Perkongsian Bagus Sangat Ke Ephyra Skin Bar
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua.
Okay, baca saja tajuk entry macam suspen sangat kan. Penuh dengan teka teki, pertanyaan. Memang betul pun kan, hati ni duk tertanya, aihh bagus sangat ke sabun ephyra nih sampai ramai sangat pakai, pastu review pulak kat blog mereka.. Jadi, baru nih saya diberi kesempatan untuk merasa sendiri pakai Ephyra Skin Bar nih.. Jawapan saya..........
Gambar atas SEBELUM, bawah SELEPAS
Gambar without filter okay....
Bau yang menenangkan
Yes, bau dia alahai sangat best, terus feeling cuci muka tepi pantai sambil dengar deruan ombak, angin pantai sepoi-sepoi bahasa... Bau dia memang menenangkan... Kadang sebelum cuci muka, cium dulu sabun ambil feeling pantai.. Hahaha korang yang baca jangan gelak pulak dengan tabiat saya yang ni..
Kulit tak keringSebenarnya saya ada sedikit masalah kalau pakai cleanser jenis sabun sebab kebiasaannya akan membuatkan kulit muka saya kering.. Pastu jadi macam menggelupas halus gitu.. Tapi untuk sabun ephyra nih, Alhamdulillah kulit muka memang tak kering..
Kulit tak berminyakKalau cerita pasal minyak kat muka nih, memang jadi stress tau... Biasa pagi memang muka fresh, kulit pun lembap lagi tapi masuk je tengahari, bertempeklah minyak di muka nih... Alhamdulillah sabun epyra nih memang sangat membantu mengawal minyak di muka saya... Waktu selepas lunch sekalipun, muka saya masih lagi lembap dan tak berminyak... Best kan.. Tak adalah yang nak cakap, minyak kat muka boleh buat minyak menggoreng.. Kejam tau ayat tuh..
Kulit muka cerahYang nih saya tak nak lah perasan sendiri tapi katanya suami, nampak sedikit cerah berbanding sebelum ini.. Bukan saya cakap eh, ini suami saya yang cakap.. Maklumlah, suami kot yang duk pandang selalu.. 24 hours.. Kat rumah, kat pejabat, memang nampak muka isteri dia sokmo... gituww.
Untuk pengetahuan korang, Ephyra Skin bar nih dirumuskan dengan 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang memudaratkan kulit.. Macam saya cerita sebelum nih, bau dia yang menenangkan.. Dari bau saja, dah tau memang diformulasikan dari bahan semulajadi... Bahan-bahan semulajadi yang digunakan juga mampu merawat dan memulihkan kesihatan kulit. Tapi korang janganlah pulak hari ni pakai, esok lusa dah nak nampak kesan.. Tidaklah macam tuh, korang kena pakai berterusan untuk lihat hasil dia yang menakjubkan.. And Ephyra Skin bar nih tidaklah merugikan korang untuk korang cuba... Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau rasa macam nak cuba sabun yang best nih, korang boleh jenguk sendiri instagram, website dan facebook Oceanlife
Instagram: @ephyra2u @ephyraskinWebsite: www.oceanlife2u.comFacebook: Oceanlife2u
Oh ya, korang juga berpeluang untuk menyertai Ephyra Skin Bar Before & After Contest yang mana hadiahnya merupakan Iphone 6... Waaahhhhhhh takkan korang nak tengok jer... Join la sekali.. Mana tahu, rezeki korang kan... Senang jer nak join contest tuh, ambil gambar sebelum dan selepas dengan Ephyra Skin Bar, then upload ke instagram korang.. kemudian korang tag @ephyraskin dan jangan lupa gunakan hashtag #ephyraskinbarpilihanku. Penyertaan terbaik dikira atau dinilai melalui kretiviti korang dalam bergambar dan caption korang "Ephyra Skin Bar pilihanku kerana....."
Selamat mencuba..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadiadania.blogspot.com/2015/07/perkongsian-bagus-sangat-ke-ephyra-skin.html