Rakyat Bosan Gelagat Orang Politik


SERATUS hari telah berlalu sejak kita disekat pergerakan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Covid-19.
Sekarang keadaan semakin beransur pulih, mudah-mudahan kembali seperti biasa dan kehidupan diteruskan tanpa sekatan.
Seperti diumumkan kerajaan, sekolah mula dibuka untuk Tingkatan Lima dan Enam dengan SOP diperketat.Taman rekreasi sudah boleh dikunjungi, masjid dan surau sudah dibolehkan beroperasi, acara keagamaan, termasuk ibadat korban telah dibolehkan.
Dan yang paling menggembirakan majlis kahwin yang tersekat selama tiga bulan kini telah dibenarkan. Maka tersenyum panjanglah bakal pengantin.
MESKI telah dibolehkan semuanya mesti dilakukan mengikut peraturan. Masjid boleh dibuka, tetapi jemaahnya dihadkan.
Tok tertanya-tanya juga mengapa hendak sekat bilangan jemaah sedangkan kemasukan di pusat membeli-belah tidak ada had.
Di kawasan jualan durian Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, orang ramai berjejal-jejal berebut membeli durian tanpa sedikit pun mengamalkan penjarakan sosial.
Kita berketat sangat untuk orang hendak ke masjid, tetapi beli durian bebas lepas tanpa sebarang SOP.Tok bimbang nanti ada jangkitan Covid-19 kluster durian.
SELAIN musim durian yang menjadi-jadi, sekarang juga adalah musim orang politik lompat parti.
Seperti yang dilaporkan media hampir setiap hari ada sahaja wakil rakyat, ADUN dan anggota parti mengumumkan keluar parti.
Alasan mereka keluar parti kerana tidak yakin perjuangan parti asal. Tetapi yang jelas mereka belot kerana diberi habuan tertentu.
Rakyat bosan dengan orang politik seperti ini, tidak ada pendirian dan rela menjadi katak lompat. Katak seperti ini perlu ditolak dalam pilihan raya nanti.
Kita hendak wakil rakyat, bukan wakil katak puru!
MUSIM katak melompat adalah juga musim orang membodek sana-sini.
Masing-masing hendak cari makan dan cuba menaikkan tokoh-tokoh tertentu sebagai pemimpin.
Mereka mencalon tokoh tertentu sebagai calon Perdana Menteri, saling berebut untuk jawatan tertinggi itu.
Ketika rakyat mengeluh kerana kehilangan pekerjaan, lebih 700,000 menganggur akibat Covid-19, orang politik masih tidak habis-habis berebut hendak menjadi Perdana Menteri.
Cukup-cukuplah bermain politik. Rakyat sudah loya dengan gelagat orang politik.
Tok tak kisah siapa pun jadi Perdana Menteri, bosan!
RAMAI pemimpin UMNO mahu Parlimen dibubarkan untuk membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 segera diadakan.
Parti politik lain pun bersemangat benar supaya PRU segera diadakan, masing-masing hendak menguji kekuatan dan hendak menumbangkan kerajaan yang ada sekarang.
Juak-juak politik pun bersemangat semacam hendakkan pilihan raya sebab masing-masing gilakan kedudukan dan ingin menjadi calon.
Tetapi rakyat tidak bersemangat untuk satu lagi pilihan raya sebab mandat kerajaan yang ada sekarang masih belum tamat.
Bagi Tok biarlah mandat sekarang ditamatkan dan belanja untuk pilihan raya digunakan untuk benda-benda lain yang lebih penting.
Pilihan raya umum tidak perlu diadakan hanya untuk memuaskan hati orang politik. Rakyat pun tidak ada semangat untuk mengundi, mereka sibuk mencari rezeki menyambung hidup.
Lagi pun dengan gelagat dan kerenah orang politik sekarang, rakyat pun tidak tahu siapa yang hendak dipilih sebagai wakil mereka.
Rakyat penat mengundi, kecewa dan bosan.
AKHIR kalam, pawagam, kedai gunting, dan pusat hiburan mula dibuka sebagai tanda bahawa pandemik Covid-19 sudah hampir tamat.
Tapi Tok suka mengingatkan kita jangan yakin sangat virus maut itu sudah berakhir, sebab kuman maut itu sentiasa mengintai kita.
Janganlah kita alpa, teruslah berjaga-jaga!
SH
The post Rakyat bosan gelagat orang politik appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/27/rakyat-bosan-gelagat-orang-politik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rakyat-bosan-gelagat-orang-politik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjudi Nasib Rakyat Demi Kepentingan Politik Sempit

Perjudi Nasib Rakyat Demi Kepentingan Politik Sempit

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 293 hits
USAHA Pakatan Harapan untuk kembali membentuk kerajaan adalah berkisar kepada isu siapa bakal Perdana Menteri Bakal PM sama ada Tun Mahathir atau Dato Seri Anwar mestilah membuktikan bahawa mereka mampu menarik sokongan MP khususnya daripad...
Hentikan Sembelit Politik Rakyat Bukan Daun Terup Bront Palarae

Hentikan Sembelit Politik Rakyat Bukan Daun Terup Bront Palarae

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 470 hits
Dato dato Tan Sri sudah sudahlah berpolitik Kami semua di bawah ni dah jelek dgn sembelit politik kalian Kalian punya jongkang jongkit kami yang tersepit Kalian kata kalian berkorban tapi hakikatnya kami yang terkorban Dah sampai masa kita ...
Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Elak Elit Politik Mencari Faedah

Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Elak Elit Politik Mencari Faedah

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 225 hits
SHAHRIR ABDUL SAMAD APABILA ketidaktentuan politik berlaku cara terbaik adalah dengan menyerahkan semula kuasa penentuan kepada rakyat untuk memutuskan pihak yang patut menerima mandat yang baru Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu Tan Sri Shahr...
Laluan Politik Tun Makin Sukar Rakyat Lebih Suka Ikan

Laluan Politik Tun Makin Sukar Rakyat Lebih Suka Ikan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 331 hits
Pak Din jadi popular dan kegilaan rakyat kerana makcik kiah dah jadi jutawan Tetapi sekarang rakyat dah mula pegang culculator dan sempoa kenapa mereka tak jadi jutaawan pun Segala bill dah mula sampai Pemimpin politik dah mula tunjuk jalan...
Rakyat Menderita Ahli Politik Bersuka Ria

Rakyat Menderita Ahli Politik Bersuka Ria

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 321 hits
TEKUNnya seorang wanita Melayu mencari rezeki Tak sama macam Ahli Ahli Parlimen terutamanya yang Melayu Dah dapat gaji Ahli Parlimen RM16 000 sebulan diberi pula jawatan Pengerusi di dalam GLC Kalau rasa tak puashati dengan jawatan yang dib...
Survey Pengakuan Dr Mahathir Fitnah Adalah Senjata Utama Dalam Politik Layakkah Beliau Di Anggap Penyelamat Bangsa

Survey Pengakuan Dr Mahathir Fitnah Adalah Senjata Utama Dalam Politik Layakkah Beliau Di Anggap Penyelamat Bangsa

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 635 hits
Pakar strategi DAP Liew Chin Tong pernah mengakui DAP menggunakan strategi Bumi Hangus dalam politik Strategi yang digunakan DAP itu sangat memudaratkan rakyat dan negara Sewaktu berkuasa segala galanya akan dijarah malah akan dimusnahkan s...
Sokong Merudum Orang Melayu Tidak Lagi Bersama Mahathir Penganalisa Politik

Sokong Merudum Orang Melayu Tidak Lagi Bersama Mahathir Penganalisa Politik

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 297 hits
Sokongan merudum terhadap Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja berlaku dalam Bersatu tetapi juga dalam kalangan pengundi Melayu yang sebelum PRU14 menyokong beliau kata penganalisis politik Menurut Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi ...
Pilihan Raya Singapura Mediacorp Siarkan Dua Debat Politik Secara Langsung

Pilihan Raya Singapura Mediacorp Siarkan Dua Debat Politik Secara Langsung

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 249 hits
Mediacorp akan menyiarkan secara langsung dua debat politik Pilihan Raya Umum 2020 dalam bahasa Inggeris dan Mandarin masing masing menerusi Channel 5 dan Channel 8 malam ini Mediacorp menjemput empat parti politik yang meletakkan calon pal...
Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 363 hits
July 1 2020 9 26 PMPemimpin BN PAS parti dari Sarawak dan Sabah menghadiri mesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di Putrajaya petang tadi PETALING JAYA Pemimpin Barisan Nasional PAS bersama parti dari Sarawak dan Sabah menyokong Perikatan Nasio...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah