Permainan Dalam Talian Percuma Untuk Semua Di Culinary Schools
Permainan Dalam Talian Percuma Untuk Semua di Culinary School ǀ Dalam dunia yang semakin sibuk, kadang-kadang kita perlukan masa untuk berehat sambil mencari sesuatu aktiviti yang boleh memberi kegembiraan dan keseronokan bagi mengurangkan masalah yang dihadapi. Setiap orang ada cara tersendiri dalam mengatasi tekanan mahu pun menghilangkan rasa bosan kan. Antara nya dengan bermain game. Bagi yang gemar bermain permainan dalam talian, Culinary Schools paling best sebab menawarkan koleksi permainan online yang bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh turut serta! Yang paling best, semua permainan di sini adalah percuma.
Saya percaya ramai yang suka main game kan. Tipulah kalau saya cakap saya tak suka main game. Kadangkala kita juga memerlukan hiburan untuk mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja dan menguruskan keluarga kan. Selain mengurangkan tekanan, sedikit sebanyak dapat mengembalikan dan menceriakan kembali mood yang hilang.
Pilihan Permainan yang Best di Culinary SchoolBagi saya, tak semua permainan atas talian tu tidak berfaedah dan melalaikan sebab pelbagai pilihan permainan mengikut kategori yang boleh kita dapati dan berfaedah dimana ianya boleh menguji minda, yang membuatkan kita berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan membantu kita berfikir dengan lebih cepat. Antara pilihan permainan yang saya suka main antaranya ialah:
1) Sweety Cooking Chocolate Cake
Siapa yang nak belajar buat kek tu boleh main game ni. Game ni best sebab ada instruction macam mana nak buat kek. Dari peralatan kek, penyediaan bahan-bahan, cara-cara nak buat kek dan resipi semua ada disediakan. Kita Cuma ikut arahan sahaja sampai terhasil lah sebiji kek. Bila main game ni timbul pula perasaan nak buat kek betul-betul. Rindu nak baking sebab dah lama tak buat kek.
2) Lunch Shop
Game ni lebih kepada penyediaan makanan. Ada timing yang diberikan. Jadi kena cepat siapkan makanan. Bila main game ni, saya dapat bayangkan mereka yang bekerja di restoran makanan segera. Kena siapkan order dengan betul dan tepat pada masanya.
3) Classic Solitaire
Antara versi game daun terup yang saya suka main ialah Classic Solitaire. Game old school yang paling popular sehingga hari ini. Ianya memerlukan tumpuan dan kemahiran dalam menyelesaikan permainan. Jika tidak ada lagi gerakan yang boleh dibuat, maka permainan itu akan tamat. Rasa tak puas hati selagi tak menang tau.
4) Supermarket Sort
Rasa macam Tengah bekerja dekat supermarket pula main susun barang. Selalu tengok staff susun-susun barang masa sedang shopping kan. Kali ni kerja kau pula susun barang. Tapi versi game lah… Hahaha… Konsep game ni ialah memastikan setipa produk yang ada dekat rak tu semuanya produk yang sama. Kalau terselit produk lain kau kena bawa keluar dan susun ditempat yang betul Game ni ada timing untuk menguji sejauh mana kepantasan kau menyusun barang. Pengajarannya… Jika kita beli barang dekat supermarket, kalau tak jadi nak beli barang tu, silalah letak balik ditempat asal semula ya.
5) Hidden Kitchen
Teringat masa zaman muda belia dulu. Kalau pergi Sungai Wang, mesti singgah dekat bahagian game. Dan hidden Object ni antara game kegemaran juga. Anak-anak pon suka main game ni. Fokus dan ketajaman mata yang tinggi diperlukan ketika bermain kerana terdapat 10 barang-barang tersembunyi yang perlu kita cari. Saiz objek yang tersembunyi pula ada yang besar dan ada yang kecil. Memang mencabar tapi seronok. Anda boleh menggunakan pembayang jika objek yang dicari tidak dijumpai.
Setiap barang yang salah, 5 mata akan ditolak. Jadi kita kena focus untuk cari barang tersembunyi dengan betul.
6) Coffee Shop
Dalam game ni, kau lah pemilik kedai kopi dan kau juga lah barista. Macam mana nak uruskan stok bahan, kerosakan bahan, tentukan harga minuman dan cara nak tukar formula minuman mengikut permintaan berdasarkan perubahan cuaca, semua tu kena ambil kira. Agak mencabar juga game ni sebab pelanggan ada taste mereka yang tersendiri kan. Ada yang suka manis, suka lebih kopi, suka kurang manis dan macam-macam lagi.
Jadi… Kalau nak bina reputasi dan nak tingkat kan aliran tunai, kena tahu kehendak pelanggan dengan tingkat kan formula yang disukai mereka. Ok… Dah boleh buka kedai kopi.
Ada Iklan dan nak kena Download ke?Salah satu sebab mengapa permainan-permainan dekat laman web ini menjadi pilihan saya adalah kerana ianya percuma dan mudah untuk diakses. Tidak perlu memuat turun aplikasi atau bimbang tentang iklan yang mengganggu ketika sedang bermain sebab memang tak ada iklan. Semua permainan direka dengan grafik yang mesra dan mudah difahami. Tambahan lagi, kita tak perlu risau tentang keselamatan, kerana permainan ini bebas daripada kandungan yang tidak sesuai. Kalau anak-anak nak main pun tak ada masalah lah.
Banyak lagi permainan yang saya nak share. Tapi cukup lah 6 sebab semua game dalam website ini best dan banyak pilihan permainan yang boleh kita pilih untuk kita uji ketangkasan minda dalam masa yang sama mengurangkan sedikit sebanyak tekanan yang ada. Ianya juga sesuai dimain untuk semua peringkat umur terutaman bagi kanak-kanak kerana boleh meningkatkan kemampuan pembelajaran, meningkatkan koordinasi pergerakan tangan dan mata serta menjadikan kanak-kanak lebih menumpukan perhatian.
Sebenarnya permainan interaktif atas talian yang mendidik dan menghiburkan ni juga boleh jadi bonding antara ibu dan anak bila sama-sama main game. Tapi dalam bermain game ini, kita perlu ada kan had masa supaya ianya tidak menjadi satu ketagihan. Biar lah bermain game secara berpada-pada dan tidak keterlaluan. Yang pasti, permainan-permainan dalam Culinary School ni semua best dan anda kena cuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizarahman.com/2024/10/online-game-percuma-di-culinary-school%20.html