 According to him the national budget tabled yesterday was better than those of previous years Long term plans are spelt out in the 12th Mal...
Govt To Generate Rm900m Extra Service Tax In 2024 Deloitte

Govt To Generate Rm900m Extra Service Tax In 2024 Deloitte

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 189 hits
The government is expected to generate an additional service tax revenue of RM900 million in 2024 This is following its plans to increase the service tax rate from six to eight percent along with the widening coverage of taxable services to...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord