Pembohong Setahun Pn Berkuasa Mana Agenda Bmf Yang Diperjuangkan Pas


 



February 21, 2021 Hujung Februari ini genap setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara. Umum masih ingat perjuangan ‘hebat’ salah satu parti komponen terbesar dalam PN, Pas ketika menjadi pembangkang usai Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
Pas ketika itu berkobar-kobar memperjuangkan kempen Buy Muslim First (BMF) dan mahukan pembelaan total ke atas nasib peniaga kecil Melayu.
Melalui kempen BMF kaum Melayu Islam diarah memboikot perniagaan-perniagaan milik Cina yang dianggap penyokong DAP.
Namun selepas Covid 19 melanda dan peniaga Melayu gulung tikar akibat kekurangan pelanggan apakah tidakan Pas yang kini berada di dalam PN?
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Pas tidak melakukan apa-apa pun sejak setahun lalu bagi membantu peniaga Melayu.

Malah katanya, slogan BMF juga tidak lagi kedengaran di bibir pemimpin parti itu sama ada dalam ucapan rasmi mahu pun sewaktu memberi kuliah-kuliah di masjid.
“Semua yang Pas perjuangkan sebelum dapat kuasa seperti hudud, hapus arak, judi, maksiat, keadilan untuk arwah Adib, BMF dan segala macamnya sunyi sepi selepas mereka berkuasa.
“Hakikatnya Pas sudah berpuluh tahun memberi gambaran salah kepada orang Melayu dan Islam. Kononya bertekad mahu perjuangkan Melayu Islam tetapi bila jadi Kerajaan Persekutuan satu apa pun tak jalan.
“Jasa mereka adalah membuat rakyat taksub kepada perjuangan Pas. Hari ini mereka diam seribu bahasa. Tidak ada seorang pun yang bangkit perjuangkan apa yang mereka mahu laksanakan.
“Ekonomi orang Islam yang berskala kecil langsung tidak dipedulikan bila ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Pas di Kelantan walaupun jadi kerajaan negeri tetapi diam soal air bersih dan sampai sekarang tak ada yang tampil selesaikan isu ini. Yang mereka tahu berlumba-lumba beli kereta mewah dan sebagainya,” kata Azan ketika dihubungi.
Menurut Azan lagi, Pas sepatutnya mengusahakan bantuan kepada peniaga kecil Melayu yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi. Namun tiada bantuan serupa itu ditawarkan, walaupun di negeri-negeri yang majoritinya Melayu penyokong parti itu seperti di Kelantan dan Terengganu.
Malah katanya, barang keperluan bantuan banjir yang diusahakan Pas kepada penduduk di Pantai Timur baru-baru ini juga tidak pasti dibeli daripada pemborong Melayu atau Cina.
Kata Azan, sikap Pas ‘seperti kacang lupakan kulit’ itu kian terserlah selepas menjadi kerajaan pusat, yang mana mereka tidak fokus melaksanakan janji-janji manifesto pilihan raya mahu pun janji membela Islam.
“Realitinya Pas tidak langsung perjuangkan Melayu, slogan BMF itu hanya ayat hipokrit mengelirukan rakyat. Pas gunakan sentimen orang Melayu untuk tujuan politik semata-mata.
“Bila mereka dapat apa yang dimahukan, slogan dan perjuangan hanya tinggal dibibir sahaja,” katanya lagi.
Slogan BMF kebelakangan ini menjadi kritikan pedas dalam kalangan penyokong Pas apabila perniagaan Melayu satu demi ‘tutup kedai’ di tengah-tengah kegawatan ekonomi akibat Covid 19 dan PKP.

Rata-rata mereka mengungkit kembali perjuangan parti Islam itu sebelum dan selepas PRU 14. Termasuklah janji-janji dalam demonstrasi di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 2017 lalu yang bertekad mahu meluluskan pindaan Rang Undang-undang 355 tetapi sehingga hari ini tidak langsung disebut oleh kerajaan PN. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/pembohong-setahun-pn-berkuasa-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjuangan Bmf Peniaga Melayu Pas Ke Laut

Perjuangan Bmf Peniaga Melayu Pas Ke Laut

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 256 hits
Hujung Februari ini genap setahun kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara Umum masih ingat perjuangan hebat salah satu parti komponen terbesar dalam PN Pas ketika menjadi pembangkang usai Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Pas ketika itu ber...
Terkini Masalah Dalaman Pas Lepas Berkuasa Bersama Pn Terdedah

Terkini Masalah Dalaman Pas Lepas Berkuasa Bersama Pn Terdedah

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 258 hits
Ramai rakyat Malaysia mula mengeluh Situasi politik dan keadaan ekonomi semakin teruk Umum sedia maklum politik yang stabil memacu ekonomi yang baik Tetapi perebutan kuasa di negara kita semakin menjadi jadi dan tidak lagi selindung selindu...
Asri Janggut Persoal Mana Suara 18 Mp Pas Ruu 355 Masih Tergantung Gantung

Asri Janggut Persoal Mana Suara 18 Mp Pas Ruu 355 Masih Tergantung Gantung

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 279 hits
FAZLI RADZIPengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid secara terbuka mempersoal kesungguhan 18 Ahli Parlimen Pas dalam pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 Genap empat tahun berlalunya Himpunan RUU 355 di ibu negara beliau yang dikenali seb...
Masa Mana Dap Dan Anwar Teringin Nak Bersama Pas Baru 18 Ketul Dah Perasan Pada Hal Hapa Pun Tak Buat

Masa Mana Dap Dan Anwar Teringin Nak Bersama Pas Baru 18 Ketul Dah Perasan Pada Hal Hapa Pun Tak Buat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 297 hits
PAS boleh terima parti lain asalkan tanpa Anwar Ibrahim dan DAPFebruary 25 2021 Pas boleh menerima parti lain termasuk yang bukan berasaskan Melayu dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibr...
Setelah Setahun Memerintah 20 Soalan Untuk Bersatu Umno Dan Pas

Setelah Setahun Memerintah 20 Soalan Untuk Bersatu Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 315 hits
MALAYSIA DATELINESetelah setahun Bersatu Pas dan juga Umno bergabung dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional penyokong Pakatan Harapan khasnya AMANAH mengemukakan 20 untuk mereka Persoalan ini ditimbulkan kepada mereka kerana gabungan men...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Mangkuk Seramik Bunga Tulip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

3 Lagu Untuk Ana

Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri