Pemuda Umno Johor Kecewakan Semua Orang Cina Kata Tiong


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 2, 2024 
Parti Demokratik Progresif (PDP) menyifatkan Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, sebagai tidak tahu bersyukur apabila memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dalam PRK DUN Mahkota baru-baru ini

Merujuk kepada pepatah Cina, Presiden PDP Tiong King Sing berkata pemimpin Pemuda Umno Johor itu boleh diibaratkan sebagai "memusnahkan jambatan selepas menyeberangi sungai".

Dengan bergantung kepada data yang tidak berasas, katanya, Noor Azleen memperlekehkan sumbangan undi masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil tersebut ketika sepatutnya ahli politik terbabit mengucapkan terima kasih kepada mereka.

"Perubahan sikapnya yang begitu cepat mengecewakan seluruh masyarakat Cina," katanya dalam satu kenyataan berbahasa Cina hari ini.

BN menang bergaya dalam PRK Mahkota pada Sabtu lalu apabila mengenalkan kerusi DUN tersebut dengan majoriti 20,609 undi, atau empat kali ganda berbanding dicatat parti itu ketika pilihan raya negeri lebih dua tahun lalu.

Untuk rekod semasa PRN Johor diadakan, kerajaan perpaduan belum dibentuk dan BN bersaing dengan PH serta PN bagi merebut 56 kerusi yang dipertandingkan.
Noor Azleen AmbrosSelepas berakhirnya PRK Mahkota, beberapa pemimpin Umno termasuk Noor Azleen dilaporkan mempersoalkan sumbangan DAP dengan berkata hanya 34 hingga 36 peratus sahaja pengundi Cina di DUN itu membuang undi.

Analisis lain - termasuk oleh ketua DAP Johor Liew Chin Tong - bagaimanapun meletakkan anggaran antara 43 dan 49 peratus.

Tiong pula mendakwa jumlah pengundi Cina yang keluar pada Sabtu ialah sekitar 53.6 peratus dan mendakwa Noor Azleen lemah dalam membuat penyelidikan.

"Saya pun hairan, dari mana dia dapat data kononnya pengundi Cina hanya 34 hingga 36 peratus? Tidakkah dia berfikir dengan teliti?

"Jika peratusan keluar mengundi Cina begitu rendah, bagaimana Syed Hussien Syed Abdullah berjaya menang dengan jumlah majoriti (besar)?

“Malah peratusan keluar mengundi Cina pada PRK Mahkota ialah 53.6 peratus, manakala peratusan keluar mengundi Melayu 56.6 peratus,” katanya.

Sikap angkuh, jahil

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu menambah kegagalan Noor Azleen melakukan pemeriksaan fakta asas adalah melucukan, mengecewakan dan memalukan.

Katanya pentadbiran kerajaan Madani memberi perhatian serius kepada perjalanan kempen PRK DUN Mahkota baru-baru ini walaupun berbeza latar belakang kaum dan parti.

Katanya, pemimpin daripada pelbagai parti dilihat turut mengetepikan perbezaan mereka dan mengambil bahagian secara aktif dalam siri kempen yang berlangsung untuk mencapai matlamat bersama.

Kata Tiong, dia sendiri tidak terkecuali terlibat dalam siri kempen di Mahkota.

Justeru, katanya, apabila BN menang, ia sepatutnya menjadi detik untuk semua pihak meraikan kejayaan tersebut.

"Namun komen daripada Ketua Pemuda Umno Johor itu seperti mencurahkan air sejuk ke atas api.

"Kenyataannya bertentangan dengan cita-cita kerajaan perpaduan dan nampaknya secara khusus menyasarkan masyarakat Cina.

"Sekiranya Noor Azleen benar-benar ada kapasiti dan tanggungjawab politik, beliau harus memohon maaf kepada masyarakat Cina atas keangkuhan dan kejahilan itu," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/pemuda-umno-johor-kecewakan-semua-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apologise Tiong Tells Johor Umno Youth Chief

Apologise Tiong Tells Johor Umno Youth Chief

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 189 hits
Noor Azleen appeared unappreciative of the contribution of Chinese voters in the by election as there was no expression of gratitude but instead the community was blamed leading to great disappointment among the Chinese Noor Azleen Ambros c...
Johor Umno Should Get Akmal To Apologise Not Hurl Accusations

Johor Umno Should Get Akmal To Apologise Not Hurl Accusations

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 268 hits
MAHKOTA BY ELECTION Johor Umno should ask Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh to publicly apologise for his offensive remarks against the Malaysian Chinese community if it hopes to win the by election said a DAP leader DAP central commi...
Sijil Halal Ketua Pemuda Umno Hadir Beri Keterangan Di Ipd Jasin

Sijil Halal Ketua Pemuda Umno Hadir Beri Keterangan Di Ipd Jasin

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 162 hits
JASIN Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir memberi keterangan berhubung kenyataan balas isu sijil halal di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di sini hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu hadir pada pukul 10 15 pagi b...
Ketua Pemuda Pas Selangor Bodoh Sombong Kata Setiausaha Mb

Ketua Pemuda Pas Selangor Bodoh Sombong Kata Setiausaha Mb

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 140 hits
MalaysiakiniKenyataan Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar yang mengaitkan banjir di negeri itu dengan pelaburan negeri mencerminkan sikapnya yang bodoh sombong kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad Kenya...
Mind Your Own Biz Stop Imposing Your Moral Values On Others Siti Kasim Ticks Off Johor S Wanita Umno Leader

Mind Your Own Biz Stop Imposing Your Moral Values On Others Siti Kasim Ticks Off Johor S Wanita Umno Leader

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 350 hits
HUMAN rights activist Siti Kasim has hit out at Penawar state assemblywoman Fauziah Misri for insensitively implying that participants of the recently staged 2024 Pan Asia International Run organised by The Hash House Harriers Association w...
Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot

Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 227 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 28 2024 9 43 PMGabungan Madani memenangi pilihan raya kecil Mahkota dengan kemenangan besar dengan BN mengutip hampir 28 000 undi dan menang di semua daerah mengundi Keputusan itu juga menunjukkan bahawa gabu...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua