Perjudi Nasib Rakyat Demi Kepentingan Politik Sempit



USAHA Pakatan Harapan (PH) untuk kembali membentuk kerajaan adalah berkisar kepada isu siapa bakal Perdana Menteri (PM).

Bakal PM sama ada Tun Mahathir atau Dato’ Seri (DS) Anwar mestilah membuktikan bahawa mereka mampu menarik sokongan MP khususnya daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyokong mereka nanti.

Perkara ini bukanlah satu rahsia lagi kerana pemimpin PKR, DAP dan PAN telah membawa perbincangan ini ke dalam media massa untuk diikuti oleh semua pihak.

Hari ini, PKR telah membuat keputusan iaitu bakal PM adalah Presiden mereka iaitu DS Anwar. DAP dan PAN yang dilihat sebelum ini memberikan sokongan kepada DS Anwar terpaksa beralih arah di atas faktor bahawa hanya Tun Mahathir mampu menarik sokongan GPS sedangkan DS Anwar gagal berbuat demikian.

Tun Mahathir, mengikut pandangan DAP dan PAN perlu diberikan keutamaan ketika ini jika mereka ingin kembali menguasai Putrajaya. Tempoh enam bulan atau setahun perlu diberikan kepada Tun untuk menerajui kerajaan. Selepas itu, DS Anwarlah yang akan menggantikan Tun Mahathir.

Begitulah skrip yang mereka rancangkan ketika ini walaupun PKR tidak bersetuju. Apa yang penting, PH mesti kembali ke Putrajaya dalam apa jua keadaan sekalipun. DAP dan PAN mungkin mahu DS Anwar bersabar lagi sedangkan DS Anwar telah beberapa kali dinobatkan sebagai bakal PM.

Cuba kita bayangkan sekiranya PH berikan peluang kepada Tun Mahathir sekali lagi sebagai PM;

(i) Tun Mahathir berjaya yakinkan GPS untuk sokong PH Plus dan mereka kembali sebagai Pemerintah dan DS Anwar mungkin dilantik menjadi TPM.

(ii) Tun Mahathir perlukan hanya 6 bulan untuk menguruskan apa yang perlu diselesaikan namun mungkin kerana ada yang belum selesai maka Tun Mahathir minta tempoh dilanjutkan? Persoalannya, adakah DS Anwar dan PKR akan bersetuju?

(iii) Jika PKR tak bersetuju, adakah PKR akan berdiam diri? Sudah tentu skrip yang pernah dibuat oleh mereka iaitu mendesak supaya Tun Mahathir patuh pada janji. Pada waktu ini, adakah DAP dan PAN akan menyokong Tun Mahathir atau DS Anwar?

(iv) Andai kata Tun Mahathir melepaskan jawatan PM seperti yang dijanjikan, adakah GPS akan memberikan sokongan kepada DS Anwar sebagai PM sedangkan ketika ini pun GPS tidak menunjukkan minat kepada DS Anwar.

Bayangkan, apa akan terjadi kepada politik negara jika PH terus bercakaran untuk menentukan siapa bakal PM. Ini bukan satu andaian kosong kerana jatuhnya PH adalah kerana berkisar mengenai bila Tun Mahathir akan serahkan jawatan PM kepada DS Anwar.

Kancah politik negara akan kembali bercelaru dan ianya memberikan impak yang negatif kepada rakyat kerana terpaksa mengadap pertembungan sesama mereka dalam sangkar PH sekali lagi.

PH yang kononnya sudah cukup bilangan MP, kononnya telah ada calon PM dan kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih kerajaan rupa-rupanya sedang menanti detik perpecahan dan kemusnahan.

Saya percaya rakyat mahukan kestabilan politik dan kerajaan yang mengutamakan rakyat. Andai kata Perikatan Nasional (PN) gagal dalam pemerintahannya ketika ini mungkin mereka akan melihat PH sebagai opsyen tetapi rakyat pasti dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Jangan gadai masa hadapan anak cucu kita.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL – HARAKAHDAILY   20/6/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/perjudi-nasib-rakyat-demi-kepentingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Sifat Ego Pentingkan Diri Dan Tamak Demi Rakyat

Buang Sifat Ego Pentingkan Diri Dan Tamak Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 430 hits
Saya amat bersetuju dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sdr Abbas Azmi bahawa formula utama menjayakan misi mengembalikan mandat rakyat adalah dengan menggabungkan kekuatan tiga tonggak pimpinan utama parti dalam PH iaitu Kea...
Rakyat Bosan Gelagat Orang Politik

Rakyat Bosan Gelagat Orang Politik

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 284 hits
SERATUS hari telah berlalu sejak kita disekat pergerakan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan Covid 19 Sekarang keadaan semakin beransur pulih mudah mudahan kembali seperti biasa dan kehidupan diteruskan tanpa sekatan...
Demi Rakyat Lanjutkan Tempoh Moratorium

Demi Rakyat Lanjutkan Tempoh Moratorium

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 250 hits
Tempoh moratorium perlu dilanjutkan demi rakyat MELIHAT kepada perkembangan semasa nampaknya ekonomi di seluruh dunia tidak akan menunjukkan tanda tanda pemulihan dalam waktu terdekat Ia diramalkan terus suram sehingga tahun depan Walaupun ...
Rakyat Menderita Ahli Politik Bersuka Ria

Rakyat Menderita Ahli Politik Bersuka Ria

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 336 hits
TEKUNnya seorang wanita Melayu mencari rezeki Tak sama macam Ahli Ahli Parlimen terutamanya yang Melayu Dah dapat gaji Ahli Parlimen RM16 000 sebulan diberi pula jawatan Pengerusi di dalam GLC Kalau rasa tak puashati dengan jawatan yang dib...
Mengembalikan Kerajaan Ph Demi Kebajikan Rakyat Amanah Dap

Mengembalikan Kerajaan Ph Demi Kebajikan Rakyat Amanah Dap

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 262 hits
KENYATAAN MEDIA Kami ingin memberi kenyataan respon kepada PKR yang sebelum ini telah mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana ...
Laluan Politik Tun Makin Sukar Rakyat Lebih Suka Ikan

Laluan Politik Tun Makin Sukar Rakyat Lebih Suka Ikan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 365 hits
Pak Din jadi popular dan kegilaan rakyat kerana makcik kiah dah jadi jutawan Tetapi sekarang rakyat dah mula pegang culculator dan sempoa kenapa mereka tak jadi jutaawan pun Segala bill dah mula sampai Pemimpin politik dah mula tunjuk jalan...
Anwar Perlu Kompromi Sekali Lagi Demi Kepentingan Sahabat Beliau

Anwar Perlu Kompromi Sekali Lagi Demi Kepentingan Sahabat Beliau

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 406 hits
MALAYSIA DATELINE Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan berkompromi dengan memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekali lagi dalam jangka masa yang jelas manakala beliau sendiri menjadi Timbalan Perdana Mente...
Bang Mat Serius Mahu Pakatan Harapan Segera Ambil Alih Pemerintahan Kjaan Pintu Belakang Demi Selamatkan Rakyat

Bang Mat Serius Mahu Pakatan Harapan Segera Ambil Alih Pemerintahan Kjaan Pintu Belakang Demi Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 366 hits
Semua orang kenal Bang Mat suka berlawak Itulah dia yang menjadikan segenap lapisan orang selesa bergaul dengannya Lawak santainya merobohkan tembok pemisah antara dia dan kenalannya 2 Ketika berucap secara serius pun Bang Mat sempat selitk...
Saya Bersumpah Untuk Jaga Rakyat Dan Negeri Saya Ini Amaran Sultan Ibrahim Kepada Ahli Politik

Saya Bersumpah Untuk Jaga Rakyat Dan Negeri Saya Ini Amaran Sultan Ibrahim Kepada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 422 hits
NEGERI JOHOR Jika sebelum ini Pengerusi parti AMANAH Johor mengatakan bahawa mereka mempunyai kerusi bagi menguasai kembali kerajaan negeri Johor Saya Bersumpah Untuk Jaga Rakyat dan Negeri Saya Ini Amaran Sultan Ibrahim Kepada Ahli Politik
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri