Perjanjian Persefahaman Gabungan Gabungan Parti Dalam Kerajaan Pimpinan Pakatan Harapan Tidak Berperlembagaan



KENYATAAN MEDIA
Saya memandang serius Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani oleh gabungan-gabungan parti dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mewajibkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari parti masing-masing mengundi usul-usul tertentu di Dewan Rakyat termasuk undi percaya kepada Perdana Menteri yang mana kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi Parlimen yang disandang
Perjanjian ini adalah bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ahli-Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusi hanya apabila mereka melompat parti. Undang-undang anti lompat parti tidak menghalang hak dan kebebasan Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengundi di Dewan Rakyat.
Tidak ada mana-mana bahagian dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki seorang Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusinya jika beliau tidak menurut arahan parti dalam pungundian mana-mana usul atau rang undang-undang.
Malah, hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.
Butiran 21.3 dan 21.2 penyata ini menyebut:
21.3 Jawatankuasa mengambil maklum pandangan bahawa ADR (Ahli Dewan Rakyat) yang tidak mengundi mengikut arahan parti politik (crossing the floor) dianggap bertukar parti adalah tidak berperlembagaan kerana ADR mempunyai hak kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengundi di Dewan Rakyat.
21.4 Jawatankuasa bersetuju bahawa tindakan ADR yang mengundi bertentangan dengan arahan parti politik di Dewan Rakyat (crossing the floor) adalah tidak dianggap bertukar parti dan tidak terhenti menjadi ADR.
Maka, berdasarkan peruntukan dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas yang disebutkan di atas, saya percaya Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani oleh parti-parti gabungan dalam kerajaan pimpinan PH adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Perjanjian yang tidak berperlembagaan ini menunjukkan seolah-olahnya Perdana Menteri tidak yakin beliau akan mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Sekiranya beliau yakin, maka tidak perlulah beliau mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan ini.
Lebih daripada itu, saya bimbang sekiranya perjanjian ini dianggap sah, maka kerajaan pimpinan PH akan memaksa Ahli-Ahli Dewan Rakyat mereka mengundi usul-usul atau rang undang-undang lain pada masa akan datang, termasuk yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan.
Ini kerana, sepertimana yang didakwa oleh Perdana Menteri, beliau telah pun mempunyai sokongan 148 Ahli Dewan Rakyat, iaitu genap majoriti 2/3 Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang membolehkan pindaan perlembagaan dibuat.
Sekiranya perjanjian persefahaman yang berunsur kediktatoran (dictatorial) ini dianggap sah, maka tidak mustahil pindaan perlembagaan yang bertentangan dengan naluri (conscience) Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan nilai masyarakat di negara ini akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa.
Rakyat Malaysia tentunya tidak mahu pilihanraya yang diadakan secara bebas, adil dan demokratik akhirnya menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak demokratik.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
Perikatan Nasional
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/12/17/perjanjian-persefahaman-gabungan-gabungan-parti-dalam-kerajaan-pimpinan-pakatan-harapan-tidak-berperlembagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Tertinggi Bn Tidak Luluskan Syarat Mou Kerajaan Pakatan Harapan Plus

Dewan Tertinggi Bn Tidak Luluskan Syarat Mou Kerajaan Pakatan Harapan Plus

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 88 hits
Parti komponen dalam Barisan Nasional MIC mendakwa syarat syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Pakatan Harapan Plus tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Dewan Tert...
Laporan Polis Perjanjian Kerajaan Perpaduan Pemuda Pn Berhelah

Laporan Polis Perjanjian Kerajaan Perpaduan Pemuda Pn Berhelah

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 81 hits
Laporan polis perjanjian Kerajaan Perpaduan Pemuda PN berhelahPosted By Redzuan WRLR Mediaon December 22 2022Tindakan Pemuda Perikatan Nasional memfailkan laporan polis berkaitan perjanjian persefahaman kerjasama yang dimeterai pemimpin par...
Negeri Negeri Bawah Umno Dan Pakatan Harapan Yang Laksanakan Cabutan Nombor Judi

Negeri Negeri Bawah Umno Dan Pakatan Harapan Yang Laksanakan Cabutan Nombor Judi

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 124 hits
Realitinya Negeri yg terlibat cabutan judi khas 8 kali setahun1 Selangor PH2 Pulau penang PH3 Negeri Sembilan PH4 Johor UMNO5 Perak UMNO PH6 Melaka UMNO PH7 Perlis8 Pahang UMNO PHNegeri yg tidak terlibat Zero Cabutan1 Kelantan PAS2 Terengga...
Pemimpin Parti Nafi Khabar Angin Perubahan Dalam Kerajaan Sabah

Pemimpin Parti Nafi Khabar Angin Perubahan Dalam Kerajaan Sabah

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 80 hits
Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terlibat dalam sebarang plot dan khabar angin itu hanyalah satu provokasi KOTA KINABALU Pemimpin Warisan Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Bersatu Sabah menafikan mereka berpakat menj...
Mou Police Report Lodged Against Pakatan Harapan Plus

Mou Police Report Lodged Against Pakatan Harapan Plus

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 88 hits
A Police Report regarding the Pakatan Harapan Plus MoU has been lodged today at the Dang Wangi Police Station According to the Police Report the Pakatan Harapan Plus MoU is detrimental to parliamentary democracy and is a criminal offence un...
Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Sofea Says Abun Uwee

Family Fun Starts Here Unleash The Power Of Nerf Blasters

Tikam Rakan 28 Kali Kerana Dendam Sering Dibuli

Undi Ph Lebih Teruk Merosot Berbanding Pn Azmin Ali

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections

Pemenang Bintang Paling Popular Tahun 2024