Perlu Bantu Pks Terus Bertahan



Perlu bantu PKS terus bertahan. Apa itu PKS? PKS bermaksud Perusahaan Kecil dan Sederhana dimana buat sektor pembuatan, bilangan pekerja tidak melebihi 5 orang (mikro), 5 orang hingga 74 orang (kecil), 75 orang hingga 200 orang (sederhana). Manakala buat sektor perkhidmatan dan sektor lain, bilangan pekerja tidak melebih 5 orang (mikro), 5 orang hingga 29 orang (kecil), dan pekerja 30 hingga 75 (sederhana).
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada 29 Julai 2020, sumbangan PKS menyumbang 38.9% pada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar). Tidak lupa juga, PKS telah menggaji seramai 7.3 juta pekerja dan menyumbang 48.4% kepada guna tenaga kerja (hampir separuh datangnya daripada PKS).
Tepat 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan pertama diadakan di seluruh Malaysia. Seluruh dunia telah dilanda wabak penyakit Covid-19. Satu demi satu perniagaan mula tumbang, antara yang paling cepat terkesan dan paling lambat bangkit ialah perniagaan berkaitan sektor pelancongan dan penerbangan. Malah syarikat gergasi juga tidak terkecuali gulung tikar dengan menyebabkan ramai hilang pedapatan. Kesannya, jumlah golongan M40 menurun dan B40 naik dengan mendadak.
Kerajaan seharusnya membuka kembali semula sektor ekonomi dengan ‘SOP’ yang sangat ketat. Melihat suasana pandemik semasa, semua ekonomi di anggap ‘essential’ memandangkan tidak banyak yang boleh bantu pihak kerajaan. Sekurang-kurangnya mereka boleh bernafas kembali seperti biasa. Apabila ekonomi bertambah rancak, kerajaan akan mendapat kembali pendapatan yang stabil.
Bantuan bakul makanan tidak memberi impak yang besar. Rakyat mahukan jaminan pekerjaan, demi kelangsungan hidup. Pakej-pakej stimulus seperti bantuan wang tunai mesti ditambahkan lagi untuk rakyat yang dibuang kerja atau gaji dipotong, termasuk PKS. Serampang dua mata, bantuan tambahan ini secara langsung dapat mengurangkan kes pengangguran, PKS juga dapat dibantu.
Saya berpandangan bahawa pihak kerajaan boleh mempercepatkan bayaran kepada syarikat-syarikat. Semua jabatan, agensi, GLC (syarikat berkaitan kerajaan), pihak berkuasa tempatan dan mana-mana yang terlibat secara langsung harus mempercepatkan bayaran. Ada yang berbulan-bulan masih tidak dapat bayaran. Setiap bulan syarikat PKS ada komitmen yang perlu dilangsaikan. Ini termasuk bayaran gaji pekerja, bayaran kepada pembekal, bil-bil utiliti, kos menyelenggara kenderaan pengangkutan dan sebagainya. Apabila bayaran dapat dipercepatkan, ianya semestinya sangat membantu untuk melancarkan perjalanan syarikat PKS.
Bagi mereka yang masih mempunyai pendapatan yang stabil dan perniagaan yang masih rancak. Saya menyeru untuk kita sama-sama bantu sektor ekonomi kecil dan sederhana. Bagaimana cara kita boleh bantu? Berbelanjalah di kedai mereka dan menggunakan perkhimatan yang mereka tawarkan. Apabila kita bantu mereka, secara tak langsung kita dapat menggerakkan ekonomi kembali dan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
Selain itu, pihak kerajaan juga harus fokus terhadap mana-mana syarikat PKS yang berdaya maju dan berpotensi jauh untuk dikembangkan, sehingga dapat mengembangkan produk mereka ke luar negara. Selain daripada bantuan modal kewangan, kerajaan juga boleh membantu dari segi bantuan dokumentasi (disini ramai usahawan terkandas kerana kurang pengalaman) dan bantuan pemasaran yang sesuai dengan sesebuah syarikat tersebut.
Syarikat PKS kita terlalu banyak yang berpotensi jauh. Jika tiada bantuan sewajarnya dari kerajaan, tiada sokongan padu daripada masyarakat, pasti kita tidak akan berkembang jauh dan sangat rugi untuk kita pada masa akan datang. Berkembangnya sektor PKS, akhirnya akan mendatangkan kembali manfaat kepada kita semua.
Muhammad Sulhi b Md Nazir
Setiausaha Pemuda
ISMA Iskandar Puteri
Perlu bantu PKS terus bertahan
 
Baca Artikel Menarik :
Saya dah tutup pintu depan, tapi… Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak Layari Laman Facebook MYKMU
Mesyuarat MKT UMNO, jangan rakam dan sebar

The post Perlu bantu PKS terus bertahan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/03/perlu-bantu-pks-terus-bertahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid Terus Meningkat Sang Penguasa Terus Beegelut Menipu Tentang Keabsahan Kerajaan Dan Pas Sokong Penipuan

Kes Covid Terus Meningkat Sang Penguasa Terus Beegelut Menipu Tentang Keabsahan Kerajaan Dan Pas Sokong Penipuan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 236 hits
Kes Covid sudah cecah 20K Muhyidin masih kata dia ada majoriti tapi tak mahu sahkan skrg di Parlimen Dia minta bulan september Nak tunggu berapa byk kes lagi dan berapa ramai setiap hari mati akibat Covid Puak khianat ini setiap malam berku...
Wajib Bersin Nonstop Tiap Pagi Terus Rimas Dan Stress

Wajib Bersin Nonstop Tiap Pagi Terus Rimas Dan Stress

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 247 hits
WAJIB BERSIN NONSTOP TIAP PAGI TERUS RIMAS DAN STRESS Bersin dan hidung berair waktu pagi memang kawan rapat kalian yang selalu gatal gatal hidung dan telinga tu kan Asal bangun pagi jer wajib bersin Asal bersin tu dah tahu la kalian dah ba...
Wabak Covid Terus Mengganas Apa Faedahnya Lantik Faizal Azumu Penasihat Khas Pm Amk

Wabak Covid Terus Mengganas Apa Faedahnya Lantik Faizal Azumu Penasihat Khas Pm Amk

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 135 hits
Pelantikan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Bertaraf Menteri hanya akan membazirkan wang rakyat di tengah tengah keperluan mendesak untuk menangani kes Covid 19 dan memper...
Pas Yang Lupa Daratan Terus Hanyut Di Laut Kekuasaan

Pas Yang Lupa Daratan Terus Hanyut Di Laut Kekuasaan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 167 hits
1 PAS hari ini sudah tidak seperti dahulu 2 Rakan rakan dari kalangan NGO yang cukup akrab dengan PAS sebelum ini seolah sudah tidak mengenali PAS hari ini 3 Kawan kawan lama seperti UMMAH PPIM dan IKRAM sebagai contohnya dan beberapa lagi ...
Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

Umno Sabah Terus Sokong Kerajaan Mahu Autonomi Dihormati

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 226 hits
Berikut adalah kenyataan rasmi UMNO Sabah berhubung dengan kemelut politik yang melanda negara susulan keputusan MKT UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Baca Artikel Menarik Layari Laman Facebook The post appeared first on
Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 273 hits
Menteri menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan iaitu antara pentadbiran pusat dan parti kata penganalisis PETALING JAYA Umno perlu bersedia berdepan perpecahan dalaman yang lebih meruncing jika terus menekan Menteri dan Timbalan Mente...
Kek Sarang Semut Versi Kukus Tak Perlu Peram Pun Kacau Terus Kukus Cantik Bersarang

Kek Sarang Semut Versi Kukus Tak Perlu Peram Pun Kacau Terus Kukus Cantik Bersarang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 229 hits
Pening memikirkan kek sarang semut yang tidak berapa menjadi sarangnya Tak perlu pening pening resipi kek sarang semut yang dikongsikan ini mudah Adunan tak perlu diperam lama hanya kacau dengan whisk dan terus kukus Cukup cantik kejadianny...
10 Sebab Kenapa Orang Berjaya Itu Terus Berjaya

10 Sebab Kenapa Orang Berjaya Itu Terus Berjaya

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 276 hits
Tempoh hari ada terbaca satu quote daripada sahabat FacebookAjarkan 2 perkara penting untuk anak anak untuk kehidupan iaitu Ilmu agama dan ilmu kewanganIlmu agama sudah tentu Ilmu kewangan adalah satu pembelajaran sejak kecil yang kita tera...
Peletakan Jawatan Menteri Umno Akan Terus Berlaku

Peletakan Jawatan Menteri Umno Akan Terus Berlaku

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 215 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memberi gambaran peletakan jawatan menteri melibatkan pemimpin UMNO akan terus berlaku dalam tempoh 48 jam Beliau berkata ia telah dimulakan oleh bekas Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Seri ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki