Membina Negara Dalam Negara


Timbalan menteri pendidikan ultra kiasu licik, kena dipantau
HAIRAN sungguh saya dengan timbalan menteri pendidikan ultra kiasu ini. Sepatutnya dia bercakap bagi pihak kerajaan bukan bagi pihak Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah menengah persendirian Cina.

UEC masih dalam peringkat kajian untuk diiktiraf oleh kementerian beliau sendiri. Takkan beliau tidak maklum perkara ini? Tidak perlu mengeluarkan apa jua kenyataan apatah lagi menyokong seperti yang dilakukannya.

Beliaulah orang yang pertama mengucapkan tahniah apabila Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB) yang diketuai Peguam Negara sendiri membuat pengumuman mengiktiraf UEC.

Menteri ultra kiasu ini melahirkan rasa gembira UEC pada tahap Senior Middle 3 diiktiraf sebagai kelayakan pada peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan A-Levels untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP), dan berharap semua pihak tidak mempolitikkan keputusan LPQB itu.

Bukan soal mempolitikkan LPQB, tetapi LPQB telah mendahului kerajaan. Benar, ia di bawah bidang kuasa LPQB, tetapi tunggulah dulu kajian kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Siapa lebih berkuasa? Kerajaan atau Peguam Negara.

Keadaan ini, jelas memperlihatkan kajian yang sedang berlangsung, yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC),
adalah laluan untuk mengiktiraf UEC. Itu yang saya katakan, membazirkan duit rakyat sahaja.

Saya mohon KPM supaya memerhati dengan rapi pergerakan timbalan menteri pendidikan ultra kiasu ini. Pergerakannya sangat licik dan kadang kala mendahului menteri beliau sendiri.

Tidak sepatutnya beliau mendahului menteri kerana beliau hanya timbalan. Timbalan mesti tertakluk kepada menteri dan tidak boleh bertindak sendirian dan mengeluarkan kenyataan sewenang-wenang mendahului menteri. Perlu diingat bahawa beliau berada dalam kerajaan dan bukan dalam parti ultra kiasu dan NGO ultra kiasu seperti Dong Zong dan Jiao Zong.

Sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan dan nasihat bahawa UEC mesti patuh kepada segala terma dan syarat KPM. KPM adalah institusi tertinggi dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.

Pengiktirafan UEC adalah tindakan zalim dan tidak berlaku adil kepada pelajar Cina yang lain berada dalam sistem kebangsaan, seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC).

Bayangkan pelajar Cina yang berada dalam sistem, bertungkus lumus belajar, sehingga mendapat keputusan yang baik. Tiba-tiba terpaksa bersaing dengan pelajar UEC yang terkeluar daripada sistem pendidikan negara ini. Nyata sekali UEC bukan sahaja mengganggu sistem pendidikan sedia ada, tetapi turut menghalang pelajar Cina yang lain.

Sejak dahulu lagi, UEC keras kepala. Tidak pernah mahu mengalah. Mereka tahu, dan memang tahu, bahawa kerajaan sejak dahulu, hingga kini, masih tidak mengiktiraf. Keadaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan diterima, seperti kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan kerajaan.

Mereka tahu semua ini… sangat tahu, tetapi mereka teruskan juga. Kenapa? Kerana mereka keras kepala dan mahu mencabar kerajaan. Mereka tahu suatu hari ini kerajaan mesti akan mengiktiraf UEC disebabkan oleh tekanan politik membabitkan undi. Peliknya, kenapa kita terus memberi muka?

Lebih menyedihkan lagi apabila, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada masalah untuk menerima pakai UEC bagi menduduki CLP, asalkan dasar bahasa dan pendidikan kebangsaan dimartabatkan. Katanya, kerajaan perlu memastikan mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu dan Sejarah diambil kira untuk dimasukkan dalam UEC.

Tahukah pemimpin PKR ini bahawa UEC tidak pernah patuh kepada syarat yang ditetapkan oleh KPM sejak dahulu hingga kini. Kurikulum, silibus dan peperiksaan mereka semuanya dikendalikan oleh NGO-NGO mereka iaitu Dong Zong dan Jiao Zong. KPM seolah-olah tidak ada peranan di situ.

Kenyataan Anwar yang dipetik dalam Berita Harian (31 Mac 2019), “Kita serah kepada Kementerian Pendidikan untuk meneliti… setakat kita tahu, memang mereka ikut kerana ia berpandukan kurikulum SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). ”

Sejak bila mereka ikut? Sejak bila pula kurikulum mereka berpandukan SPM? Peperiksaan SPM dan STPM dikawal oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia, sedangkan UEC langsung tidak mendapat kebenaran atau kelulusan LPM dan MPM.

Sijil ultra kiasu UEC ini tidak pernah ikut arahan LPM dan MPM? Yang ada adalah lembaga peperiksaan mereka sendiri dalam kalangan Dong Zong dan Jiao Zong. Mana ada sistem seperti ini di dunia, NGO menentukan hala tuju pendidikan negara dan turut mengeluarkan sijil kepada pelajar mereka. Jika asas sebegini tidak dipatuhi, kita mahu bercakap apa lagi?

Saya sudah letih bercakap isu ini sejak dahulu hingga kini. Tidak pernah selesai hanya kerana kemarukkan undi. Kerana undi yang membabitkan peralihan kuasa, kita sanggup korbankan agenda dan maruah negara. Saban hari saya menjadi hairan dan pelik. Kita nak bawa ke mana pendidikan negara ini?

Perlu diingat, agenda UEC, bukan hanya agenda DAP, tetapi MCA dan Gerakan. Mereka berjuang mempertahankan sekolah persendirian Cina ini bukan baharu, tetapi sejak dahulu lagi.

Cina bersatu dalam segala bidang termasuk pendidikan, tidak mengapa, tidak ada siapa halang. Begitu juga dengan India. Pelik bin hairan apabila ada Melayu/Islam yang baharu sahaja mengajak untuk kita semua bersatu, maka ada suara-suara macai kuda tunggangan yang berkata itu adalah rasis dan Taliban. Kebodohan dan kejahilan jenis apakah ini?

Sumber: www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/04/membina-negara-dalam-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Brunei Inilah Negara Negara Yang Memberlakukan Hukuman Mati Bagi Lgbt

Selain Brunei Inilah Negara Negara Yang Memberlakukan Hukuman Mati Bagi Lgbt

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 299 hits
Kerajaan Brunei Darussalam mulai memberlakukan hukum syariah Islam yang mencantumkan hukuman rajam hingga mati terhadap kaum homoseksual Negara itu bergabung dengan Iran Arab Saudi Yaman Sudan serta sebagian Nigeria dan Somalia yang juga me...
Penyakit Kanker Ternyata Dipengaruhi Kondisi Ekonomi Suatu Negara

Penyakit Kanker Ternyata Dipengaruhi Kondisi Ekonomi Suatu Negara

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 252 hits
Kondisi perekonomian yang dimiliki oleh suatu negara ternyata dapat menentukan tingginya penyakit kanker yang ada Hal ini diungkapkan oleh Konsultan Senior Onkologi Medis Parkway Cancer Centre Singapura Dr Ang Peng Tiam
Prabowo Bahagia Kpk Ungkap Keuangan Negara Bocor Rp 2 000 Triliun

Prabowo Bahagia Kpk Ungkap Keuangan Negara Bocor Rp 2 000 Triliun

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 254 hits
Ada yang mengatakan Prabowo itu apa Nggak punya gelar kok berani bicara ekonomi Saya mungkin tidak punya gelar akademis formal Tapi sekadar berhitung saya bisa Setelah saya hitung hitung ke mana ini uang Ada 1 000 triliun yang bocor Gampang...
Rejam Dalam Al Quran Untuk Makluman Dymm Sultan Negara Brunei Darus Salam Jarum Yahudi Adalah Sangat Halus

Rejam Dalam Al Quran Untuk Makluman Dymm Sultan Negara Brunei Darus Salam Jarum Yahudi Adalah Sangat Halus

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 308 hits
Beginning Wednesday 3 April 2019 the State of Brunei Darus Salam has implemented stoning to death as a law in their land The law has been implemented at the behest of HRH the Sultan of Brunei I am quite certain the Sultan s religious adviso...
Wapres Jk Tekankan Pentingnya Kebangsaan Dalam Pembangunan Negara

Wapres Jk Tekankan Pentingnya Kebangsaan Dalam Pembangunan Negara

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 198 hits
Wapres JK mengatakan nilai nilai kebangsaan menjadi suatu hal penting di dalam membangun negara Sebab dengan kebangsaan dapat menjadi ajang persamaan dan kemajuan untuk memajukan suatu bangsa
Prabowo Ibu Pertiwi Dalam Keadaan Sakit Elite Di Jakarta Tak Mampu Urus Negara

Prabowo Ibu Pertiwi Dalam Keadaan Sakit Elite Di Jakarta Tak Mampu Urus Negara

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 216 hits
Menurut Prabowo hal tersebut disebabkan ketidaksangupan pemerintah saat ini dalam mengelola negara
Hutang Negara Semakin Rendah

Hutang Negara Semakin Rendah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR 4 April Peratusan hutang negara berkurang berikutan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar dan penyelesaian beberapa hutang kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan P...
Pm Jawab Ahmad Maslan Kadar Hutang Tak Lagi Ganggu Usaha Tadbir Bangunkan Negara

Pm Jawab Ahmad Maslan Kadar Hutang Tak Lagi Ganggu Usaha Tadbir Bangunkan Negara

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Peratusan hutang negara berkurang berikutan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar dan penyelesaian beberapa hutang kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaa...
Emas Tidak Percaya Bank Negara

Emas Tidak Percaya Bank Negara

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 304 hits
Selepas permulaan yang bergelora para peminat emas terpaksa meningkatkan pengukuhan mereka Dolar AS tidak begitu lemah kerana pelabur menjangkakannya selepas perubahan dalam prospek Fed dan pasaran saham Amerika Syarikat ditandai dengan has...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord