Perlumbaan Grand Prix Malaysia Batal


KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2020, salah satu perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Oktober hingga 1 November dibatalkan susulan pandemik Covid-19.
Badan pentadbir sukan permotoran – Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports dalam satu kenyataan bersama hari ini mengumumkan selain pembatalan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), turut dibatalkan perlumbaan GP Argentina dan Thailand.
Bagaimanapun, badan pentadbir sukan permotoran itu memutuskan untuk menambah venue GP (masih belum diputuskan) di Eropah dalam kalendar Kejuaraan MotoGP yang dijadual pada 20-22 Nov, yang juga perlumbaan terakhir musim ini, menjadikan semua perlumbaan MotoGP musim 2020 berlangsung di Eropah.
Dorna Sports iaitu pemegang ekslusif komersial dan hak siaran MotoGP juga memulakan perbincangan dengan pihak Argentina dan Malaysia berhubung tarikh sesuai bagi perlumbaan musim 2021 untuk dicadangkan kepada FIM, dengan beberapa perancangan mengalu-alukan peminat kembali ke litar, sementara persetujuan turut dicapai dengan Litar Chang di Buriram, Thailand untuk berada dalam kalendar perlumbaan sehingga 2026.
Menganjurkan perlumbaan MotoGP sejak 1999, SIC berjaya menarik lebih 100,000 penonton sepanjang minggu perlumbaan dalam beberapa edisi sebelum ini, selain memberi pengalaman mencabar untuk pelumba dua roda terbaik dunia.
Sedih dengan keputusan pembatalan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta berkata ketiadaan ketiga-tiga perlumbaan itu dalam kalendar 2020 sangat memberi kesan kerana peminat setia sukan permotoran sering mengembara ke seluruh benua untuk menyaksikan perlumbaan.
“Ketibaan peminat di Termas de Rio Hondo (Argentina), Buriram dan Sepang sangat luar biasa, sentiasa mencetuskan suasana dan sambutan luar biasa terhadap sukan ini. Kami sangat berharap dapat kembali ke Thailand, Argentina dan Malaysia tahun depan dan seperti biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas kesabaran dan pengertian mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif yang jelas kecewa dengan pembatalan GP Malaysia buat pertama kali sejak 20 tahun, berharap dapat kembali lebih hebat dalam kalendar 2021.
“Kami sangat berharap untuk menyaksikan aksi perlumbaan di tanah air terutamanya pelumba negara seperti Kasma Daniel, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan Petronas Sepang Racing Team yang bermula baik musim ini. Bagaimanapun, dengan situasi penularan Covid-19, keselamatan semua adalah keutamaan, kami tidak mahu mempertaruhkan kesihatan peminat.
“Saya percaya ini menjadi berita sedih buat peminat Malaysia dan seluruh dunia yang membantu menjayakan perlumbaan sehingga hari ini. Kami menyaksikan peningkatan jumlah penonton GP Malaysia pada setiap tahun dan kami berterima kasih kepada semua peminat dan rakan kongsi atas sokongan yang diberikan.
“Perkara terbaik dilakukan sekarang ini adalah terus menyokong pelumba dan pasukan negara yang masih bertanding dalam perlumbaan,” katanya dalam kenyataan berasingan oleh SIC.
GP Malaysia adalah venue paling lama di Asia Tenggara sejak 1991, menyaksikan SIC menjadi venue tetap dalam kalendar setelah berpindah dari Litar Shah Alam dan Johor pada 1999.
Litar Antarabangsa Sepang juga adalah salah satu litar terpanjang dan mencabar dalam musim perlumbaan dan menjadi litar kegemaran dalam kalangan pelumba serta pasukan. Litar sepanjang 5.543km turut menganjurkan pelbagai perlumbaan klasik serta menyediakan pengalaman unik kepada para peminat sukan permotoran.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/perlumbaan-grand-prix-malaysia-batal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2020 Cancelled

Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2020 Cancelled

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 389 hits
BREAKING NEWS Sepang International Circuit regret to announce the cancellation of the Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2020 This is due to the ongoing Covid 19 pandemic that has resulted in the decision of the cancellation The post appe...
No F1 Grand Prix This Year In Us Brazil Mexico Canada

No F1 Grand Prix This Year In Us Brazil Mexico Canada

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 236 hits
Nico Rosberg 8217 s Mercedes navigates a bend at the Nurburgring in 2013 the last time a Grand Prix was held there but the historic German circuit will be pressed into action this season AFP Photo The Grands Prix in the United States Mexico...
Goldman Sachs To Return Us 3 9 Bil In 1mdb Settlement To Malaysia

Goldman Sachs To Return Us 3 9 Bil In 1mdb Settlement To Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 237 hits
Goldman Sachs has agreed to a total settlement of US 3 9 billion to resolve outstanding charges and claims related to the three bond transactions that the company had structured and arranged for 1MDB the finance ministry said With today s s...
Kes Al Jazeera Lelaki Paling Dikehendaki Imigresen Malaysia Rayhan Kabir Diberkas

Kes Al Jazeera Lelaki Paling Dikehendaki Imigresen Malaysia Rayhan Kabir Diberkas

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 405 hits
Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini sudah ditahan agensi terbabit hari ini Penahanan lelaki berusia 25 tahun itu disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee...
Lambakan Rohingya Unchr Ketepi Pihak Berkuasa Malaysia

Lambakan Rohingya Unchr Ketepi Pihak Berkuasa Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 278 hits
Oleh Maszureen Binti Hadzman and Nuraina Hanis Binti Abd Halim PEJABAT UNHCR di Kuala Lumpur jadi tumpuan pelarian untuk mendapatkan dokumen khas KUALA LUMPUR Percaya atau tidak pelarian Rohingya yang memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa ...
Cara Membuat Keripik Malaysia Lezat Dan Lengkap

Cara Membuat Keripik Malaysia Lezat Dan Lengkap

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 364 hits
Bahan bahan membuat kue keripik malaysia1 Kilo tepung terigu200 gram margarine300 Ml santanBhan yang di haluskan adalah4 Siung bawang putih di haluskan2 Sendok teh garam halusSedangkan bahan yang untuk di taburkan300 Gram tepung maizena200 ...
Usir Rayhan Kabir Senarai Hitam Daripada Memasuki Malaysia

Usir Rayhan Kabir Senarai Hitam Daripada Memasuki Malaysia

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Lelaki warga Bangladesh Md Rayhan Kabir akan diusir keluar dari negara ini dan disenarai hitam memasuki Malaysia selama lamanya Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata lelaki berusia 25 tahun ditahan sepasuk...
British Brand Ruark Audio Brings Its Signature Full Bodied Sound Systems To Malaysia

British Brand Ruark Audio Brings Its Signature Full Bodied Sound Systems To Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 290 hits
The R7 R5 R3 MR1 and MRx are created for discerning users who appreciate exquisite modern craftsmanship timeless British design and sensational full bodied sounds British sound brand Ruark Audio is bringing its trademark luxury sound system...
Siapa Yang Mahu Jadikan Malaysia Negara Kristian

Siapa Yang Mahu Jadikan Malaysia Negara Kristian

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 307 hits
Menurut PERZIM Zon sivik Bukit Melaka selama ini telah menjadi pusat pentadbiran bagi badan badan kerajaan dari zaman Melaka diasaskan hinggalah sekarang Penubuhan pusat pentadbiran di lokasi ini adalah kerana kedudukannya yang strategik me...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi