Perjanjian Ecrl Baru Di Manakah Kerugian Sebenar


Pertama sekali, saya menyambut baik tindakan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan perubahan skop. Walaupun perubahan tersebut adalah merugikan, tetapi ia lebih baik daripada membatalkan projek ini seperti mana pengumuman sebelumnya.
Namun, apakah kerugian perubahan skop ini? Apabila laluan ECRL tidak lagi melalui Gombak Utara, ia akan menghalang proses ‘reverse migration’ daripada berlaku.
Laporan Bank Dunia pada 2014 menunjukkan bahawa negara kehilangan RM20bilion setahun atau RM54 juta sehari kesan daripada kesesakan jalan raya di Lembah Klang sahaja. Kewujudan laluan ECRL dan stesen di Gombak Utara akan mengurangkan kerugian kesesakan, membolehkan pekerja di Lembah Klang bermigrasi keluar dan menetap di kawasan seperti Mentakab dalam keadaan masih bekerja di ibu negara.
Apabila berlakunya ‘reverse migration’, pendapatan purata penduduk di kawasan pedalaman akan meningkat dan menyebabkan kewujudan perniagaan baru / pembangunan seperti shopping complex di kawasan tersebut. Ia tidak lagi boleh berlaku.
Perjalanan Mentakab – KL selepas perubahan laluan akan melebihi 3 jam kerana terpaksa melalui Jelebu dan Putrajaya sebelum bertukar dengan pengangkutan darat lain untuk ke ibu negara. Ia menjadikan pilihan tinggal di kawasan tersebut sebagai tidak lagi ekonomi sepertimana cadangan laluan asal.
Pembatalan stesen-stesen ECRL terutama di Pengkalan Kubor, Jelawat (Kelantan) dan Setiu (Terengganu) akan menyebabkan kawasan-kawasan belum membangun ini tidak lagi dapat menikmati kesan berantai projek (ripple effect). Ini kerana pembangunan hanya akan berlegar di sekeliling stesen dan bukannya di sepanjang jajaran rail kereta api.
Terengganu dan Kelantan akan rugi besar. Jika peniaga bumiputera yang menguasai Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor (Kelantan) akan kehilangan manfaat pengangkutan kesan pembatalan stesen di kawasan mereka, Terengganu pula akan mengalami kesan lebih besar apabila industri silika di Setiu yang menjadi nadi baru ekonomi negeri tidak lagi akan mendapat faedah optimum daripada projek ini.
Pengurangan 3 stesen juga menyebabkan kerajaan akan kehilangan hasil daripada cukai industri, tanah dan korporat yang boleh dinikmati kesan pembangunan di sekeliling stesen ECRL.
Apabila CCCC (China) sebagai kontraktor utama bersetuju untuk menanggung 50% kos penyelenggaraan sebagai timbal balas hak 20% keuntungan bersih, ia sebenarnya menunjukkan bahawa ECRL ini sebenarnya satu perniagaan yang menguntungkan. Berbeza dengan persepsi sebelum ini.
Tarikh siap ECRL ini juga dianjakkan daripada 30 Jun 2024 kepada 31 Dis 2026. Pertambahan 30 bulan. Ia merupakan sesuatu yang merugikan kerana dalam tempoh tersebut, kerajaan akan kehilangan hak untuk memungut cukai, terpaksa menanggung kos tidak langsung kesesakan pembinaan serta risiko kehilangan momentum persaingan ekonomi dengan negara-negara jiran. Momentum ekonomi ini lebih besar nilainya daripada RM21 bilion yang ‘dijimatkan’.
Moratorium (tempoh penangguhan bayaran ansuran) juga tidak dinyatakan. Jika sekiranya tarikh mula bagi pembayaran ansuran kekal sepertimana kontrak asal, maka kerajaan hanya mempunyai masa 4 tahun setengah bagi menstabilkan kewangan ECRL berbanding 7 tahun sebelum ini.
Dan dengan tempoh masa perjalanan antara KL – Kota Bharu yang melebihi 5 jam berbanding 4 jam dalam laluan asal, ECRL akan bergelut untuk mendapat keuntungan disebabkan pakej masa (time vs money) yang kurang menarik kepada penumpang persendirian.
Pengguguran Stesen Kerteh juga akan menyebabkan industri minyak dan gas tidak mendapat impak penuh dalam projek ini. Ia juga akan sedikit merencatkan pembangunan Kerteh yang masih terpaksa bergantung kepada pengangkutan konvensional darat dengan perubahan pelan ECRL.
Kenaikan kuota kontraktor tempatan daripada 30% kepada 40% juga perlu dilihat dengan lebih mendalam. Kebanyakan kos ECRL adalah daripada kerja-kerja pakar yang teknologinya tidak dimiliki kontraktor kecil tempatan.
Makanya, yang lebih berpotensi menerima manfaat adalah kontraktor besar yang sudahpun ‘establish’. Saya pohon agar MP pembangkang dapat mendesak perincian kuota ini dikemukakan di parlimen kelak dan berapa peratus kuota sebenar akan diberi kepada kontraktor bumiputera dan kelas G1.
Pemilikan ECRL juga tidak jelas. Jika sebelum ini ianya 100% milik negara, tapi kini CCCC akan mempunyai 50% saham di dalam sebuah syarikat kerjasama dengan MRL (Malaysia) bagi pengoperasian ECRL. Ini bermakna tenaga kerja juga akan datang daripada negara tersebut dan tidak lagi dikuasai sepenuhnya anak tempatan.
Tempoh milikan juga tidak jelas dan berdasarkan standard syarikat, milikan ini adalah untuk selamanya. Dan jika akan datang kerajaan mahu memiliki sepenuhnya syarikat pengoperasian tersebut (termasuk mengambil semula keuntungan 20% ECRL daripada China), bukankah kerajaan akhirnya terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membeli saham daripada milikan CCCC?
Jadi soalannya, betul ke kita benar-benar telah berjimat RM21.5 bilion?
Abdul Rahim Hilmi Zakariya (thepatriots.asia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/18/perjanjian-ecrl-baru-di-manakah-kerugian-sebenar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Baru Ecrl Kerajaan Diminta Jelaskan 2 Soalan Ini

Perjanjian Baru Ecrl Kerajaan Diminta Jelaskan 2 Soalan Ini

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 269 hits
Pertama saya ingin berterima kasih kerana PH sekali lagi membuktikan kos projek asal ECRL bukan RM29 bilion seperti yang difitnah oleh Tony Pua Sarawak Report dan media antarabangsa yang rapat dengan PH yang tak putus putus tuduh kita senga...
Teori Berdasarkan Pelan Ecrl Yang Baru

Teori Berdasarkan Pelan Ecrl Yang Baru

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 1024 hits
Reminder This is just my theory not an official statement Pereingatan Ini hanyalah sekadar teori peulis bukannya kenyataan rasmi berkaitan projek Kita sudahpun tahu yang jajaran asal bagi ECRL atau Laluan Keretapi Pantai Timur telahpun dile...
Punca Sebenar Ecrl Tidak Melalui Bentong Gombak

Punca Sebenar Ecrl Tidak Melalui Bentong Gombak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 965 hits
Punca Sebenar ECRL Tidak Melalui Bentong Gombak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan keputusan kerajaan untuk menjajarkan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur adalah atas alasan perhubungan dan alam sekitar Punca Sebena...
Terdedah Perjanjian Rahsia Projek Ecrl Melibatkan Ribuan Hektar Tanah Diberi Ke China

Terdedah Perjanjian Rahsia Projek Ecrl Melibatkan Ribuan Hektar Tanah Diberi Ke China

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 362 hits
Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan Kononnya Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Daim pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21 5 bilion kepada RM44 bilion Maknanya Najib samada dia ni bodoh atau pun peny...
Ecrl Baru Lebih Murah Lestari Dan Mesra Alam

Ecrl Baru Lebih Murah Lestari Dan Mesra Alam

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 594 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Tun Daim runding dan met...
Perbezaan Perjanjian Lama Dan Baharu Projek Ecrl Di Malaysia

Perbezaan Perjanjian Lama Dan Baharu Projek Ecrl Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 362 hits
ECRL APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT Artikel diambil dari Adrian Lim Chee En Latar belakang Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian terbaik kerana kerajaan sekarang terpaksa berundi...
Johor Dapat Mb Baru Hari Ini

Johor Dapat Mb Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan Istiadat Penyerahan Surat Tauliah serta Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Baharu Ia selepas Baginda semalam berkenan mene...
Bergaya Dengan Uniform Baru Kgkt

Bergaya Dengan Uniform Baru Kgkt

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 206 hits
Ops jangan menyampah ye bila tengok gambar sesekali cikgu bergaya dengan uniform baru Kelab Guru dan Kakitangan Comey tak kain baby blue dan pink ni Sharing is caring from Cekgu Norazimah
Mb Baru Johor Angkat Sumpah Esok

Mb Baru Johor Angkat Sumpah Esok

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 392 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk melantik menteri besar Johor yang baru pagi esok Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga telah berkenan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan Istiadat Penyerahan Surat Tauliah d...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas