Adam50 Cara Memohon Rm200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050


ADAM50: Cara Memohon RM200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050
ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 adalah skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018.
Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di bawah skim tersebut.
Selepas pendaftaran dilakukan, 200 unit percuma tersebut akan dikreditkan secara automatik ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera.

Berbeza dengan BR1M 2018, kos keseluruhan ADAM50 yang akan dilaksanakan selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 ini dianggar mencecah RM560 juta dan akan memanfaatkan 2.8 juta bayi Malaysia. Cara Memohon ADAM50
Pendaftaran ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun selepas bayi dilahirkan.


Sebagaimana contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019.

Sekiranya gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.

Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

MaybankMaybank IslamicCIMBCIMB IslamicRHBRHB IslamicPos MalaysiaBank Simpanan NasionalAffin BankAlliance BankAmBankAmBank Islamic Dokumen Pendaftaran ADAM50 Berikut antara dokumen yang perlu dibawa ketika proses pendaftaran, antaranya:

Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftarMyKid bayi atau Sijil KelahiranSebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi Syarat Kelayakan Berikut kriteria dan syarat kelayakan permohonan ADAM50:Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018Warganegara MalaysiaIbu/bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atasPeserta serta Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan

Untuk makluman, 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Peserta juga tidak boleh menarik diri setelah pendaftaran dilakukan, melainkan peserta tidak lagi memenuhi kriteria kelayakan am pelaburan ASNB, sebagai contoh status pertukaran Wargenegara. Soalan Lazim Q: Bolehkah saya menamakan peserta ADAM50 sebagai penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah?

A: Ya, boleh. Pemberi Hibah/Pengisytiharan Amanah perlu melantik Penjaga Sah bagi penerima yang berumur 18 tahun ke bawah.

Q: Sekiranya anak saya menerima Harta Hibah/Pengisytiharan Amanah yang melebihi had maksimum individu tabung, adakah harta tersebut akan dibayar secara tunai?

A: Tidak. Harta tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun peserta sekaligus meningkatkan had pelaburan maksimum daripada had sedia ada kepada had baharu, tertakluk kepada amaun Harta tersebut. Contohnya, peserta menerima Harta berjumlah 100,000 unit, had maksimum peserta akan meningkat daripada 50,000 unit kepada 150,000 unit.

Q: Sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, apakah yang akan terjadi terhadap akaun tersebut?

A: Unit insentif serta segala pengagihan pendapatan yang terakru akan dilepaskan, serta segala baki akaun akan di bayar kepada waris. Sila rujuk laman sesawang ASNB bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kaedah tuntutan harta pusaka.

Q: Sekiranya ibubapa atau penjaga bayi diisytiharkan Muflis, adakah kelayakan peserta di tarik balik?

A: Tidak. Peserta masih layak menyertai program. Sebarang baki pelaburan dalam akaun peserta tidak akan dibayar ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sekiranya penjaga diisytiharkan Muflis. Akan tetapi, penjaga berdaftar baharu dikehendaki membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan atau Ejen ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/adam50-cara-memohon-rm200-amanah-dana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Ajar Anak Cara Tersenyum

Nak Ajar Anak Cara Tersenyum

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 314 hits
Nak Ajar Anak Cara Tersenyum Tersenyumlah walau hati kamu menangis Ajarlah anak tersenyum dengan senyuman kamu Bila engkau menangis di depannya maka engkau sedang mengajar anakmu menangis Apa apa saja yang engkau lakukan di depan anakmu bai...
Anak Tak Nak Makan Sebab Dia Kenyang Susu Doktor Kongsi Cara Latih Anak Suka Makan

Anak Tak Nak Makan Sebab Dia Kenyang Susu Doktor Kongsi Cara Latih Anak Suka Makan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 303 hits
Perkara yang mama paling risau adalah anak menolak untuk makan tetapi asyik minta susu Sebenarnya anak menolak untuk makan kerana ada kaitan dengan susu yang mereka minum Tapi kenapa Ikuti perkongsian dari doktor ini 8 TIPS LATIH ANAK MAKAN...
Niat Nak Susukan Anak Hingga 2 Tahun Tanpa Campur Susu Formula Cara Ni Membantu Ibu

Niat Nak Susukan Anak Hingga 2 Tahun Tanpa Campur Susu Formula Cara Ni Membantu Ibu

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 317 hits
Pastinya setiap ibu memang mengimpikan untuk susukan anak sehingga 2 tahun tanpa campur susu formula Tapi kadang kadang ada juga halangannya Sebenarnya sokongan yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan Jadi kalau anda berazam nak ...
Pakar Kongsikan Cara Nak Jadi Ayah Terbaik Lepas Ni Sikit Sikit Anak Cari Ayah

Pakar Kongsikan Cara Nak Jadi Ayah Terbaik Lepas Ni Sikit Sikit Anak Cari Ayah

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 281 hits
Seorang ayah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak anak Apa saja yang dilakukan oleh si ayah akan menjadi contoh pada mereka Malahan apa saja yang keluar dari mulut ayah akan dipercayai oleh anak Begitulah besarnya impak kehad...
Cara Memohon Rumah Pr1ma

Cara Memohon Rumah Pr1ma

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 656 hits
Memiliki rumah sendiri adalah impian semua terutama bagi pasangan yang dah berkahwin Skim perumahan mampu milik macam PR1MA ni untuk membantu mana mana rakyat yang layak untuk memiliki rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA atau dik...
Keluar Suara High Pitch Waktu Panggil Anak Mak Mak Mesti Boleh Relate Dengan Cara Adira Ni

Keluar Suara High Pitch Waktu Panggil Anak Mak Mak Mesti Boleh Relate Dengan Cara Adira Ni

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 255 hits
Panggil anak dari jauh kadang kadang mencabar juga Anak tak dengar atau ada masa anak saja tak nak respon bila kita panggil tu Sampai nak terkeluar tekak menjerit panggil nama anak Artikel Menarik Sebenarnya anak yang tidak menyahut panggil...
Sesuai Untuk Anak Ramai Cara Buat Burger Kukus Sedap Ringkas Cepat

Sesuai Untuk Anak Ramai Cara Buat Burger Kukus Sedap Ringkas Cepat

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 224 hits
Memiliki anak yang boleh tahan ramai dengan ibu bapa bekerja memang memerlukan teknik supaya tetap dapat makan di rumah Paling penting menu kenalah senang disediakan dan peralatan di dapur mudah dibersihkan Tapi tetap sebolehnya menyihatkan...
Pakar Kongsi Cara Pilih Bentuk Berus Gigi Yang Tepat Untuk Anak Kecil

Pakar Kongsi Cara Pilih Bentuk Berus Gigi Yang Tepat Untuk Anak Kecil

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 286 hits
Kebersihan gigi adalah sangat penting dimulakan pada peringkat awal Kebiasaannya gigi pertama tumbuh seawal usia enam bulan Jadi ibu bapa boleh dah boleh mula memberus gigi bayi anda dengan berus yang sesuai dan betul Hal ini akan dapat mel...
7 Step Cara Cancel Order Lazada Malaysia

7 Step Cara Cancel Order Lazada Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 233 hits
Order di Lazada ada masalah Ini cara cancel order Lazada Malaysia untuk selesaikan sebarang issue berkaitan barang korang contoh nya seperti penghantaran lambat atau penjual tidak respon selepas kita dah contact mereka di chat Bagi mereka y...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint