Khianat Durjana Kilang Di Sg Gong Dipercayai Punca Gangguan Bekalan Air Lembah Klang


Kilang di Sungai Gong dipercayai menjadi punca gangguan bekalan air yang turut memberi kesan kepada 1,292 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Menurut Lembaga Urus Air Selangor (Luas), pihaknya sudah melakukan siasatan bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan beberapa agensi lain berikutan penutupan beberapa Loji Rawatan Air (LRA) pagi ini kerana pencemaran.
“Buat masa sekarang, ujian bau dilaksanakan di premis perindustrian di kawasan Sungai Gong yang melakukan pelepasan berbau seakan pelarut ke dalam sungai,” katanya pada kenyataan hari ini.
Luas turut menjelaskan bahawa Sungai Gong merupakan anak sungai kepada Sungai Sembah yang merupakan anak sungai utama Sungai Selangor, di mana LRA Rantau Panjang terletak 17km ke hilir.
Dalam kenyataan berasingan, Air Selangor mengulangi kenyataan Luas, berkata premis industri yang terlibat telah ditutup oleh pihak berkuasa tempatan pada pukul 2.30 petang hari ini.
 
Luas memaklumkan pihaknya juga telah mencuba menyah cemar air itu dengan mengepam 400 juta liter sehari dari kolam di Bestari Jaya dan melepaskan 500 juta liter air dari Empangan Sungai Tinggi.
Luas juga telah menaikkan satu river gate di Baraj Bestari Jaya bagi tujuan mempercepatkan aliran ke hilir sungai.
Meskipun dengan usaha sedemikian, Air Selangor berkata ia akan mengambil masa untuk memulihkan sepenuhnya bekalan air kepada penduduk yang terjejas.
Walaupun penutupan premis ini telah dilaksanakan, baki kesan pencemaran masih lagi berada di dalam sungai. Dalam tempoh ini, Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 2,700 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 1,292 kawasan.
“Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan mengambil masa yang lama untuk pulih kerana keempat-empat loji telah dihenti tugas melebihi 10 jam,” kata Air Selangor.
Selain Rantau Panjang, antara lain yang terkesan adalah LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3.
 
Air Selangor berkata sampel air yang dikutip menerusi LRA mendapati pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 3 TON.
Kawasan yang terkesan itu antaranya ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat – sebagai tambahan kepada Kuala Lumpur

The post KHIANAT & DURJANA: Kilang di Sg Gong dipercayai punca gangguan bekalan air lembah klang appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/03/khianat-durjana-kilang-di-sg-gong-dipercayai-punca-gangguan-bekalan-air-lembah-klang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekalan Air Ke 7 Daerah Di Lembah Klang Terganggu Kerana Pencemaran

Bekalan Air Ke 7 Daerah Di Lembah Klang Terganggu Kerana Pencemaran

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 397 hits
Sebanyak 1 292 kawasan di 7 wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi tadi susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn B...
Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 328 hits
Kes gangguan bekalan air di beberapa wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor telah mencetuskan kemarahan penduduk Menerusi tinjauan Gempak di media sosial rata rata netizen mengambil pendekatan berbeza untuk mendapatkan air Ada diantaranya men...
Gangguan Air Pbt Digesa Tarik Lesen Kilang Cemar Sungai Selangor

Gangguan Air Pbt Digesa Tarik Lesen Kilang Cemar Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 537 hits
Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor mengambil sampel air Sungai Selangor untuk menjalankan ujian bau susulan pencemaran di 4 LRA sejak pagi semalam PETALING JAYA Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna di bawah Suruhanjaya Perkhi...
Dap Yang Politikkan Isu Gangguan Bekalan Air Selangor

Dap Yang Politikkan Isu Gangguan Bekalan Air Selangor

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 261 hits
DR MOHD ZUHDI MARSUKI EDISI 9 SEMEMANGNYA isu terputusnya bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur menarik perhatian semua pihak termasuk mereka yang berada di luar kawasan yang terjejas Ia mendapat perhatian disebabkan punca terputusnya bekal...
Hiburan Terpaksa Menumpang Orang Fasha Sandha Kongi Pengalaman Hadapi Gangguan Bekalan Air

Hiburan Terpaksa Menumpang Orang Fasha Sandha Kongi Pengalaman Hadapi Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 230 hits
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur yang masih belum pulih sehingga ke hari ini nampaknya turut menjejaskan pelakon yang baru sahaja melahirkan cahaya mata baru aktres Fasha Sandha Fasha dan keluarganya juga tidak terkecuali d...
Kecuaian Exco Alam Sekitar Punca Selangor Tiada Air

Kecuaian Exco Alam Sekitar Punca Selangor Tiada Air

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 367 hits
APA erti Hari Kebangsaan sekiranya negara yang bebas ini masih dibelenggu dengan masalah masalah remeh akibat daripada pentadbir yang dungu yang diberi amanah namun tidak mengambil peduli alpa dan cuai Sikap sikap ini menyebabkan hampir sel...
Menyusahkan Orang Ramai Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pelaku Punca Ketiadaan Air

Menyusahkan Orang Ramai Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pelaku Punca Ketiadaan Air

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 312 hits
281 total views 281 views today KUALA LUMPUR 5 Sept Letih lesu dan menyusahkan Itu antara keluhan masyarakat yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku yang menyebabkan mereka terpaksa meluangkan masa pada hari minggu beratur menadah ...
Mengandung Perut Besar Lain Macam Bila Periksa Air Ketuban Banyak Ini Punca Risiko Ibu Hamil Kena Tahu

Mengandung Perut Besar Lain Macam Bila Periksa Air Ketuban Banyak Ini Punca Risiko Ibu Hamil Kena Tahu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 295 hits
Ketika hamil memang banyak perubahan dan adakalanya komplikasi pada kehamilan yang akan dilalui oleh wanita Salah satunya adalah air ketuban yang banyak Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai permasalahan ini akan dapat membantu ...
Bilik Air Kotor Punca Suami Isteri Selalu Tak Sebulu Anak Pun Kuat Melawan

Bilik Air Kotor Punca Suami Isteri Selalu Tak Sebulu Anak Pun Kuat Melawan

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 363 hits
Selain dapur keadaan dalam bilik air perlu diberi perhatian jangan pandang ringan soal kebersihan ruang ini kerana ia antara kawasan yang paling kotor dan banyak bakteria Kita perlu lebih rajin membersihkannya untuk menjamin keselesaan seis...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik

Pertiwi Trending Boikot Bangkit Usahawan Bumiputera Tv Pertiwi 23 04 2024