Dewan Tertinggi Bn Tidak Luluskan Syarat Mou Kerajaan Pakatan Harapan Plus



(Utusan) – Parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), MIC mendakwa, syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Pakatan Harapan Plus tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Dewan Tertinggi BN.
Pengamal undang-undang, RT Rajasekaran berkata, selepas mesyuarat terakhir pada 22 November lalu, Dewan Tertinggi BN tidak pernah memanggil sebarang mesyuarat untuk membuat keputusan secara bersama.
Menurut beliau, di bawah Perlembagaan BN, Pengerusi BN tidak boleh dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan ahli Parlimen BN tanpa berunding dengan parti komponen dalam BN.
Katanya, ini juga terpakai kepada Akuan Berkanun (SD), yang kononnya ditandatangani oleh ahli Parlimen BN sebelum Pilihan Raya Umum, SD tidak pernah disahkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi BN.
“Saya juga percaya bahawa tidak semua ahli Parlimen BN telah menandatangani SD.
“Saya membangkitkan isu SD di sini, sekiranya terdapat hujah balas bahawa Pengerusi BN telah diberikan kuasa tanpa had di bawah SD tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam dokumen perjanjian Kerajaan Pakatan Harapan Plus yang dimeterai antara lima gabungan politik, kelmarin antara syaratnya ialah mengikat mana-mana Ahli Parlimen yang gagal, enggan dan cuai untuk mengekalkan keabsahan Kerajaan Pakatan Harapan Plus dalam sebarang undian di Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka serta-merta.
Dokumen itu antara lain menjelaskan setiap parti gabungan hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan keabsahan Kerajaan Persekutuan.
Setiap parti juga hendaklah bertanggungjawab menguruskan secara dalaman bagi memastikan sokongan Parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Pakatan Harapan Plus dalam sebarang undian.
Dalam pada itu, Rajasekaran yang juga pengamal undang-undang mendakwa, sehingga hari ini beliau tidak percaya mana-mana parti komponen diberikan salinan SD yang telah mereka laksanakan sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan bagaimana Pengerusi BN melaksanakan MoU tanpa mendapat kelulusan Dewan Tertinggi.
Selain itu, beliau juga percaya parti komponen mahupun ahli Dewan Tertinggi BN tidak diberi salinan MoU untuk disemak dan memberi pendapat mereka tentang syarat perjanjian.
“Jelas sekali, MoU itu tidak boleh dan tidak boleh mengikat mana-mana ahli Parlimen sekiranya Dewan Tertinggi BN tidak mengesahkan perjanjian tersebut.
“Ia juga tidak sesuai dengan tugas mana-mana ahli Parlimen untuk mengikat diri mereka dengan kerajaan ini tanpa terlebih dahulu mengambil kira kepentingan terbaik pengundi mereka,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana jika dasar kerajaan tidak selaras dengan objektif dan prinsip setiap parti komponen dalam BN.
Soal beliau, bagaimana pula sekiranya setiap ahli Parlimen tidak memutuskan apa-apa dasar dan undang-undang tertentu berdasarkan kesedaran dan kepentingan terbaik mereka untuk pengundi mereka.
“Nampaknya tidak kira betapa teruknya dasar kerajaan atau betapa tidak popular atau tidak adilnya kerajaan, ahli Parlimen perlu menyokong kerajaan kerana takut kehilangan kerusi mereka.
“Saya percaya ini bukan objektif undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu, ” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/12/18/dewan-tertinggi-bn-tidak-luluskan-syarat-mou-kerajaan-pakatan-harapan-plus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Plus S Auto Resign Clause In Mou Unconstitutional Says Lawyer

Pakatan Harapan Plus S Auto Resign Clause In Mou Unconstitutional Says Lawyer

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 114 hits
An automatic resignation clause in the memorandum of understanding between parties in the unity government may be legally suspect and unconstitutional a lawyer said On Friday the coalitions that made up the unity government led by Prime Min...
Mou Police Report Lodged Against Pakatan Harapan Plus

Mou Police Report Lodged Against Pakatan Harapan Plus

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 88 hits
A Police Report regarding the Pakatan Harapan Plus MoU has been lodged today at the Dang Wangi Police Station According to the Police Report the Pakatan Harapan Plus MoU is detrimental to parliamentary democracy and is a criminal offence un...
Pakatan Harapan Plus S Mou Is Between Parties Not Signed By Mps

Pakatan Harapan Plus S Mou Is Between Parties Not Signed By Mps

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 118 hits
They say the basic nature of an MoU is dependent on the understanding inked among the parties involved The memorandum of understanding signed on Friday by the political groups that form the coalition government risks being voided at any tim...
Syarat Wajib Undi Mou Ph Kerajaan Juga Ada Syarat Sama

Syarat Wajib Undi Mou Ph Kerajaan Juga Ada Syarat Sama

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 114 hits
Syarat wajib undi MoU PH Kerajaan juga ada syarat samaPosted By Redzuan WRLR Mediaon December 20 2022Syarat mewajibkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengundi menyokong usul Undi Percaya Belanjawan dan seumpamanya dalam Perjanjian Kerjasa...
Perjanjian Persefahaman Gabungan Gabungan Parti Dalam Kerajaan Pimpinan Pakatan Harapan Tidak Berperlembagaan

Perjanjian Persefahaman Gabungan Gabungan Parti Dalam Kerajaan Pimpinan Pakatan Harapan Tidak Berperlembagaan

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 305 hits
KENYATAAN MEDIA Saya memandang serius Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani oleh gabungan gabungan parti dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan yang mewajibkan Ahli Ahli Dewan Rakyat dari parti masing masing mengundi usul usul terten...
Isu Dewan Pas Pahang Kesal Perangai Lama Kerajaan Negeri Tidak Berubah

Isu Dewan Pas Pahang Kesal Perangai Lama Kerajaan Negeri Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 95 hits
TEMERLOH PAS Pahang membidas sikap kerajaan negeri pimpinan UMNO DAP yang dilihat tidak mengubah perangai lama dengan melarang fasiliti kerajaan daripada digunakan Perikatan Nasional Ketua Pembangkang DUN Pahang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan...
Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 102 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor kesal atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh bagi tujuan Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh kurang daripada tempoh 24 jam...
Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Zim Zim Ala Kazim

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Eka Heights Kediaman Baru Yang Moden Dan Selesa

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Penjara Naqab Neraka Dunia Untuk Tawanan Palestin

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

Tak Hanya Kang Mus Polisi Juga Tangkap Aktor Yogi Gamblez Terkait Narkoba

Santri Di Lamongan Diduga Dianiaya Temannya Korban Diikat Hingga Dibanting Ke Lantai

Bus Rombongan Pelajar Dari Depok Kecelakaan Di Ciater Subang Sejumlah Korban Dilaporkan Meninggal