Perkembangan Anxiety Dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun


Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun | Tiberrr cik en up balik kisah anxiety dan depression. Lama kan cik en tak update pasal ini. Last update entri kalau tak silap penghujung tahun 2017. Cik en menaip semula story ini sebab ramai yang bertanya pasal supplement yang cik en cuba sebagai remedy anxiety iaitu Passion Flower. Jadi sebab ramai juga yang bertanya keberkesanan dan perkembangan cik en sekarang ini, cik en akan sharing keadaan sebenar cik en lani. So entri ini entri personal tiada kaitan dengan promosi produk. Hahahha. Cik en akan cerita step by step bagi yang baru jadi pembaca cik en akan nampak pengalaman cik en dengan anxiety dan depression. Harap korang yang baca boleh dapat sedikit info untuk diri sendiri. Manatau simpton cik en sama dengan korang. | Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun

Permulaan Cik En Dengan Anxiety dan Depression 
Cik en start rasa kelainan pada diri tahun 2016 lagi. Entri pertama cik en pasal anxiety saja, sebabnya persamaan cik en lebih kepada anxiety pada masa itu. Korang boleh baca entri Kisah Benar : Kopi Buat Aku Moody Entri pertama ini cik en dah start stop minuman kaffein. Kopi dan nescafe cik en dah tak sentuh sebab cik en dah mula tak boleh tidur malam. sehari kadang kadang 2 jam itu pun tak nyenyak even badan penat. Lepas stop, cik en nampak ok sikit, tapi kisah di entri Kopi Dah Jadi Musuh Aku menceritakan cik en over minum nescafe dan benda tu datang balik. Masa tu memang kopi benda cik en paling pantang. Ini peringkat awal cik en dengan anxiety. 
Selepas itu, cik en stabil dan masa ini cik en mencari Apa Itu Anxiety. Masa ini masih belum  tahu pasal depression lagi. Cik en akan update bila cik en berjaya kalahkan anxiety. Kiranya cik en masih boleh melawan dan think positif. Nampak tak cik en masa itu masih kuat dan semangat untuk sembuh dan cik en berjaya. 
Selepas beberapa bulan itu, cik en masih lagi dengan tekanan kerja, peribadi dan lain lain, masa ini ada kisah iaitu kisag cik en hilang ingatan sebentar. Korang baca di entri Overstress Buat Hilang Ingatan. Masa kejadian ini, Allah je yang tahu betapa takutnya cik en. Cik en boleh lupa jalan nak balik rumah sedangkan cik en bertahun guna jalan yang sama. 
Dalam masa yang sama, cik en mula beremosi dengan cerita, drama atau kisah sedih sampai  ada satu keadaan cik en menangis tak nak ikut kawan pergi tengok movie sedih ( kalau tak silap cerita itu ada melibatkan penderaan dan ganguan emosi). Cerita itu cik en story di Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Konflik

Selepas cik en rasa semua simpton buat cik en tak normal, tak jadi diri sendiri sebelum ini, cik en mula search di blog perubatan di luar negara dan cara yang dikongsi di group facebook untuk mencari rawatan alternatif (tanpa ubatan dan doktor). Antara rawatan terawal cik en buat adalah dengan berpuasa dan pantang beberapa minuman dan makanan yang cik en stori di entri Cuba Berpuasa Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder. Selain itu pengambilan Passion Flower dan amalkan yoga ataupun bersukan cik amalkan juga. Dalam masa yang sama Cik en cuba bantu diri cik en lagi dengan berjumpa private doctor di Ipoh. Cerita itu korang boleh baca di entri Dalam Diam Buat Ujian Air Kencing dan Darah

Dalam masa yang sama, perubahan emosi buat cik en kehilangan sorang demi sorang kawan, masa  itu cik en taip entri Susah Ke Nak Memahami Pesakit Anxiety. Cik en nak kawan kawan cik en faham keadaan cik en. Kami tak minta jadi macam ni, tapi tekanan demi tekanan buat kami jadi macam ni. Tapi entri itu tak berjaya untuk mereka faham. 
Ada juga yang pertikai, " kamu suka duduk sorang sorang" dan cik en luahkan dalam entri Pesakit Anxiety Suka Hidup Sendiri dan Menyendiri. Dan start dari situ, cik en tutup kesemua persahabatan. Yang ada, cik en jauhkan diri, menyendiri dan bersendiri. Kesannya buat cik en stabil untuk jangka masa beberapa tahun. Dalam masa beberapa tahun, cik en dapat depression tanpa sedar. Itu yang cik en tak cerita dalam blog. 
Depression Pula Yang Datang Tanpa Sedar
Depression yang cik en rasa cik en boleh dikatakan masa itu cik en hidup atas dasar hidup. Selagi bernafas, Im continue my life. Pergi travel, kapal terbang meletup atau terhempas, cik en tak kisah dan sampai tahap nak benda itu terjadi. So tak perlu hidup dah. Sepanjang beberapa tahun, cik en tak ada keseronokan langsung. Hanya yang ada kesedihan, putus asa dan biarkan diri jadi apa pun. Sebab cik en tak peduli apa pun. Duit dibuang buang, ada bagi rantai emas, cik en tak nak, ada bagi hadiah cik en tak buka berbulan bulan. Beli handphone tak diguna dan sampai tahap masa dapat keputusan loan rumah berjaya cik en tak ambil peduli. Hahhaha. Sampai tahap camtu. Nampak sangat tak normal kan? 
Sampailah cik en kerja partime 2 bulan. Kerja non stop. Masa itu, cik en sibuk dan cik en tak overthinking berlebihan. So nampak macam cik en dah normal. Lepas habis kerja part time, duit gaji cik en beli motosikal. Cuba hobi baru. Cik en memilih Honda RS150R Pilihan Hati Cik En. Ini antara usaha cik en untuk sembuh sebenarnya. Cik en pun masuk kelab motosikal. Selain itu travel memang dah menjadi hobi pada masa yang sama. 
Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun
Disinilah bermulanya kemuncak episod depression cik en. Cik en dah tutup pintu persahabatan tapi bila dalam group motosikal, awalnya cik en buat guide. Hubungan biasa biasa. Sampailah ada yang perasaan cik en tak berkawan dengan sesiapa. Update status sedih je. Jadi mereka menasihati untuk berkawan dan bersahabat. 
Awalnya, cik en tak nak sebab takut ada masalah, apabila cik en "lost" lagi sekali cik en akan teruk depression dan anxiety. Tapi mereka meyakinkan cik en dan cik en buka pintu hati untuk rapat dengan mereka. Seperti dijangka, cik en "lost" atas benda benda yang kecil dan berlaku masalah. Masa itu, cik en redho kalau mereka nak pergi sama macam kawan kawan cik en yang meninggalkan cik en dulu. 
Masa itu, cik en rasa menyesal why cik en buka semula pintu persahabatan pada orang luar. Cik en dah biasa dalam "kotak" dan cik en buka "pintu" untuk mereka masuk dan bila cik en "lost" dan berlaku salah faham, mereka pergi sedangkan mereka janji untuk tidak tinggalkan cik en dalam apa jua keadaan pun. Sebab mereka yakinkan cik en tapi bila cik en tunjuk kekurangan cik en, mereka tak boleh terima
Bukan sekali tetapi beberapa kali. Cik en tak boleh paksa mereka terima cik en. Tapi kenapa mereka tak cuba faham cik en. Dan berlaku la peristiwa cik masuk ward dan ada kisah kisah di wad kecemasan yang buat doktor decide refer cik en ke PSY. Dan sekarang cik en berada di saluran yang betul untuk treatment diri cik en. Selepas beberapa kali cuba untuk sembuh sendiri. Dan alhamdulillah mereka yang awalnya menjauh membantu cik en dalam treatment kali ini dan bagi moral support. Terima kasih awak awak semua. 
Pengalaman Cik En Berjumpa Doktor PSY
Cik en jumpa doktor PSY 2 minggu lepas. Dekat 3 jam cik en sharing semua dan kesimpulannya dan dari apa cik en faham, cik en dalam peringkat moderate disebabkan kisah cik en ada beberapa episod. Kata doktor, kalau cik en ada 1 episod ianya di peringkat mild. Boleh dirawat melalui kaunseling. Tapi kalau beberapa episod kena continue dengan ubat.  
Apa itu episod? Apa yang cik en faham, kisah tekanan bermula dari ex bf lama around tahun 2008, berkawan dalam masa 5 tahun tapi perhubungan yang toksik. (biarlah ianya menjadi memori duka cik en sebab ianya melibatkan aib orang lain). Selepas putus, setahun cik en normal tapi selepas itu  ada masalah keluarga, masalah tempat kerja, masalah kerja dan beberapa masalah lain. Cik en berusaha untuk sembuh dengan suplement, yoga dan kehidupan sihat. Cik en dah normal. Dan jadi balik dan normal balik. Jadi itulah maksud episod

So sekarang cik en official ambil ubat depression dengan dose yang rendah dan perlu makan untuk beberapa tahun akan datang. 
Kesimpulan, kalau rasa pelbagai usaha korang buat masih tak ok, better rujuk yang pakar. Jangan labelkan sakit korang itu gila. Kita tak gila! Kita cuma tertekan dengan kehidupan yang semakin mencabar, Rugi sangat korang tak ambil peluang untuk sembuh dengan saluran yang betul di peringkat awal. Jangan biar lama, mungkin korang akan jadi teruk dan mungkin korang akan mula fikir untuk bunuh diri. 
Macamana nak pergi ke PSY?
Rujuk ke rawatan luar di hospital kerajaan. Story semua cerita korang dan doktor akan decide untuk refer korang ke PSY. Please buat untuk diri sendiri. Jangan fikir apa presepsi orang. Yang penting, korang sembuh dan ada kehidupan yang berkualiti. 
Saat cik en in taip ini, cik en dah mula takut dengan kematian. ahahahha. Dah boleh membahan orang, dah boleh bergurau dan boleh rasa sedikit keseronokan dalam jiwa. ahhahaha. Tak sepenuhnya normal tapi nampak perubahan pada diri. Cik en cuma nak hidup normal macam dulu balik. Sebabnya penat jadi pesakit PSY ini. Nak cepat cepat sembuh dan happy dengan life yang singkat ini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurfuzie.com/2020/02/perkembangan-anxiety-dan-depression-cik-en-selepas-3-tahun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kongsi Video Anak Lelakinya Berusia 9 Tahun Mahu Bunuh Diri Selepas Kerap Dibuli Di Sekolah

Ibu Kongsi Video Anak Lelakinya Berusia 9 Tahun Mahu Bunuh Diri Selepas Kerap Dibuli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 507 hits
Ibu kongsi video anak lelakinya berusia 9 tahun mahu bunuh diri selepas kerap dibuli di sekolahPerbuatan membuli di sekolah harus ditangani dengan tegas dan pihak sekolah tidak sepatutnya memberikan pelbagai alasan kononnya pembuli berasal ...
Selepas 2 Tahun Baru Dapat Makan Burger Kfc Zinger Cheezilla

Selepas 2 Tahun Baru Dapat Makan Burger Kfc Zinger Cheezilla

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 958 hits
Selepas 2 tahun baru dapat makan Burger KFC Zinger Cheezilla Ada lagi tak di antara korang semua yang belum lagi mencuba Burger KFC Zinger Cheezilla Kalau belum korang kena baca artikel ini sampai habis Beberapa hari yang lepas saya sempat ...
Ucapan Penuh Dato Rizalman Di Konsert Kesuma Jiwa Umum Undur Diri Selepas 30 Tahun Membina Jenama

Ucapan Penuh Dato Rizalman Di Konsert Kesuma Jiwa Umum Undur Diri Selepas 30 Tahun Membina Jenama

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 402 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Mamat Exists Akhirnya Umum Akan Kahwin Tahun Ini Selepas 11 Tahun Menduda Siapa Bakal Isterinya

Mamat Exists Akhirnya Umum Akan Kahwin Tahun Ini Selepas 11 Tahun Menduda Siapa Bakal Isterinya

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 387 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Zaleha Hamid Tunjuk Perkembangan Positif Selepas Diserang Angin Ahmar

Zaleha Hamid Tunjuk Perkembangan Positif Selepas Diserang Angin Ahmar

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 296 hits
Penyanyi veteran Zaleha Hamid diserang angin ahmar sejak Disember tahun lalu mula menunjukkan perkembangan positif Foto ihsan menarigogo blogspotJOHOR BARU 18 Feb Penyanyi veteran Zaleha Hamid yang diserang angin ahmar sejak Disember lepas ...
Peralihan Kuasa Tahun 2050 Pun Selepas Apec Mp Pkr

Peralihan Kuasa Tahun 2050 Pun Selepas Apec Mp Pkr

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 332 hits
Kegagalan kepimpinan PH untuk memuktamadkan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan terus mencetuskan spekulasi pembentukan kerajaan melalui pintu belakang kata MP Subang Wo...
Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 707 hits
Semua tahu sarapan pagi adalah waktu makan yang tidak boleh ditinggalkan Di Malaysia ada macam macam juadah sarapan pagi yang kita boleh cuba Antara yang menjadi pilihan untuk mengalas perut dipagi hari sudah tentulah nasi lemak atau roti c...
Suspek Jatuh Selepas Terlanggar Lopak Air Polis Keluarkan 5 Saman Terhadap Remaja 16 Tahun

Suspek Jatuh Selepas Terlanggar Lopak Air Polis Keluarkan 5 Saman Terhadap Remaja 16 Tahun

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 425 hits
Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah MUhammad Piah mengesahkan remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya dalam video viral baru baru ini terjatuh kerana terlanggar lopak air bukannya akibat ditendang angg...
Negeri Sabah Dan Chow Kit Tersenarai 52 Tempat Di Dunia Mesti Dilawati Pada Tahun 2020

Negeri Sabah Dan Chow Kit Tersenarai 52 Tempat Di Dunia Mesti Dilawati Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 802 hits
Akhbar terkemuka dunia dari Amerika Syarikat New York Times telah mengeluarkan senarai 52 tempat tempat menarik diseluruh dunia yang perlu dilawati pembaca mereka untuk sepanjang tahun 2020 Lembah Danum Paling membanggakan dua tempat dari M...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat