Permata Identiti Negara Shah Hakimi


Oleh : Shah Hakimi

Umum sedia maklum bahawa selepas sahaja kejatuhan kerajaan sebelum ini pada tahun lepas, lebih kuat kedengaran ura-ura mengatakan bahawa PERMATA akan ditutup. Maklumkah PERMATA amat dikaitkan dengan penaungnya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dan juga diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, akhirnya kabinet bersetuju untuk mengekalkan program PERMATA akan tetapi dijenamakan sebagai ‘Genius’.



Apa Penting Sangat PERMATA Ini?
 
Secara umumnya, PERMATA merupakan sebuah program murni yang dibentuk kerajaan sebelum ini yang memberi perhatian khusus kepada anak bangsa kita terutamanya dalam bidang pendidikan dari peringkat kanak-kanak (PERMATA NEGARA) sehinggalah ke peringkat remaja (PERKASA REMAJA). Ditambah lagi, penubuhan Program PERMATApintar pula merupakan sebuah institusi pertama di Malaysia & satu-satunya sekolah yang mengumpul, membina, mendidik & menyediakan kurikulum akademik yang bersesuaian dengan pelajar pintar, cerdas & berbakat (Pusat PERMATApintar Negara) telah pun sekian lama mengharumkan nama Malaysia sehingga telah pun dikenali di seluruh dunia.

Genius & PERMATApintar?

PERMATApintar bukanlah memberi gambaran semata-mata bahawa pelajar 'genius' sahaja berada dalam institusi ini. Tidak. Malah adalah menjadi suatu salah faham yang besar bahawa semua pelajar PERMATApintar adalah genius. Pelajar-pelajar PERMATApintar dipilih dengan tiga (3) peringkat saringan berdasarkan empat (4) perkara:

1. Mempunyai keupayaan penaakulan induktif dan deduktif (inductive & deductive thinking reasoning).

2. Mempunyai keupayaan pemahaman lisan (verbal comprehension).

3. Mempunyai keupayaan mengingati memori jangka masa pendek dan memori jangka masa panjang.

4. Mempunyai keupayaan memproses maklumat dengan pantas.

Jelas sekali perkara-perkara di atas tidaklah menggambarkan secara keseluruhan sebagai seorang yang ‘genius’, malah lebih sesuai kita istilahkannya sebagai ‘cerdas & berbakat’.

Perlulah dibezakan antara ‘Gifted’ & ‘Genius’?

Tidak dinafikan bahawa adanya pelajar ‘genius’ di PERMATApintar, akan tetapi bukannya semua pelajar tersebut mempunyai tahap IQ seperti seorang genius. Ramainya dalam kalangan mereka berbakat & berpotensi, namun masih perlukan bimbingan dan suasana akademik yang lebih bertepatan dengan tahap IQ mereka agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif pada masa yang sama mengembangkan potensi mereka dengan lebih cepat.

Contohnya, mereka sekarang yang berumur 11 ke 13 tahun sedang melalui silibus SPM. Pada umur 14 tahun, didedahkan dengan subjek Matematik Tambahan. Dan juga, di peringkat umur 11 ke 13 tahun lagi, mereka telah pun mula didedahkan & diajar menghasilkan kajian-kajian Sains & Teknologi serta menyiapkan Kertas Kerja Projek. Dan menariknya, pelajar-pelajar ini senang faham & belajar dengan begitu baik sekali.

Seterusnya, PERMATA SENI pula lebih kepada memberi platform & mengembangkan potensi anak bangsa kita yang berbakat dalam bidang kesenian & kebudayaan. PERMATA INSAN pula bertujuan melahirkan Muslim Profesional yang bukan sahaja pakar dalam bidang Sains & Tekonologi malah menghafaz Al Quran.

PERMATA & Identiti Negara

Malaysia sebuah negara yang mempunyai peradaban agung yang tersendiri. Kita ialah bangsa merdeka yang telah melalui penjajahan yang begitu panjang dan perit hampir 500 tahun lebih. Namun sekarang kita diserang dengan pelbagai serangan ideologi pemikiran yang sikit demi sedikit menghancurkan binaan peradaban yang telah sekian lama kita pertahankan dengan darah & air mata.

Bahasa melambangkan sebuah peradaban & identiti negara. Mengapa tidak kita menghargai & menjulang tinggi bahasa yang sekian lama kita bangunkan ini? Mengapa tidak kita bangga dengan Bahasa kita sendiri? Mengapa memeningkan kepala dengan penjenamaan semula sedangkan masih banyak perkara penting yang lagi penting untuk diselesaikan? Sungguh saya katakan bahawa negara luar amat berbangga dengan program PERMATA lagi-lagilah Program PERMATApintar.

Kekalkan sahaja nama PERMATA & fokus kepada Pembangunan Pendidikan. Saya anak Malaysia, saya berbangga dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) kita.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/permata-identiti-negara-shah-hakimi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Permata Negara Ditukar Nama Ke Genius

Program Permata Negara Ditukar Nama Ke Genius

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 795 hits
Program PERMATA Negara Ditukar Nama ke GENIUS Nampak gaya banyak program program yang dibuat oleh pihak kerajaan lama diteruskan oleh pihak kerajaan baru sekarang Pihak kerajaan meneruskan program program tersebut seperti biasa tetapi merek...
Tukar Permata Dengan Nama Baharu Rugikan Negara

Tukar Permata Dengan Nama Baharu Rugikan Negara

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 471 hits
Kerajaan patut tumpu kepada penambahbaikan seperti dibuat BN Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak Adnan Seman BANGI Penjenamaan semula Program Permata Negara kepada Genius akan merugikan negara kerana membabitkan kos yang sangat besar kata ...
Gaya Lukisan Komik Bukan Identiti Negara

Gaya Lukisan Komik Bukan Identiti Negara

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 654 hits
1 Dalam dunia kartun komik tempatan antara isu yang sering menjadi pertikaian dan perbalahan adalah jenis stroke atau gaya lukisan Komik ini lukisannya tiru stroke Jepun kartun itu lukisan terlalu Melayu komik sana gaya lukisan ketinggalan ...
Membina Negara Dalam Negara

Membina Negara Dalam Negara

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 300 hits
Timbalan menteri pendidikan ultra kiasu licik kena dipantauHAIRAN sungguh saya dengan timbalan menteri pendidikan ultra kiasu ini Sepatutnya dia bercakap bagi pihak kerajaan bukan bagi pihak Sijil Peperiksaan Bersepadu sekolah menengah pers...
Facebook Hina Agong Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera

Facebook Hina Agong Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 379 hits
PUTRAJAYA Kementerian Dalam Negeri mengecam keras paparan di Facebook yang dimuat naik oleh kumpulan mengelar diri mereka Sabah Sarawak Merdeka berhubung gambar yang didakwa menghina Yang di Pertuan Agong di lamam sosial tersebut Menteri be...
Jokowi Ajak Rakyat Optimis Negara Tidak Akan Bubar Kita Di Jalan Yang Benar

Jokowi Ajak Rakyat Optimis Negara Tidak Akan Bubar Kita Di Jalan Yang Benar

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 240 hits
Jokowi menegaskan tidak ada negara yang bisa maju jika pemerintahan dan rakyatnya pesimis dengan kondisi yang ada
Jokowi Indonesia Tidak Akan Bubar Tapi Menuju Negara Maju

Jokowi Indonesia Tidak Akan Bubar Tapi Menuju Negara Maju

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 295 hits
Saya tidak memiliki beban masa lalu Saya tekankan di sini saya tidak memiliki beban masa lalu Pada sore hari ini bahwa negara RI negara kita Indonesia tidak akan bubar tidak akan bubar kata Jokowi
Huru Hara Jika Golongan Minoriti Perintah Negara

Huru Hara Jika Golongan Minoriti Perintah Negara

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 306 hits
Masyarakat Islam Melayu khususnya generasi muda perlu menyedari bahawa Malaysia sepatutnya ditadbir dan diuruskan oleh pemimpin yang datangnya daripada golongan majoriti dan bukannya minoriti di negara ini Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen ...
Prabowo Akui Masuk Bagian Dari 1 Persen Elit Yang Kuasai Aset Negara

Prabowo Akui Masuk Bagian Dari 1 Persen Elit Yang Kuasai Aset Negara

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 322 hits
Saya mengatakan bahwa saya bagian satu persen itu tapi saya mengerti tanggung jawab saya untuk negara bangsa dan rakyat Jangankan harta jiwa dan raga saya berikan untuk bangsa saya bagian satu persen tapi satu persen yang cinta Tanah Air pa...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More