Perlukah Reset Malaysia


HARI ini kita menyambut Hari Malaysia. Penantian Hari Malaysia amat bermakna bagi satu konsep politik Keluarga Malaysia.

Perpaduan yang mencerminkan ciri ke-Malaysian menggambarkan pendirian sebenar rakyat hari ini adalah jauh sekali lagi. Untuk merealisasikan perpaduan Keluarga Malaysia, memerlukan satu daya pemikiran perubahan ke arah pembentukan sebenar satu Keluarga Malaysia yang lebih mampan dan jitu.

Ini bermakna perpaduan yang perlu reset adalah berfalsafahkan penyatuan dan tolak ansur dalam keadilan sosial. Penyatuan ini bersifat terangkum dengan kepelbagaian antara masyarakat Melayu, masyarakat bumiputera Sarawak dan Sabah dengan masyarakat bukan Melayu.

Malahan penyatuan ini juga mempunyai ciri inklusif antara perpaduan komponen yang menggambarkan komponen kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak dan Sabah. Melalui keterangkuman penyatuan ini dapat menggambarkan suasana kestabilan dan keharmonian dalam hubungan sesama masyarakat tersebut bagi membangunkan sosioekonomi negara yang sedang menghadapi krisis.

Malahan tolak ansur dalam perpaduan Keluarga Malaysia mampu merungkai sebarang keretakan dan ketidakpercayaan dalam pembahagian kek ekonomi dan tugas mengurus tadbir negara ini. Tanpa ada tolak ansur, integrasi perpaduan yang digunakan sejak zaman Pakatan Harapan, kemudian PN akan menghalang kekuatan falsafah penyatuan yang terangkum dan inklusif.

Bagi merealisasikan konsep penyatuan dalam perpaduan Keluarga Malaysia adalah bermula dengan langkah mengasimilasikan dan bukan dengan mengintegrasikan.

Asimilasi ini perlu berpegang kepada satu bangsa dan satu budaya matang bersosialisasi. Amalan budaya sosialisasi matang dan sejahtera adalah melihat sudut positif bagaimana ke arah penyatuan demi kepentingan hasrat rakyat supaya suhu perpecahan dalam keadilan sosial negara ini akan reda.

Perpaduan Keluarga Malaysia juga perlu berkonsepkan integriti dan akauntabiliti agar masyarakat Keluarga Malaysia dilihat dengan persepsi positif. Keberadaan rakyat hari ini adalah sebahagian besar masanya dalam media sosial. Jaringan media sosial di negara ini sudah berkembang dengan matang dan mampu menilai apakah yang dibuat oleh setiap netizen hari ini.

Ini bermakna media sosial rakyat sentiasa membicarakan setiap tindakan dan keputusan yang mencerminkan perpaduan Keluarga Malaysia. Jadi, ini memerlukan satu promosi dalam setiap tindakan keputusan kerajaan dalam hal perpaduan Keluarga Malaysia dilihat baik pada mata rakyat walaupun pahit untuk kepimpinan kerajaan.

Promosi ini perlu telus, integriti dan akauntabiliti agar tidak dibicarakan dengan tanggapan persepsi kurang baik dalam media sosial rakyat.

Perpaduan Keluarga Malaysia juga perlu saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Kelemahan yang ada dalam kepimpinan kerajaan memerlukan kelengkapan kepimpinan masyarakat dalam erti kata perpaduan nilai hubungan. Begitu juga kekurangan yang ada dalam kepimpinan kerajaan dan masyarakat perlu dilengkapi dengan bantuan kepimpinan masyarakat madani.

KOTAK PEMIKIRAN
Perpaduan Keluarga Malaysia hari ini perlu melangkaui garisan kotak pemikiran kebiasaan agar dilihat luar biasa supaya mampu memikul amanah rakyat dan negara.

Bukan sebarangan yang boleh dilantik dalam mengeluarkan kaca mata konsep kebiasaan yang berada dalam benak pemikiran rakyat hari ini.

Rakyat hari ini lebih berani mengkritik secara terbuka berbanding sebelum ini. Namun, apa yang diperlukan adalah jentera kerajaan mencernakan kritikan ini dengan konsep luar biasa agar rakyat kembali yakin kepada neraca perpaduan yang diset semula. Bukan mudah tetapi boleh direalisasikan jika ada keyakinan untuk menghadapi sebelum terlambat. Menghadapi dengan sifat rendah diri dan memperbetulkan apa yang tidak betul dilihat lebih baik daripada impak buruk nanti.

Jadi, untuk melihat keseriusan kerajaan yang sudah bersedia dengan konsep luar biasa dalam mengatur semula perpaduan, kepimpinan kerajaan perlu mengutamakan keadilan sosial daripada kepentingan politik dalam suasana menyelesaikan tiga krisis yang sedang melanda negara hari ini iaitu kesihatan, ekonomi dan politik.

Sokongan dan kerjasama erat antara pemimpin politik dan pemimpin lapisan negeri dalam hubungan simbiotik mampu mengharungi dan menyelesaikan ketiga-tiga krisis tersebut. Ini amat penting dalam matlamat mengeset semula perpaduan yang menjurus kepada keadilan sosial.

Hubungan simbiotik yang saling bergantungan antara pemimpin politik dan pemimpin lapisan negeri diperkasakan dengan lebih kerap turun padang dan mendengar keluhan rakyat yang jauh daripada perhubungan sedia ada dengan kedua-dua kepimpinan kerajaan tersebut.

Perpaduan Keluarga Malaysia yang berjaya adalah berteraskan sikap positif hubungan simbiotik antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Tidak perlu ada dua darjat dalam hubungan tersebut walaupun berlainan kepartian. Ini untuk memperlihatkan ketersediaan kerajaan Pusat dalam memberikan sebarang bantuan dan khidmat nasihat demi kepentingan rakyat. Amalan sebegini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu perlu diperkasakan agar tiada kerajaan negeri yang ditinggalkan dalam usaha mengeluarkan Malaysia daripada ketiga-tiga krisis tersebut.

Perpaduan Keluarga Malaysia perlu bersifat menjiwai dan mengasihani kehendak setiap lapisan rakyat tanpa meninggalkan sesiapa pun. Konsep yang digunakan semasa pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diteruskan kerana rakyat terkesima dengan konsep no one is left behind. Ini amat penting dalam membina semula sistem keadilan sosial bertunjangkan perpaduan asimilasi bagi pembentukan nilai jati diri negara ini,

Oleh: Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dan
          Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah
Perlukah Reset Malaysia?Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/09/perlukah-reset-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Time To Reset Malaysia To A Post Pandemic Normal

Time To Reset Malaysia To A Post Pandemic Normal

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 287 hits
From Azman UjangWith Malaysia expected to achieve herd immunity by end October and move from the Covid 19 pandemic to the endemic phase the next step is resetting Malaysia in the new normal Newly minted Prime Minister Ismail Sabri Yaakob an...
Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 521 hits
Pembaharuan 7 perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang juga bukanlah penyelesaian pokok dan menyeluruh Kes rayuan hendaklah dengan amaran bahawa hukuman berat sedang menunggu jika rayuan itu ditolak ini supaya rayuan bukan sekadar ...
Polis Thai Tahan 14 Warga Myanmar Termasuk Seorang Kanak Kanak Cuba Seludup Masuk Ke Malaysia

Polis Thai Tahan 14 Warga Myanmar Termasuk Seorang Kanak Kanak Cuba Seludup Masuk Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 252 hits
SADAO 12 Sept Pihak berkuasa tempatan Thailand menahan 14 warga Myanmar termasuk seorang kanak kanak wanita yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand Malaysia Pegawai Daerah Sadao Surin Suriyawong berkata pihak berkua...
Ppv Iskandar Malaysia Studio Syafiqah Az First Dose

Ppv Iskandar Malaysia Studio Syafiqah Az First Dose

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 429 hits
PPV Iskandar Malaysia Studio Syafiqah AZ First Dose Singgah sini ngantor si iqa Dapat AZ Lama sikit la nak nunggu untuk second dose Jangkaan bulan 10 nanti Layan aje la Balik siap singgah tapau makan Char Kuey Teow beb terbaeekkk kipidap mk...
Kj Who Declares End Of Polio Outbreak In Malaysia

Kj Who Declares End Of Polio Outbreak In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 230 hits
The polio outbreak in Malaysia has been declared ended following an official notification by the World Health Organization representative office for Malaysia Brunei and Singapore to the Health Ministry Health Minister Khairy Jamaluddin said...
Premium Doodle Kartun Etnik Di Malaysia

Premium Doodle Kartun Etnik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 532 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Doodle kali ini bertemakan etnik Kesemuanya ada 15 etnik di Malaysia Apa yang anda akan dapat 30 doodle bewarna 30 doodle hitam putih Jom layan preview dahulu Ada BONUS penghargaan buat anda Poster pakaia...
20 Tahun Berlalu Adakah Malaysia Sedia Berdepan Serangan Ala 11 9

20 Tahun Berlalu Adakah Malaysia Sedia Berdepan Serangan Ala 11 9

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 359 hits
Pakar tidak menolak wujud percubaan untuk meniru serangan terhadap bangunan berkembar New York pada 2001 namun percaya Malaysia lebih bersedia ketika ini Menara berkembar Pusat Dagangan Dunia terbakar di belakang bangunan Empire State di Ne...
Adam50 Cara Memohon Rm200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Adam50 Cara Memohon Rm200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 273 hits
ADAM50 Cara Memohon RM200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050 ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 adalah skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018 Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga ...
7 Step Cara Cancel Order Lazada Malaysia

7 Step Cara Cancel Order Lazada Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 268 hits
Order di Lazada ada masalah Ini cara cancel order Lazada Malaysia untuk selesaikan sebarang issue berkaitan barang korang contoh nya seperti penghantaran lambat atau penjual tidak respon selepas kita dah contact mereka di chat Bagi mereka y...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu