Perjuangan Bmf Peniaga Melayu Pas Ke Laut



Hujung Februari ini genap setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara. Umum masih ingat perjuangan ‘hebat’ salah satu parti komponen terbesar dalam PN, Pas ketika menjadi pembangkang usai Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
Pas ketika itu berkobar-kobar memperjuangkan kempen Buy Muslim First (BMF) dan mahukan pembelaan total ke atas nasib peniaga kecil Melayu.
Melalui kempen BMF kaum Melayu Islam diarah memboikot perniagaan-perniagaan milik Cina yang dianggap penyokong DAP.
Namun selepas Covid 19 melanda dan peniaga Melayu gulung tikar akibat kekurangan pelanggan apakah tidakan Pas yang kini berada di dalam PN?
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Pas tidak melakukan apa-apa pun sejak setahun lalu bagi membantu peniaga Melayu.
Malah katanya, slogan BMF juga tidak lagi kedengaran di bibir pemimpin parti itu sama ada dalam ucapan rasmi mahu pun sewaktu memberi kuliah-kuliah di masjid.
“Semua yang Pas perjuangkan sebelum dapat kuasa seperti hudud, hapus arak, judi, maksiat, keadilan untuk arwah Adib, BMF dan segala macamnya sunyi sepi selepas mereka berkuasa.
“Hakikatnya Pas sudah berpuluh tahun memberi gambaran salah kepada orang Melayu dan Islam. Kononya bertekad mahu perjuangkan Melayu Islam tetapi bila jadi Kerajaan Persekutuan satu apa pun tak jalan.
“Jasa mereka adalah membuat rakyat taksub kepada perjuangan Pas. Hari ini mereka diam seribu bahasa. Tidak ada seorang pun yang bangkit perjuangkan apa yang mereka mahu laksanakan.
“Ekonomi orang Islam yang berskala kecil langsung tidak dipedulikan bila ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Pas di Kelantan walaupun jadi kerajaan negeri tetapi diam soal air bersih dan sampai sekarang tak ada yang tampil selesaikan isu ini. Yang mereka tahu berlumba-lumba beli kereta mewah dan sebagainya,” kata Azan ketika dihubungi.
Menurut Azan lagi, Pas sepatutnya mengusahakan bantuan kepada peniaga kecil Melayu yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi. Namun tiada bantuan serupa itu ditawarkan, walaupun di negeri-negeri yang majoritinya Melayu penyokong parti itu seperti di Kelantan dan Terengganu.
Malah katanya, barang keperluan bantuan banjir yang diusahakan Pas kepada penduduk di Pantai Timur baru-baru ini juga tidak pasti dibeli daripada pemborong Melayu atau Cina.
Kata Azan, sikap Pas ‘seperti kacang lupakan kulit’ itu kian terserlah selepas menjadi kerajaan pusat, yang mana mereka tidak fokus melaksanakan janji-janji manifesto pilihan raya mahu pun janji membela Islam.
“Realitinya Pas tidak langsung perjuangkan Melayu, slogan BMF itu hanya ayat hipokrit mengelirukan rakyat. Pas gunakan sentimen orang Melayu untuk tujuan politik semata-mata.
“Bila mereka dapat apa yang dimahukan, slogan dan perjuangan hanya tinggal dibibir sahaja,” katanya lagi.
Slogan BMF kebelakangan ini menjadi kritikan pedas dalam kalangan penyokong Pas apabila perniagaan Melayu satu demi ‘tutup kedai’ di tengah-tengah kegawatan ekonomi akibat Covid 19 dan PKP.
Rata-rata mereka mengungkit kembali perjuangan parti Islam itu sebelum dan selepas PRU 14. Termasuklah janji-janji dalam demonstrasi di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 2017 lalu yang bertekad mahu meluluskan pindaan Rang Undang-undang 355 tetapi sehingga hari ini tidak langsung disebut oleh kerajaan PN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31534

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asri Janggut Baru Sedar Dan Kecewa Ditipu Pimpinan Pas Bmf Hanya Untuk Politik

Asri Janggut Baru Sedar Dan Kecewa Ditipu Pimpinan Pas Bmf Hanya Untuk Politik

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 248 hits
LEBEL YANG BOLEH FIKIR BUKAN LEBEL YANG TAKAASUB MACAM WALAUN TU TAK BOLEH FIKIR BOB KELANANG Sikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya Perkara ini ...
Wah Kemaih Kerajaan Melayu Isle Pas Suboh Boleh Dah Masuk Pub

Wah Kemaih Kerajaan Melayu Isle Pas Suboh Boleh Dah Masuk Pub

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 244 hits
Shahbudin HusseinSatu lagi cuba teliti SOP yang dikeluarkan MKN ini pub dan kelab malam sama seperti restoran dan kedai makan dibenarkan beroperasi bermula 6 00 pagi lagi dan ditutup jam 10 00 malam Wowww hanya di era kerajaan Melayu Islam ...
Mana Perginya Kempen Bmf Bila Dah Berkuasa Soal Ahli Pas

Mana Perginya Kempen Bmf Bila Dah Berkuasa Soal Ahli Pas

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 215 hits
HAH DIAM DAH LEBAI DAN WALAUNCAI BAB BMF NIH BARANG MAKIN NAIK PATUT TOLONG LA MELAYU KAH February 6 2021 Sikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya ...
Pas Boleh Terima Parti Bukan Berasaskan Melayu Asalkan Tanpa Dap Anwar

Pas Boleh Terima Parti Bukan Berasaskan Melayu Asalkan Tanpa Dap Anwar

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 421 hits
malaysiadateline com Ketua Pemuda Pas Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan Pas boleh menerima parti lain termasuk yang bukan berasaskan Melayu dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ...
Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 222 hits
My comments Hadi kata rasuah tidak termasuk dalam hudud Pas Nauzubillah Hadi kata rasuah adalah mengambil harta secara sukarela Nauzubillah Hadi tidak tahu menahu ajaran ayat al Quran Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jal...
Pembohong Setahun Pn Berkuasa Mana Agenda Bmf Yang Diperjuangkan Pas

Pembohong Setahun Pn Berkuasa Mana Agenda Bmf Yang Diperjuangkan Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 242 hits
February 21 2021 Hujung Februari ini genap setahun kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara Umum masih ingat perjuangan hebat salah satu parti komponen terbesar dalam PN Pas ketika menjadi pembangkang usai Pilihan Raya Umum ke 14 lalu P...
Perjuangan Pas Hanya Sekadar Candu Politik

Perjuangan Pas Hanya Sekadar Candu Politik

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 305 hits
Dan sejarah tercipta lagi apabila empat buah negara Arab mengiktiraf Israel hanya dalam tempoh lapan bulan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri Empat negara itu i...
Akhirnya Sudah Mati Perjuangan Pas

Akhirnya Sudah Mati Perjuangan Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 268 hits
Akhirnya sudah mati perjuangan PAS selama ini dalam usaha mereka untuk menolak judi daripada beroperasi di Malaysia Ahli dan Penyokong PAS sebelum ini bukan main kepoh dan kecoh bab judi dan arak namun setelah PAS menjadi sebahagian daripad...
Muslimat Pas Bentong Persoal Kenapa Adun Dap Bilut Lee Chin Chen Berpemikiran Sengal

Muslimat Pas Bentong Persoal Kenapa Adun Dap Bilut Lee Chin Chen Berpemikiran Sengal

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 358 hits
BENTONG Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut Lee Chin Chen hanya menyerlahkan sikap dangkal paranoid dan rasis apabila mengajukan pertikaian yang tidak wajar terhadap anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia Ketua Penerangan ...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey