Mengembalikan Kerajaan Ph Demi Kebajikan Rakyat Amanah Dap



KENYATAAN MEDIA: Kami ingin memberi kenyataan respon kepada PKR yang sebelum ini telah mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, dengan peralihan kuasa kepada Anwar selepas tempoh 6 bulan. Ini berikutan Warisan dan Tun menolak pilihan pertama untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedua-dua pilihan ini dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020.
Kami konsisten menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia sejak 1998 dan akan terus berbuat demikian. Dengan latar senario politik semasa, satu-satunya pilihan yang realistik untuk berjaya adalah dengan menggabungkan kekuatan kesemua lima parti iaitu PKR, Amanah dan DAP daripada Pakatan Harapan serta Warisan dan kelompok penyokong Tun Mahathir dalam Bersatu. Perjalanan politik ini telah mengambil masa 22 bulan, justeru kita mampu menunggu enam bulan lagi untuk melihat Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Peralihan 6 bulan ini akan didokumenkan secara bertulis, ditandatangani kesemua pemimpin parti dan diumumkan secara terbuka.
Walaupun Tun Dr Mahathir, Warisan dan PKR tidak dapat saling bersetuju, kesemua parti dalam Pakatan Harapan, Warisan dan kelompok Tun Dr Mahathir mesti mencari titik persamaan untuk menuntut kembali mandat yang telah diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018. Ini adalah sebuah perjuangan suci untuk mendaulatkan demokrasi serta nilai undi jutaan rakyat Malaysia yang memilih untuk menukar kerajaan bagi menyinhkirkan pentadbiran yang korup dan kleptokratik, melibatkan puluhan bilion Dolar Amerika.
Usaha-usaha masih berjalan untuk memulangkan wang yang telah hilang walaupun pengguguran pertuduhan terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan wang tersebut ternyata menjadi halangan.
Dalam usaha menghormati mandat pilihan raya yang diberikan rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU 2018, ada pihak mengambil peluang melabel kami sebagai gila kuasa. Kami telah dikritik kerana lambat bertindak menuntut kembali mandat rakyat, tetapi apabila laluan yang realistik ditemukan, kami dikritik pula kononnya gila kuasa. Ini tidak adil kerana walaupun kami tidak gentar menjadi pembangkang, rakyat telah mengundi pada tahun 2018 supaya kami mengambil alih kerajaan.
Kedua-dua Amanah dan DAP telah berusaha keras sepanjang tiga bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak. Malangnya, usaha itu belum berjaya. Kami berharap PKR dan Tun, bersama-sama Warisan tidak akan semakin menjauh bahkan terus merapat dan bersatu-padu. Melihat masing-masing sebagai musuh dan bukan rakan sekutu tidak akan membantu perjuangan rakyat bahkan hanya membantu mereka yang telah menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih rakyat, dengan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat. Hanya apabila kita dapat bersetuju, kita akan sama-sama dapat memastikan Pakatan Harapan dapat menuntut semula kerajaan milik rakyat ini.
Seperkara lagi, tidak patut ada sebarang urusan dengan watak-watak utama (bekas pemimpin PH) yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan sah Pakatan Harapan dan membolehkan kerajaan PN tanpa mandat ini berkuasa. Pengundi Pakatan Harapan tidak akan mengampunkan mereka yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan.
Kami memberi penghormatan kepada pemimpin PH, Warisan dan Bersatu yang telah berani berdepan ugutan dan godaan bagi menolak kerajaan PN yang tiada mandat ini. Kesemua parti-parti politik dan orang ramai menyokong serta bersetiakawan dengan Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal bagi mengekang anasir-anasir pengkhianat daripada cuba menumbangkan kerajaan yang telah dilantik melalui pilihanraya.
Sebagai anggota Pakatan Harapan, kami akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan jutaan yang telah mengundi untuk perubahan. Krisis ekonomi pasca Covid-19 adalah begitu dahsyat dari segi kesan negatifnya terhadap perniagaan dan kehilangan pekerjaan, maka kita mesti menjadi suara hati nurani rakyat dan pembela mereka demi memastikan dana kerajaan digunakan untuk membantu mereka, dan tidak tertiris akibat salah urus-tadbir.
Keperluan melanjutkan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi serta kemarahan orang ramai terhadap kenaikan bil elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd adalah gejala kegagalan kerajaan PN dalam menangani kesengsaraan rakyat akibat krisis ekonomi Covid-19.
Kami juga akan turut menggerakkan jentera parti untuk bersiap sedia berdepan kemungkinan pilihan raya mengejut, dan bekerjasama dengan semua parti politik yang menolak kerajaan PN.
MOHAMAD BIN SABU
Presiden Parti Amanah Negara
LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28406

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 416 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
Amanah Dap Hormati Keputusan Pkr Tetapi Fakta Sebenar Tidak Perlu Disembunyi

Amanah Dap Hormati Keputusan Pkr Tetapi Fakta Sebenar Tidak Perlu Disembunyi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 511 hits
MALAYSIA DATELINE Parti Amanah Negara dan DAP menyarankan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung supaya merujuk kepada Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifudin Nasution sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung opsyen Perdana Menteri Dal...
Amanah Dap Kekal Sokong Dr M Calon Pm

Amanah Dap Kekal Sokong Dr M Calon Pm

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR DAP dan Parti Amanah Negara mahu Pakatan Harapan memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan Dalam kenyataan bersama AMANAH dan DAP petang ini kedua du...
Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 337 hits
Baru sahaja sebentar tadi PKR mengumumkan nama calon Perdana Menteri mereka iaitu Anwar Ibrahim dengan menolak Tun Mahathir tetapi lain pula yang jadi selepas rakan sekutu PKR iaitu AMANAH dan DAP dikatakan kekal menyokong Tun Dr Mahathir M...
Kenapa Anwar Yang Harus Terima Pilihan Pertama Dan Kenapa Pula Amanah Dan Dap Tidak Mahu Terimanpilihan Kedua

Kenapa Anwar Yang Harus Terima Pilihan Pertama Dan Kenapa Pula Amanah Dan Dap Tidak Mahu Terimanpilihan Kedua

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 378 hits
Zubaidi SudinKITA NAMPAK PUAK AMANAH DAN DAP DESPERATE BETUL KAH TAK boleh move on lagi Kami dah agak dah Depa dok ajak konon kena ada halatuju jelas Move forward bla bla bla temberang jer Bila DSAI dan PKR berlawan arus dengan mereka merek...
Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 346 hits
Adun Sungai Acheh dari PKR Zulkifli Ibrahim berkata tindakan Amanah dan DAP menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu Dalam satu kenyataan di Facebook Zulkifli yang dispekulasi a...
You Weren T In The Meeting Dap Amanah Tell Pkr Treasurer

You Weren T In The Meeting Dap Amanah Tell Pkr Treasurer

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 2145 hits
DAP and Amanah have disputed PKR treasurer general Lee Chean Chung s conflicting chronology of Pakatan Harapan s first meeting to hash out who should become prime minister if the coalition regains power DAP organising secretary Anthony Loke...
As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 333 hits
DAP and Amanah urged allies in the so called Pakatan Plus grouping to reach a compromise today saying they were duty bound to regain control of the government from the unelected Perikatan Nasional In a joint press statement today Amanah pre...
Dap Dan Amanah Setuju Anwar Jadi Pm

Dap Dan Amanah Setuju Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 420 hits
DAP dan Amanah berkata pihak mereka konsisten menyokong Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Bagaimanapun kedua dua parti tersebut turut mengulangi bahawa mereka percaya dengan senario politik semasa satu satunya ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya