Perkara Yang Anda Takut Berpotensi Jadikan Anda Orang Yang Lebih Baik Dari Sekarang





Berapa kali anda batalkan niat untuk buat sesuatu sebab dihantui rasa takut. Berapa kali pula anda teruskan juga niat untuk buat sesuatu sekalipun berada dalam keadaan takut.
Cuba renung semula perjalanan hidup anda yang sudah-sudah. 
Apa berlaku selepas keinginan dibatalkan sebab layan perasaan takut itu. Biasanya anda sendiri tahu, tak berlaku apa-apa. Hanya rasa lega sebab tak perlu lalui perasaan tak selesa. Anda kekal jadi individu yang sama, kemahiran yang sama, cara fikir sama. Yang berbeza hanya umur saja yang meningkat naik.
Apa pula berlaku selepas anda gagahkan diri terus buat perkara yang anda rasa takut itu. Biasanya anda rasa sangat tak selesa untuk satu tempoh masa tertentu, kemudian bila diteruskan juga, sekejap saja anda sudah mula lupakan perasaan takut itu dan beri tumpuan terhadap perkara baru yang ada di depan. Hasilnya, anda belajar perkara atau kemahiran baru. Anda tambah kemahiran, pengetahuan dan jadi individu yang lebih bernilai dari sebelum ini.
Perubahan diri jadi seseorang yang lebih baik sentiasa perlukan pengorbanan. Sering dibaluti oleh perasaan tak selesa. Itu perkara biasa yang semua orang terpaksa hadap. Jika tak ada perasaan takut, anda masuk dalam kategori orang yang tidak normal.
Masalah paling besar yang sering halang anda untuk maju ke hadapan selama ini adalah takut. Contohnya adalah seperti yang sering berlaku pada orang makan gaji kekal sampai pencen sedangkan dia sangat ingin jadi usahawan adalah masalah takut.
Semua orang ada pengalaman layan masalah takut ni. Anda mungkin pernah lupakan hasrat untuk meluahkan rasa hati pada gadis yang anda suka hanya disebabkan takut. Anda mungkin tidak bangun dalam perjumpaan orang ramai untuk menyatakan pendapat yang dipendam kerana takut. Banyak lagi contoh yang boleh anda fikirkan.
Bolehkah hilangkan takut?Takut adalah sifat semulajadi yang ada pada manusia. Tak ada orang yang dapat buang perasaan takut melainkan orang yang sudah gila. Tanpa takut, anda berkemungkinan mati awal dilanggar kereta kerana melintas ikut suka hati. Atau mati jatuh dari tempat yang tinggi sebab terjun curam yang dalam ambil jalan pintas.
Ternyata ‘takut’ amat diperlukan untuk kelangsungan hidup manusia. Ia dikuatkan lagi oleh keupayaan manusia untuk memahami konsep masa hadapan. Anda membayangkan apa yang bakal berlaku berdasarkan pengalaman lalu. Samada pengalaman yang anda sendiri tempuh atau apa yang anda lihat atau dengar berlaku pada orang lain.
Secara umum hanya ada beberapa ketakutan yang sahaja yang dihadapi oleh manusia.

Takut mati - Mati jadi lebih menakutkan bila anda percaya akan ada lagi kehidupan selepas mati dan nasib anda ketika itu bergantung kepada apa yang anda buat ketika kehidupan sekarang. Anda juga takut mati kerana percaya ia adalah satu keadaan yang sangat menyakitkan bila berhadapan dengan kematian, sakit yang luar biasa jauh lebih teruk dari apa saja kesakitan yang mampu anda bayangkan.Takut sakit - Semua orang tahu betapa sakitnya bila anda jatuh sakit sebab dah pernah ada pengalaman terhadap kesakitan.Takut tua - Ada orang sangat takut berhadapan dengan hari tu sekalipun dia sedar tak dapat dielakkan dari keadaan itu akan berlaku. Banyak keupayaan dan kelebihan ketika muda hilang apabila umur makin meningkat.Takut susah - Susah adalah perkara relatif. Asasnya adalah berlaku perubahan dari apa yang sedang dinikmati sekarang dari banyak jadi sedikit, dari selesa kepada kurang selesa dan seumpamanya.Takut miskin - Miskin melibatkan keupayaan ekonomi untuk sara kehidupan yang mencukupi kepada tidak cukup.Takut kena kritik - Ini ketakutan yang paling banyak menghantui manusia. Puncanya adalah sifat kejadian manusia itu sendiri yang merupakan makhluk sosial. Kena kritik adalah petanda apa yang anda lakukan tidak seiring dengan kebiasaan. Ia boleh bawa kepada penyingkiran dari kelompok yang mana di zaman dahulu mampu membawa maut tanpa perlindungan dan bantuan kawan-kawan.Sehebat manapun, anda tak dapat lepaskan diri dari dibelenggu oleh salah satu atau sebahagian dari 6 ketakutan yang saya sebutkan di atas

Pengurusan takutSeperti yang saya kata tadi, takut akan kekal ada selagi anda masih seorang individu normal. Apa yang dapat dilakukan hanyalah belajar untuk menguruskan masalah takut.

Keupayaan menguruskan perasaan takut bakal menentukan tahap kejayaan dalam membina potensi yang ada pada diri anda. 
Justeru, usaha untuk belajar menguruskan dan seterusnya menguasai perasaan takut adalah urusan yang sangat penting. Perlu faham secara teori kemudian perlu amalkan. Mengamalkan adalah komponen paling utama dalam proses menguasai perasaan takut.
Berikut adalah langkah dalam menguruskan perkara itu apabila ia datang.
Kenal pasti apa sebenarnya yang ditakutkan – Minda anda hanya mahu pastikan tuannya selamat, maka dia akan secara automatik mengelakkan diri anda dari berhadapan dengan perkara yang ditakutkan itu. Pecahkan ketakutan sebenar berdasarkan senarai 6 jenis ketakutan di atas tadi. Kenal pasti betul-betul sampai ke akarnya.Tukar persepsi bahaya kepada selamat – Satu-satunya cara agar minda tidak mengeluarkan segala simtom untuk takut adalah dengan meyakinkannya bahawa apa yang anda mahu lakukan itu adalah selamat. Berikan kemungkinan paling buruk yang bakal anda hadapi jika perkara itu diteruskan. Buktikan pada minda yang ia benar-benar selamat – Cari contoh yang membuktikan bahawa ia benar-benar selamat dengan melihat contoh orang lain yang berjaya buat dalam keadaan selamat. Lihat kepada statistik, lihat kepada laporan, lihat kepada kajian. Lebih banyak lebih bagus.Paksa diri lakukan secara berperingkat – Perasaan takut tak akan hilang selagi anda tidak mula buat. Bila anda paksa diri dan ternyata berakhir dengan selamat, anda akan rasa lega dan menambahkan lagi  keyakinan pada minda ia sebenarnya memang selamat.Ulang semua perkara di atas -  Bila diulang secara kerap, maklumat bahawa ia adalah perkara yang selamat akan diserap masuk ke dalam minda separa sedar. Bila dan sampai peringkat itu, ketakutan tidak akan ada lagi.Contoh hilangkan takutSaya cuba fahamkan lagi dengan berikan satu contoh praktikal dalam usaha untuk menjadi pemidato atau penceramah yang baik.
Kebanyakkan orang amat takut berucap di khalayak ramai. Itu antara perasaan takut paling tinggi yang ada pada manusia moden selain dari perasaan takut mati. 
Disebabkan timbul rasa takut setiap kali kena bangun dan bercakap, maka hampir semua orang batalkan saja niat itu. Ramai yang lebih suka luahkan pendapatnya hanya selepas habis mesyuarat atau selepas semua orang bersurai. Anda akan luahkan apa yang terbuku di kedai kopi saja. Rumah siap pahat pun berbunyi.
Di sini masalah anda adalah: “Takut berucap dikhalayak ramai”

Kenapa ada rasa takut tersebut?

Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan rasa takut timbul. Saya cuba senaraikan di bawah. 

Doktrin ditanam sejak kecil - Sikap orang Melayu yang tidak membenarkan anaknya menonjolkan diri kerana anggap itu perangai tidak elok. Ia seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk. Bercakap dikhalayak ramai adalah satu perkara yang perlu dielakkan kerana ia menepati ciri-ciri mahu menonjolkan diri. Hasilnya, setiap kali anda rasa nak bangun bercakap depan orang ramai minda separa sedar akan keluarkan segala simtom yang diperlukan untuk menghalang anda dari meneruskan niat itu.Elak malu - Anda sering lihat orang lain yang kelihatan menggigil berucap dan anda dapat bayangkan ia satu perkara yang memalukan. Minda separa sedar ambil maklumat tersebut untuk menghalang anda bari bangun dan bercakap. Dikeluarkan segala simtom yang perlu agar anda selamat dari malu. Apatah lagi jika anda pernah melihat orang pitam ketika sedang berucap sebab terlalu takut. Itu jadi alasan yang lebih kuat untuk minda separa sedar berusaha selamatkan diri anda.Elak susahkan diri - Sering berlaku apabila orang bangun bercakap, dia akan dilantik mainkan peranan dalam urusan yang diperkatakan. Ini akan menyusahkan diri anda sendiri. Maka minda akan yakinkan anda untuk elak dari ambil ambil tanggung jawab dengan elakkan diri dari bangun dan bercakap.Takut kena kondem - Ini adalah faktor paling kerap berlaku, anda takut orang kritik. Sikap punya pendapat yang lawan arus mampu membawa maut jika anda hidup di zaman primitif dahulu. DNA itu masih kuat berfungsi dalam diri semua orang sekalipun keadaan sudah jauh berbeza dan anda tak akan mati kena bahan binatang buas sekalipun tak ada puak keturunan yang sama di sekeliling.Dari semua kemungkinan di atas, anda boleh mula cari fakta yang mampu menolak semua kepercayaan tanpa sedar di atas. Anda dapat yakinkan minda bahawa ketakutan itu semua adalah tidak berasas.
Betulkan persepsi bahawa bangun bercakap suarakan pendapat bukan bermakna mahu menunjuk-nunjuk. Sebaliknya untuk pastikan anda tidak mati putih mata menyesal kerana tidak meluahkan apa yang perlu diluahkan.
Banyakkan menonton orang yang hebat berucap. Mereka berucap dengan bergaya dari kurang cekap hingga menjadi semakin hebat. Bukannya menjadi semakin teruk. Ini bermakna berucap depan orang ramai adalah selamat dan langsung tidak jadikan anda lebih susah dari sekarang.
Bangun dan paksa diri bercakap sedikit demi sedikit dengan pilih keadaan yang paling mudah untuk anda berlatih terlebih dahulu. Bermula di perhimpunan yang tidak ramai yang tidak formal terutamanya dengan orang-orang yang dikenali.
Kemudian gagahkan diri bangun di dalam kursus atau seminar. Itu merupakan tempat anda mahu baiki diri dan belajar dari kesilapan dan semua orang yang hadir faham perkara tersebut dan sama-sama bersedia untuk tunjukkan kebodohan masing-masing. namapun kursus, jadi tak perlu takut buat silap. 
Walau seluruh tubuh anda menggigil sehingga terpaksa dipegang oleh rakan agar tidak rebah jatuh, lakukan juga dan pasang niat dalam hati, “aku sanggup mati menggigil asalkan aku bangun bercakap hari ini”.
Bila kena gertak, minda akan rasa risau dengan azam tersebut dan mula meredakan rasa gigil kerana mati lebih teruk dari malu. Sudah tentu minda akan pastikan anda selamat dengan menghentikan semua gejala gigil agar anda dapat bercakap.
Teruskan berlatih dengan menyertai kelab, ahli ajk surau atau masjid dan sebagainya. Ambil tugasan mengetuai kumpulan-kumpulan kecil di mana anda dapat latih berucap.
Itu contoh bagaimana perasaan takut dapat diuruskan agar anda mampu lakukan perubahan diri yang dapat jadikan anda orang yang lebih bagus dari sekarang. Jadikan ia amalan berterusan dan pegang petua di bawah ini.

Biasakan diri buat apa yang anda tak selesa. Ia bakal jadikan anda lebih baik dari diri anda sekarang.
Moga tips mudah hilangkan takut ini ada manfaatnya buat anda yang sedang membaca…



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/09/perkara-yang-anda-takut-berpotensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puan Maharani Perhelatan Iapf Bukti Komitmen Ri Bangun Dunia Lebih Baik

Puan Maharani Perhelatan Iapf Bukti Komitmen Ri Bangun Dunia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 95 hits
Ketua DPR RI Puan Maharani meyakini pertemuan IAPF dapat memberi nilai tambah dalam hubungan antar negara
Kalau Berasa Pelik Lebih Baik Pn Tutup Terus Bincang Soal Peruntukan

Kalau Berasa Pelik Lebih Baik Pn Tutup Terus Bincang Soal Peruntukan

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 113 hits
PN dilaporkan berasa pelik dengan syarat yang terkandung dalam MOU daripada kerajaan perpaduan berkaitan peruntukan kewangan kepada Ahli Ahli Parlimen blok pembangkang Ketua Whip Ahli Parlimen PN Takiyuddin Hassan berkata pihaknya telah men...
Tatakelola Lebih Baik

Tatakelola Lebih Baik

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 134 hits
Dalam amanat di Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pagi ini saya tegaskan kepentingan Kerajaan meningkatkan tatakelola penjawat awam dalam agenda keseluruhan penstrukturan semula ekonomi negara Tatakelola yang lebih baik bukan sa...
Bagaimana Tokoconvert Membantu Anda Mengelola Pulsa Lebih Baik Dengan Layanan Convert Pulsa

Bagaimana Tokoconvert Membantu Anda Mengelola Pulsa Lebih Baik Dengan Layanan Convert Pulsa

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 165 hits
BloggerBorneo com Pulsa sering kali menjadi aset yang tidak terpakai dan terabaikan Namun dengan teknologi dan layanan yang ada saat ini pulsa dapat diubah menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat seperti saldo digital atau uang tunai TokoConv...
Resmi Daftar Ke Kpu Ahmad Luthfi Taj Yasin Siap Bawa Jateng Lebih Baik

Resmi Daftar Ke Kpu Ahmad Luthfi Taj Yasin Siap Bawa Jateng Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 86 hits
Keduanya didampingi secara langsung oleh wakil presiden terpilih Gibran Rakabuming Raka saat mendatangi KPU
Hiburan Syed Syarifah Perlu Ditegur Dengan Baik Kalau Tersasar Mereka Ada Darah Keturunan Nabi Muhammad Hana Ismail

Hiburan Syed Syarifah Perlu Ditegur Dengan Baik Kalau Tersasar Mereka Ada Darah Keturunan Nabi Muhammad Hana Ismail

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 81 hits
Sebelum ini nama pendakwah selebriti Da i Syed dan isteri Hana Ismail menjadi bualan ramai di platform media sosial selepas tular satu video pasangan itu menyampaikan mesej buat mangsa yang difahamkan alami kemurungan selepas dirogol Kena t...
Harga Air Mineral Sudah 50 Lebih Mahal Dari Petrol Ppim

Harga Air Mineral Sudah 50 Lebih Mahal Dari Petrol Ppim

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 90 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 22 2024Harga sebotol air mineral 600ml kini 54 peratus lebih mahal daripada harga minyak petrol RON95 Perkara itu diketengahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia setelah membuat perbandingan harga baru b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut