Perjalanan Babylon


  Gua pasti ramai antara kita yang amat teruja dan rindu akan kumpulan rock ini. Apa tidaknya, identiti muzik yang dibawakan mereka suatu waktu dahulu telah berjaya merajai jiwa-jiwa peminat rock hingga ke hari ini. Uniknya Babylon adalah terletak pada alunan muzik mereka yang begitu “garang” melalui genre pure rock & metal yang diperjuangkan berlainan dengan kumpulan rock lain ketika itu.    Babylon terdiri daripada 4 orang ahli antaranya Mohd Hassan(gitar), Mohd Husein(vocal), Kamarulzaman/Kamal (bass) dan Azmi/Black (drum). Nama Babylon sendiri diambil sempena salah satu keajaiban dunia bagi menggantikan nama asalnya, Loser. Semua anggotanya berasal dari Johor melainkan Black yang berasal dari Bruas. Black adalah drummer ke lapan Babylon menggantikan drummer-drummer lama yang sering bertukar ganti. Manakala Kamal merupakan peminat Babylon pada mulanya.    Kumpulan yang ditubuhkan pada 1981 ini awalnya bergiat aktif di kelab-kelab malam seperti Madline Cafe, Pyramid Club dan sebagainya. Tak kurang juga majlis-majlis kahwin, banyak undangan persembahan diterima di mana saja. Tidak kisah tentang bayaran, Babylon tidak pernah menolak sebarang peluang persembahan tambahan pula ketika itu kumpulan-kumpulan muzik sering berlumba-lumba untuk membuat persembahan di setiap keramaian.    Babylon pernah dibayar 10 sen untuk sebuah persembahan mereka dan ada ketikanya tidak dibayar langsung. Itu semua tidak menjejaskan semangat Babylon. Malah mereka enjoy dan puas kerana dapat menghiburkan orang ramai dengan ikhlas.    Sejarah terlakar pada 1983 apabila Babylon menyertai Festival Rock pertama di AmpangPark bersama band-band terkenal ketika itu. Babylon membuat persembahan di hari pertama bersama Search, Up Setter dan Red Alert. Inilah festival Rock yang terawal dan terbesar yang pernah diadakan sebelum era Battle Of The Band yang bertujuan mempromosikan band-band rock tempatan kepada umum.    Babylon menjadikan Loudness, Iron Maiden dan band-band terkenal barat sebagai idola mereka

Studio yang menjadi lokasi jamming mereka ialah Studio Do Re Mi (awal 80an),Studio Hellion, Kg. Baru (pertengahan 80an) dan studio Babylon sendiri di Kompleks Pertama pada lewat 80an. Sepanjang bersama, Babylon menjalani sesi latihan yang ketat dan penuh disiplin di samping menghasilkan lagu-lagu sendiri yang bermutu selari dengan ciri-ciri muzik yang diperjuangkan mereka. Kemantapan karya-karya Babylon menarik perhatian lima buah syarikat rakaman ternama yang menawarkan rakaman album. Akhirnya WEA menjadi syarikat naungan Babylon, sebumbung bersama Ella, Ramli Sarip dan Lefthanded.    Album pertama Babylon menjalani rakaman di King’s Studio dan diterbitkan oleh mereka sendiri. Sebanyak 6 buah karya asal Babylon dimuatkan. Lagu "Metal Fire" dan "Figth For Freedom" menjalani masa rakaman paling lama di mana banyak suntingan dan perincian dilakukan terhadap struktur lagu-lagu tersebut agar tampil mantap. Keseluruhan rakaman album melibatkan masa hampir setahun. Dalam masa yang sama, Babylon menggunakan khidmat Raja Nahar dan Gary Gideon sebagai pemain drum undangan kerana Black telah pun menyertai Wings.    Hasil usaha mereka, sebanyak 47,000 unit album Babylon telah terjual. Lagu hits Babylon "Jambatan" dan "Api Cinta" telah menyertai Muzik-Muzik 1990. Memang banyak show yang tidak dapat dilupakan oleh Babylon sendiri. Antaranya sewaktu beraksi sebagai kumpulan undangan untuk Juara-juara Band Rock Serata Johor. Yang paling manis adalah ketika mereka tampil di hadapan lebih 65 ribu penonton dalam salah satu konsert di Dataran Merdeka pada tahun 1990.    Lebih manis ketika mereka pernah dikerumuni oleh peminat-peminat Mat Saleh. Babylon tidak ketinggalan menerima hadiah daripada peminat-peminat berupa jam tangan, tali gitar, guitar effect, bunga dan sebagainya. Malah ada yang mengajak mereka untuk berkahwin.    Sungguh apa yang diharapkan Babylon sebelum ini tercapai. Apa yang disampaikan mereka menerusi irama dan lagu memberi kesan juga makna kepada setiap jiwa pendengarnya. Ini kerana Babylon bermain dari hati. Sememangnya, penyampaian dari hati ke hati berjaya mewujudkan suatu jalinan yang seterusnya membentuk sebagai sebuah ikatan, iaitu ikatan persaudaraan dalam Rock.    Akan tetapi, kurang perhatian diberikan oleh industri muzik terhadap kumpulan rock ini. Media jarang menampilkan mereka atas alasan Babylon tidak mengikuti arus muzik semasa. Tambahan pula ketika itu kecoh dengan isu rambut panjang yang mana Babylon turus terkena bahangnya.      Permintaan show dari Jepun dan Finland memang ada tetapi tidak pernah diberi lampu hijau oleh syarikat rakaman padahal merekalah band pertama yang menerima tawaran sebegitu. Sebaliknya syarikat rakaman hanya memberikan tumpuan lebih kepada artis-artis terkenal mereka di samping agenda lain yang tersendiri. Sikap pilih kasih ini amat dikesali Babylon.    Cabaran tidak habis di situ. Babylon pernah diboikot oleh wartawan kerana sikap mereka yang tidak melayani wartawan seperti kumpulan-kumpulan popular yang lain. Babylon bukan sompong sebenarnya. Tetapi mereka mahu bebas dari sebarang gosip murahan. Apa yang mahu ditonjolkan oleh Babylon hanyalah MUZIK.    Sejak itu, jarang lagu-lagu Babylon diputarkan oleh stesen-stesen radio. Kurangnya publisiti mendatangkan kesan terhadap penjualan album kedua mereka iaitu hanya 10,000 unit sahaja. Tiada album ketiga dan seterusnya.    Babylon pernah ditawarkan ratusan ribu ringgit oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa di Malaysia untuk merakamkan album dan terus popular, tapi dengan bersyarat. Syaratnya, Babylon mesti ikuti jejak langkah band-band popular Indonesia dan membuat lagu-lagu hits seperti mereka. Dalam pertemuan itu Babylon menegaskan yang mereka tidak akan berubah walau untuk berjuta ringgit sekalipun. Bagi Babylon, bukan wang dan populariti yang dikejar tetapi kejujuran dalam muzik yang diperjuangkan. Itulah prinsip Babylon yang sentiasa dipertahankan demi muzik rock dan juga untuk generasi di kemudian hari.    Biarpun banyak kumpulan rock tempatan masih bertahan walaupun telah bertukar ahli, namun Babylon bukan begitu. Babylon tak akan hidup tanpa Hassan dan Husein. Merekalah “taring berbisa” Babylon. Skill gitar Hassan dan vocal Husein tiada galang gantinya.    Tonggak utama Babylon, Hassan dan Husein
Biarpun cuma dua album, namun ianya sudah cukup mencipta kenangan manis buat mereka. Segala cabaran yang dilalui selama ini amat indah. Walaupun industri membuatkan mereka sepi, namun perjalanan Babylon tidak terhenti setakat itu. Peminat-peminat masih setia menyokong Babylon meskipun antara mereka adalah peminat-peminat dari generasi baru.    Permata yang menyinar akan terus bersinar walaupun dicampakkan ke jurang yang dalam. Itulah Babylon.    Api cinta Babylon terus membara. Seperti membaranya cinta Nebuchadnezzar terhadap isteri tercinta sehingga terciptanya kota ajaib Babylon, begitulah cinta Babylon terhadap peminat-peminat yang tidak akan pernah padam selamanya.     “Fight For Freedom In Music”      tags: Babylon , kumpulan Babylon ,  kumpulan rock Babylon , sejarah kumpulan Babylon , Babylon Band , muzik dari hati , Api cinta , Jambatan , Metal Fire , MUZIK-MUZIK 1990 , WEA , Hassan Babylon , Husein Babylon , Kamal Babylon, Raja Nahar , Festival Rock

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cicaktonjeng.blogspot.com/2012/07/babylon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larangan 2 Minggu Perjalanan Masuk Keluar Ke Melaka Kelegaan Buat Sesetengah Pimpinan Umno

Larangan 2 Minggu Perjalanan Masuk Keluar Ke Melaka Kelegaan Buat Sesetengah Pimpinan Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 188 hits
MALAYSIA NOW Langkah tersebut boleh menyekat menteri dan pemegang jawatan kanan kerajaan daripada menyertai kempen PRN Melaka Umno bakal bertembung PAS dan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Gambar Bernama Pihak berkuasa dijangka baka...
Perjalanan Udara Malaysia Singapura Tanpa Kuarantin

Perjalanan Udara Malaysia Singapura Tanpa Kuarantin

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 163 hits
Perjalanan udara Malaysia Singapura tanpa kuarantin Individu yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID 19 boleh berulang alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November ini Kebe...
Sepanjang Perjalanan Saya Baca Yasin Ibu Zulfarhan Sebak Harap Anak Dapat Pembelaan Sewajarnya

Sepanjang Perjalanan Saya Baca Yasin Ibu Zulfarhan Sebak Harap Anak Dapat Pembelaan Sewajarnya

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 187 hits
Hari ini merupakan hari penentu kepada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain di mana nasib 18 penuntut UPNM yang terlibat membunuh bersubahat membunuh dan mencederak...
Anggota Dpr Minta Pemerintah Cabut Se Menhub Soal Wajib Pcr Perjalanan Darat

Anggota Dpr Minta Pemerintah Cabut Se Menhub Soal Wajib Pcr Perjalanan Darat

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 144 hits
Anggota Komisi V DPR RI Fraksi Demokrat Irwan mengingatkan pemerintah agar tak terjebak dalam pusaran bisnis tes Covid 19 dengan metode polymerase chain reaction Dia menegaskan supaya pemerintah berhenti berbuat zalim atas penderitaan rakya...
Gakeslab Mengaku Kaget Tes Pcr Jadi Syarat Perjalanan

Gakeslab Mengaku Kaget Tes Pcr Jadi Syarat Perjalanan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 213 hits
Randy mengungkapkan Kementerian Kesehatan tidak melibatkan Gakeslab dalam penentuan batas tarif tertinggi tes PCR Padahal idealnya penentuan tarif tes PCR melibatkan berbagai pihak termasuk pengusaha alat kesehatan
Selesai Umrah Tya Ariffin Kini Selamat Tiba Di Malaysia Panjang Perjalanan Amp Perjuangan Nak Balik

Selesai Umrah Tya Ariffin Kini Selamat Tiba Di Malaysia Panjang Perjalanan Amp Perjuangan Nak Balik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 213 hits
Selebriti dan usahawan Tya Ariffin selamat tiba di tanah air setelah menunaikan umrah di kota suci Mekah pada awal pagi Isnin Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya Tya turut memuat naik beberapa keping dirinya yang selamat mendar...
6 Jam Perjalanan Dipendekkan Kepada 2 Jam Polis Itali Guna Lamborghini Hantar Organ Ke Hospital

6 Jam Perjalanan Dipendekkan Kepada 2 Jam Polis Itali Guna Lamborghini Hantar Organ Ke Hospital

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 146 hits
Polis Itali dilaporkan telah menggunakan kereta supercar Lamborghini jenis Hurac n bagi menghantar buah pinggang pesakit yang memerlukan pembedahan segera di hospital untuk memendekkan waktu perjalanan Video proses penghantaran dan perjalan...
Perjalanan Terjauh Dan Terberat

Perjalanan Terjauh Dan Terberat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 83 hits
Perjalanan terjauh dan terberat adalah Perjalanan ke MASJID Sebab terlalu ramai orang kaya tak mampu mengerjakannya Hatta sehari lima kali yang sekali seminggu pun boleh terlupa Tidak jarang pula Ada yang seumur hidup tak pernah pergi kesan...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Warna Hitam Tetap Menarik Dan Cantik Dipakai Dipagi Hari Raya

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking