Neem Balm Sangat Sesuai Dibawa Travel Kemana Sahaja
NEEM BALM SANGAT SESUAI DIBAWA TRAVEL KEMANA SAHAJA! Assalamualaikum Dan Selamat Pagi.. Hai reader semua.. Bonde Ingin Kongsikan berkaitan Neem Balm?? Tak pernah tahu apa itu Neem Balm? Bagus teruskan pembacaan anda Bonde ada jawapannya.. Kadang-kadang macam tak percaya nak travel ni semua kena standby untuk dibawa. Tak apalah bukan susah pon nak bawa Neem Balm ni letak jer dalam handbag, kerana ianya bukan jenis cecair jadi Neem Balm ni tak akan sangkut atau kena buang dalam tong sampah masa nak scan di airport nanti. Bonde memang suka standby barang keperluan sendiri dari kena beli dekat tempat yang kita nak pergi tu. Banyak tak bagusnya 1) kena merayau cari sebab kita tak tahu apa yang nak dibeli tu ada ke tak dekat mini market yang kita pergi, jadi kerja kena keluar masuk pintu ke pintu mini market (buang masa) 2) Harga tentunya mahal (ikut mata wang negara yang kita pergi). Dua benda ni kalau dibuat dekat Korea memang akan pening kepala nanti. Oleh itu Bonde buat keputusan lebih baik bawa sendiri. NEEM BALM SANGAT SESUAI DIBAWA TRAVEL KEMANA SAHAJA!
NEEM BALM SANGAT SESUAI DIBAWA TRAVEL KEMANA SAHAJA!
Baru-baru ni, Bonde telah bawa Neem Balm terbang ke Korea, Info melalui geng travel Bonde, iaitu KekNil bahawa cuaca di Korea masih sejuk suhu siang pada 4 darjah. Sebelum ni Bonde pernah pergi Korea pada musim sejuk "winter time". Disebabkan masa tu terlupa nak sapu sebarang lotion dekat badan, kaki dan tangan.. pada malam harinya Bonde kegatalan seluruh badan. Faktor cuaca sejuk beku dan pakaian yang tebal. Naseb malam tu sempat sapu vaseline bila kulit lembab gatal pun kurang. Alhamdulillah.
Travel kali ini, Bonde try bawa Neem Balm dan masa dalam 'flight" perjalanan lebih kurang 7 jam tu Bonde sudah siap-siap sapu dekat seluruh tangan dan juga kaki. (persiapan awal).INFO YANG DI KONGSIKAN DI INSTAGRAM DAN FACEBOOK:Travel Ke Korea yang lalu memang banyak jalan tau! Kiraannya... Lebih kurang seperti berikut.. Jalan dalam cuaca sejuk memang tak rasa! Jalan shopping, jalan shopping... Heaven sangat 😍
Pedo meter🚶🏼♀🚶🏼=========Day 2- 19,600Day 3- 19,400Day 4- 18,000Day 5- 20,000
Dalam cuaca yang sejuk suhu 4 darjah Bonde sapu-sapu NeemBalmHQ sekitar tangan dan kaki... Sebab cuaca yang sejuk akan membuatkan kulit Bonde mudah kering, mengelupas dan merekah
NeemBalm mampu memberi kelembapan pada kulit juga sangat bagus untuk merawat tumit kaki merekah... Bonde mmg wajib pakai sebab kalau tumit kaki kering ia mudah pecah dan merekah sebab banyak jalan... Standby pakai awal-awal lagi sebelum pakai stokin..
Suka NeemBalm sebab mudah dibawa! Sentiasa ada dalam handbag sepanjang travel
BAHAN-BAHAN PENGHASILAN NEEM BALM
POKOK SEMAMBU – merawat 40 penyakit
(idris bald)
Pokok Semambu atau juga dikenali sebagai mambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.
Terdapat pelbabagi nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris).
Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.
Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu. Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.
Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.
Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden. Walaubagaimana pun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu.
Terdapat banyak manafaat yang terhasil dari pokok mambu oleh sebab itu di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox.
Selain dari kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok semambu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.
TIPS KEPADA ANDA YANG MEMPUNYAI KAKI MEREKAH
Sebenarnya mudah sahaja nak hilangkan tumit pecah.
Caranya Gesek tumit kaki tu dekat batu untuk kikis tumit kaki yang kering dan kasar selepas itu sapukan Neem Balm.
Amalkan selama 3 hari secara konsisten for sure settle masalah.
Kulit tumit kaki tak kasar lagi.
Tumit kaki pecah seperti tumit kaki baby lembut sahaja
KENAPA BONDE PILIH NEEM BALM?
✅ Lulus KKM
✅ Free chemical berbahaya
✅ Natural
✅ Mudah serap & tak berminyak yang melampau
✅ WANGI!!
✅ Dan yang paling penting guna Neem asli
TESTIMONIAL NEEM BALMNeem Balm boleh digunakan oleh semua peringkat usia, dari kecil hingga dewasa dan juga warga mas kerana ia adalah produk 100 % natural
Jangka hayat Neem Balm adalah setahun selepas ia dibuka, ada tertera dibelakang bekas Neem Balm
Berat bersih Neem Balm adalah 60 gram
BERMINAT UNTUK MEMILIKI NEEM BALM Setiap pembelian Neem Balm, Anda akan dapat casing,
Keychain ZMBeauty dan Termometer comel. Terhad untuk pembelian Neem Balm 10,000 yang pertama tau.
Selagi stok masih ada memang akan dapat sebagai hadiah menarik bukan???
Untuk Maklumat lanjut anda boleh rujuk Laman web dan media sosial dibawah :
Page : NeemBalmHQ
IG : @neembalmhq
Fb : Zuraini Muhammad
Whatsapp (fast reaponse) : https://bit.ly/2OaXiGL
Call: 07-7550792
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2019/04/neem-balm-sangat-sesuai-dibawa-travel.html