Perlindungan Bekalan Air Umumnya Tanggungjawab Kerajaan Pusat Kata Peguam


Robin AugustinLebih 1.2 juta isi rumah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air selepas pencemaran sungai menyebabkan loji rawatan air dihenti tugas.PETALING JAYA: Pakar undang-undang alam sekitar menolak percubaan untuk mempolitikkan isu pencemaran air dengan berkata, adalah jelas bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sebuah badan persekutuan, merupakan pihak berkuasa utama yang bertanggungjawab melindungi bekalan air.
Peguam Derek Fernandez berkata, Akta Industri Air 2006 (Wasia) memperuntukkan kuasa eksekutif kepada SPAN untuk mengurus dan melindungi bekalan air awam, termasuk kuasa kepolisan yang agak besar untuk menyiasat dan memasuki premis untuk tujuan pemeriksaan.
Beliau berkata, kerajaan negeri, termasuk Selangor, memberi kuasa kepada Putrajaya di bawah Wasia, yang diluluskan di bawah fasal 1 Perkara 74 dan fasal 2 Perkara 80 perlembagaan persekutuan, sebagai pihak berkuasa utama yang diberikan tanggungjawab itu.
“Contohnya, jika anda hendak mengganggu gugat paip air ke rumah supaya memintas meter air, anda akan didakwa oleh pihak berkuasa persekutuan, bukannya negeri,” katanya kepada FMT ketika memberi komen berkait gangguan bekalan air disebabkan pencemaran Sungai Selangor baru-baru ini.
Fernandez berkata, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah undang-undang persekutuan yang memberikan kuasa untuk menghalang dan mengawal pencemaran, termasuk air, kepada kerajaan pusat.
“Jadi tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab perlindungan pencemaran air ke atas bahu kerajaan negeri semata-mata kerana negeri telah bersetuju bahawa kuasa untuk mengambil tindakan diserahkan kepada pihak berkuasa pusat.
“Malah Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan tepat bahawa tindakan keras akan diambil ke atas pencemar Sungai Selangor di bawah wasia dan Akta Kualiti Alam Sekeliling,” katanya.
Fernandez berkata, Putrajaya harus memastikan bahawa SPAN mempunyai dana, sumber dan tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan tugasnya, termasuk memantau risiko pencemaran dan penguatkuasaan.
Selain itu katanya, Putrajaya perlu meminda Wasia bagi memberikan hak di sisi undang-undang kepada pengguna yang terkesan untuk menuntut ganti rugi ke atas gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran sengaja.
“Undang-undang harus menyediakan kadar minimum bagi setiap hari gangguan yang kena dibayar oleh pencemar, bukannya penyedia perkhidmatan air,” katanya.
Beliau berkata, pampasan minimum RM1,000 sehari kepada setiap pengguna boleh berperanan sebagai penghalang utama terhadap bakal pencemar kerana mereka berkemungkinan akan bankrap.
Negeri juga bertanggungjawab
Fernandez berkata, walaupun SPAN merupakan pihak berkuasa utama yang bertanggungjawab ke atas bekalan air, namun kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab yang mesti ditunaikan.
“LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) misalnya diberi kuasa di bawah enakmen LUAS untuk memberi lesen dan mengawal buangan ke bekalan air.
“Pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menyekat kilang haram daripada beroperasi atau bersubahat menyebabkan gangguan serta mengawal pencemaran sungai di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.
Beliau berkata, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengambil langkah tepat di bawah Kanun Tanah Negara dan kuasanya untuk merobohkan kilang haram dengan memastikan tanah yang didudu ki oleh pihak yang dipercayai mencemar Sungai Selangor dikosongkan sementara kilang terbabit dirobohkan,” katanya.
“Malah kedua-dua langkah rampasan tanah dan perobohan kilang adalah senjata ampuh terhadap pencemaran udara yang berpunca daripada pembakaran terbuka dan masalah bangunan tinggal, yang membebankan banyak bandar dan tempat di Malaysia.
“Semoga remedi ini akan digunakan bagi menangani semua ancaman kesihatan dan keselamatan awam secara berkesan.”
Bagi memperkuat dan keberkesanan langkah pelucutan hak tersebut, Fernandez berkata, kerajaan negeri boleh memohon daripada Lembaga Tanah Negara supaya meminda Kanun Tanah Negara (NLC) bagi menutup kelemahan sedia ada.
Salah satu kelamahan itu ialah NLC tidak meliputi pencemaran kilang yang beroeparsi di tanah kerajaan.
“Kerajaan negeri boleh mebuat pindaan yang membolehkan rampasan tanah dibuat ke atas mana-mana tanah yang digunakan untuk tujuan yang berlawanan dengan pelan dan penzonnan tempatan susulan aktiviti yang mendedahkan orang ramai kepada risiko kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Menghuraikan langkah lanjut yang boleh di ambil oleh pihak berkuasa negeri beliau berkata, kerajaan negeri juga boleh mengambil langkah penguatkuasaan lebih berkesan dan menzonkan semula kawasan yang kritikal bagi bekalan air.
“Mereka boleh melarang aktiviti yang berisiko tinggi kepada bekalan air, hatta jika ia sah dari segi undang-undang sekali pun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/perlindungan-bekalan-air-umumnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 586 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Kerajaan Setuju Lantikan Kp Sprm Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen Kata Azam

Kerajaan Setuju Lantikan Kp Sprm Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen Kata Azam

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas ini di buat melalui undian Ahli Parlimen kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki Beliau berkata ia telah diper...
Kenyataan Khairuddin Berkait Pusat Hiburan Mendiskriminasi Penggiat Seni Kata Ngo Kesenian Sabah

Kenyataan Khairuddin Berkait Pusat Hiburan Mendiskriminasi Penggiat Seni Kata Ngo Kesenian Sabah

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 286 hits
Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah Janrywine J Lusin berkata kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali mengenai pusat hiburan adalah driskiminasi ke atas penggiat sendiri KOTA KINABALU Pres...
Masalah Air Semakin Teruk Sejak Warisan Pegang Kerajaan 2 Tahun Lalu

Masalah Air Semakin Teruk Sejak Warisan Pegang Kerajaan 2 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 240 hits
Masalah bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri Apas menjadi lebih teruk dalam tempoh dua tahun kerajaan Parti Warisan Sabah memerintah negeri itu Penyandang kerusi Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata rakyat banyak menga...
Khianat Durjana Kilang Di Sg Gong Dipercayai Punca Gangguan Bekalan Air Lembah Klang

Khianat Durjana Kilang Di Sg Gong Dipercayai Punca Gangguan Bekalan Air Lembah Klang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 555 hits
Kilang di Sungai Gong dipercayai menjadi punca gangguan bekalan air yang turut memberi kesan kepada 1 292 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur Menurut Lembaga Urus Air Selangor pihaknya sudah melakukan siasatan bersama Pengurusan Air Selang...
4 Wilayah Mula Terima Bekalan Air Bermula Tengah Hari Tadi

4 Wilayah Mula Terima Bekalan Air Bermula Tengah Hari Tadi

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 233 hits
4 wilayah mula terima bekalan air bermula tengah hari tadi Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Sep 2020 4 37PM
Bekalan Air Ke 7 Daerah Di Lembah Klang Terganggu Kerana Pencemaran

Bekalan Air Ke 7 Daerah Di Lembah Klang Terganggu Kerana Pencemaran

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 397 hits
Sebanyak 1 292 kawasan di 7 wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi tadi susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn B...
Mb Selangor Ph Menipu Kata Agc Pasal Kertas Siasatan Pencemaran Air Di Selangor

Mb Selangor Ph Menipu Kata Agc Pasal Kertas Siasatan Pencemaran Air Di Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 286 hits
Peguam Negara Idrus Harun menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung pencemaran air di Selangor Dalam kenyataan media hari ini Idurs menyifatkan tuduhan Amirudin itu sebagai ti...
Krisis Air Kerajaan Selangor Patut Rasa Malu

Krisis Air Kerajaan Selangor Patut Rasa Malu

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 420 hits
Orang ramai menadah air yang disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor berikutan masalah gangguan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7 Kota Damansara foto ISKANDAR HAMIDI KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Subang dan Sha...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord

Nadia Rosli Hati Yang Tercemar Chord