Kenyataan Khairuddin Berkait Pusat Hiburan Mendiskriminasi Penggiat Seni Kata Ngo Kesenian Sabah


Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah, Janrywine J Lusin (kiri) berkata, kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali mengenai pusat hiburan adalah driskiminasi ke atas penggiat sendiri.KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah (POST’s), Janrywine J Lusin menyifatkan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali mengenai pusat hiburan sebagai tidak adil
Katanya, kenyataan Khairuddin yang mengaitkan anak seni, khususnya penghibur dan pemuzik dengan gejala pemandu dilihat mendriskiminasi golongan itu
“Ilmu muzik yang dipelajari sehingga ke menara gading bukanlah semata-mata dihadkan kepada bentuk hiburan persembahan seperti konsert atau acara keramaian sahaja
“Sebaliknya anak seni turut meneroka cabang kesenian baru, termasuklah bermain muzik di pusat hiburan, selain membuka kelas muzik atau aktiviti hiburan di tempat tumpuan umum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Janrywine berkata, kenyataan Khairuddin di Facebook itu sangat tersasar jauh daripada yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung pusat hiburan yang belum dibenarkan beroperasi
“Muhyiddin memutuskan penutupan itu adalah bagi tujuan mengekang penularan virus Covid-19 yang dilihat sukar dibendung di premis seumpama itu sehinggalah pada 31 Disember 2020
“Namun apa yang dikongsikan dalam hantaran Facebook Khairuddin pada 8 September jelas mempersenda dan menghina bakat seni di negara ini
“Mengaitkan pusat hiburan dengan gejala mabuk telah mengguris sensitiviti aktivis seni yang mencari sesuap nasi
“Kenyataan beliau seakan mahu menutup mata pencarian mereka yang sudah sedia sempit ekoran pandemic Covid-19 ketika ini,” katanya
Beliau berkata, di Sabah sahaja puluhan ribu malah mungkin mencapai ratusan ribu terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bidang hiburan sebagai perniagaan, pekerjaan dan sumber mata pencarian di pusat hiburan seperti karaoke serta kelab malam
Katanya, gejala mabuk tertakluk kepada keputusan pelanggan yang datang ke pusat hiburan, bukannya bergantung pada penggiat seni yang mencari rezeki
“Lagipun bukan semua pusat hiburan boleh dilabel sebagai tempat berpesta sehingga mabuk. Berhibur di rumah seperti disarankan Khairuddin boleh juga berlaku gejala mabuk seperti pesta liar persendirian yang kerap diserbu pihak berkuasa, bukan di premis hiburan sahaja
“Sesebuah premis hiburan seumpama ini pasti akan cuba mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada dikompaun atau diarahkan tutup
“Benarlah seperti yang saya nyatakan sebelum ini iaitu penggiat seni di negara ini kerap dilihat sebagai ‘pemain bangku simpanan’ dan kerap dianaktiri dalam menjana pembangunan dan ekonomi negara,” katanya
Terdahulu menerusi hantaran di Facebook, Khairuddin menyokong kenyataan Muhyiddin yang belum membenarkan pusat hiburan dan kelab malam dibuka
Bagaimanapun, beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, adalah lebih baik pusat hiburan ditutup buat selama-lamanya kerana ia hanya akan mengundang gejala mabuk
“Tidak perlu berpesta sehingga mabuk lalu menimbulkan permasalahan
“Ramai yang tidak bersetuju, ikutlah suara ramai sebagai suara demokrasi majoriti,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/kenyataan-khairuddin-berkait-pusat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sabah Makin Pecah Mencerminkan Kependatangan Pimpinan Pusat

Umno Sabah Makin Pecah Mencerminkan Kependatangan Pimpinan Pusat

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 298 hits
Well this news was from just BEFORE Bung Moktar put Musa Aman in the tong sampah But lets revisit This is from Umno will lose Sungai Manila without Musa Aman branch leaders claim42 Umno branches will not support UMNO if Musa not nominated42...
Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 286 hits
Tanpa sebarang kerusi diperuntukkan kepada PAS pemuda parti itu tetap mengajak pengundi Sabah memperbaiki kegagalan kerajaan kerajaan sebelum ini dan bersatu demi negeri berkenaan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata sebagai meny...
Hajiji Calon Km Sabah Kata Muhyiddin

Hajiji Calon Km Sabah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 369 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus Perda...
Kerusi Prn Sabah Orang Tak Bagi Kita Berlaga Kias Ajk Pas Pusat

Kerusi Prn Sabah Orang Tak Bagi Kita Berlaga Kias Ajk Pas Pusat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 289 hits
Selepas tidak diperuntukkan sebarang kerusi oleh Perikatan Nasional mahupun BN pada pilihan raya negeri Sabah kali ini beberapa pemimpin PAS terus berkias kias Antaranya bendahari PAS Iskandar Abdul Samad yang berkias menggunakan analogi to...
Semakan Pusat Saluran Mengundi Prn Sabah

Semakan Pusat Saluran Mengundi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 517 hits
SEMAKAN PUSAT SALURAN MENGUNDI PRN SABAH Semua pengundi yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah boleh mula membuat semakan pusat mengundi dan tempat mengundi bermula hari ini CARA BUAT SEMAKAN PUSAT SALURAN MENGUNDI PRN SABAH Set...
Perlindungan Bekalan Air Umumnya Tanggungjawab Kerajaan Pusat Kata Peguam

Perlindungan Bekalan Air Umumnya Tanggungjawab Kerajaan Pusat Kata Peguam

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 266 hits
Lebih 1 2 juta isi rumah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air selepas pencemaran sungai menyebabkan loji rawatan air dihenti tugas PETALING JAYA Pakar undang undang alam sekitar menolak percubaan untuk mempolitikkan isu pencemaran...
Guan Eng Buat Rundingan Berkait Projek Sisa Pepejal Kata Pegawai Zuraida

Guan Eng Buat Rundingan Berkait Projek Sisa Pepejal Kata Pegawai Zuraida

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin tidak terlibat dalam projek sisa pepejal Taman Beringin kata setiausaha politiknya hari ini Nor Hizwan Ahmad berkata bekas menteri kewangan Lim Guan Eng merundingkan pr...
Individu Pulang Dari Sabah Tak Dikuarantin Kata Ismail

Individu Pulang Dari Sabah Tak Dikuarantin Kata Ismail

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 354 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menafikan laporan palsu mendakwa individu pulang dari Sabah akan dikuarantin 14 hari Beliau berkata kluster Benteng Lahad Datu hanya membabitkan pendatang asing tanpa izin dan banduan di penjara Tawau Merek...
Tak Perlu Pertahan Khairuddin Dengan Kisah Al Quran Kata Pensyarah

Tak Perlu Pertahan Khairuddin Dengan Kisah Al Quran Kata Pensyarah

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 307 hits
Tak perlu pertahan Khairuddin dengan kisah al Quran kata pensyarah Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 2
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal