Kalau Berasa Pelik Lebih Baik Pn Tutup Terus Bincang Soal Peruntukan






PN dilaporkan berasa pelik dengan syarat yang terkandung dalam MOU daripada kerajaan perpaduan berkaitan peruntukan kewangan kepada Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang.


Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya telah menerima draf berkenaan, tetapi belum membincangkannya lagi secara mendalam.


Katanya, draf yang diterima itu mengandungi tujuh syarat yang mesti dipenuhi sebelum perjanjian hendak dipersetujui.


Menurut Takiyuddin, antara aspek yang ditekankan oleh pihak kerajaan kepada pembangkang ialah pengisytiharan harta.


“Kita (PN) pun agak pelik sikit, sebab memorandum persefahaman ini sepatutnya untuk menyalurkan peruntukan wajib kepada pembangkang.


“Walaupun kami pembangkang (di Dewan Rakyat), pembangkang pun Ahli Parlimen juga.


“Zaman dulu (sewaktu kerajaan PN) kami bagi peruntukan kepada semua Ahli Parlimen.


“Tapi dalam (MOU kali) ni disebut tujuh prinsip berkaitan kehidupan awam, pertuturan kebencian, hasutan kebencian, mengenai isu bangsa, agama dan raja-raja.


“Maka isu 3R pun dimasukkan dalam memorandum sebelum kerajaan nak bagi peruntukan,” katanya lagi.


Sebab itu, tambah beliau, kandungan MOU yang disediakan kerajaan itu agak pelik sikit.


Ternampak di sini PN tidak begitu selesa dengan syarat-syarat yang dianggap sedikit pelik yang disediakan kerajaan dalam MOU tersebut.


Yang dirasakan pelik itu tentunya apabila syarat itu turut menyentuh soal agama dan bangsa.


Ini kerana PN, terutamanya Pas yang bertunjangkan agama dan Bersatu yang memperjuangkan bangsa Melayu, sudah tentu tidak dapat lari daripada kedua-dua isu berkenaan dalam perjuangan harian politik mereka.


Maka, apa pilihan buat PN?


Senang saja, jika PN berasa sedikit pelik dengan syarat-syarat dalam MOU itu atau merasakan ia bakal memerangkap mereka, lebih baik mereka lupakan saja soal untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan.


Beritahu kerajaan – kami tidak setuju dengan syarat-syarat yang diberi itu dan menutup terus untuk berbincang dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan kewangan.


Lagi pun, tempoh untuk tiba PRU16 bukan lama sangat lagi – hanya sekitar tiga tahun saja.


Hanya membuang masa jika mahu sebahagian syarat itu dipinda dan kemudian, perlu diadakan beberapa perbincangan semula lagi.


Akhirnya lebih banyak masa terbazir begitu saja.


Jika sudah hampir dua tahun boleh dilalui tanpa peruntukan kewangan daripada kerajaan, apa masalahnya untuk PN bersabar sikit bagi tempoh tiga tahun lagi?


Lebih baik masa yang berbaki ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi memenangi PRU16 akan datang yang mana PN, dengan kemenangan 74 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu, mereka hakikatnya hanya berbeza 8 kerusi saja berbanding PH yang menang 82 kerusi Parlimen. – ShahbudinHusin 2September2024.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/kalau-berasa-pelik-lebih-baik-pn-tutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkara Yang Anda Takut Berpotensi Jadikan Anda Orang Yang Lebih Baik Dari Sekarang

Perkara Yang Anda Takut Berpotensi Jadikan Anda Orang Yang Lebih Baik Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 246 hits
Berapa kali anda batalkan niat untuk buat sesuatu sebab dihantui rasa takut Berapa kali pula anda teruskan juga niat untuk buat sesuatu sekalipun berada dalam keadaan takut Cuba renung semula perjalanan hidup anda yang sudah sudah Apa berla...
Resmi Daftar Ke Kpu Ahmad Luthfi Taj Yasin Siap Bawa Jateng Lebih Baik

Resmi Daftar Ke Kpu Ahmad Luthfi Taj Yasin Siap Bawa Jateng Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 138 hits
Keduanya didampingi secara langsung oleh wakil presiden terpilih Gibran Rakabuming Raka saat mendatangi KPU
Puan Maharani Perhelatan Iapf Bukti Komitmen Ri Bangun Dunia Lebih Baik

Puan Maharani Perhelatan Iapf Bukti Komitmen Ri Bangun Dunia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 148 hits
Ketua DPR RI Puan Maharani meyakini pertemuan IAPF dapat memberi nilai tambah dalam hubungan antar negara
Tatakelola Lebih Baik

Tatakelola Lebih Baik

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 222 hits
Dalam amanat di Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pagi ini saya tegaskan kepentingan Kerajaan meningkatkan tatakelola penjawat awam dalam agenda keseluruhan penstrukturan semula ekonomi negara Tatakelola yang lebih baik bukan sa...
Bagaimana Tokoconvert Membantu Anda Mengelola Pulsa Lebih Baik Dengan Layanan Convert Pulsa

Bagaimana Tokoconvert Membantu Anda Mengelola Pulsa Lebih Baik Dengan Layanan Convert Pulsa

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 221 hits
BloggerBorneo com Pulsa sering kali menjadi aset yang tidak terpakai dan terabaikan Namun dengan teknologi dan layanan yang ada saat ini pulsa dapat diubah menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat seperti saldo digital atau uang tunai TokoConv...
Persatuan Ulama Malaysia Gesa Rakyat Terus Boikot Syarikat Berkaitan Israel

Persatuan Ulama Malaysia Gesa Rakyat Terus Boikot Syarikat Berkaitan Israel

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 322 hits
Malaysiakini nbsp Persatuan Ulama Malaysia menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk terus memboikot syarikat yang dikaitkan menyokong Israel Presiden PUM Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata boikot lebih daripada sekadar ...
Kerajaan Terus Memacu Kecemerlangan

Kerajaan Terus Memacu Kecemerlangan

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 107 hits
Kerajaan Madani terus menzahirkan kemajuan ekonomi negara melalui usaha reformasi yang berterusan dan konsisten Pencapaian cemerlang GLC ini adalah bukti dedikasi dan komitmen YAB Perdana Menteri dan pasukan kabinetnya dalam memacu pemuliha...
Pemkab Paser Inginkan Kideco Run Terus Terlaksana

Pemkab Paser Inginkan Kideco Run Terus Terlaksana

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 103 hits
Sekda Kabupaten Paser Katsul Wijaya mengapresiasi kegiatan Kideco Run 2024
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online