Perintah Kawalan Pergerakan Gitaris Tersohor Man Kidal Jual Rendang Daging


 

KUANTAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memberikan tempias kepada ramai pihak termasuk golongan artis apabila 'periuk nasi' mereka turut terjejas kerana tiada persembahan. 
Namun bagi gitaris tersohor, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood, 56, untuk meneruskan kehidupan dalam saat getir ini, setiap individu perlu kreatif dan inovatif kerana walau apapun berlaku, kehidupan tetap perlu diteruskan. 
Jelasnya, walaupun tiada persembahan kerana PKP, beliau dan isteri, Norlaila Yusof, 56, berpendapat mereka tidak boleh duduk sahaja mengenang nasib, lalu mengambil inisiatif menjual rendang daging. 
"Isteri saya memang sangat berkebolehan dalam memasak, selama ini pun isteri masak rendang daging hanya untuk keluarga dan kawan-kawan sahaja. Kami tidak pernah pun terfikir untuk menjualnya.

"Apabila sudah dikenali dalam kalangan rakan-rakan, memang ada permintaan yang mahu membeli, jadi disebabkan PKP 2.0 ini, kami mulakan perniagaan menjual rendang daging yang diberikan nama Rendang Daging Sentuhan Kidal. 
"Saya hanya bantu didapur seperti mengacau rendang, merasa supaya rendang daging yang dijual sedap dan akan terus mendapat permintaan ramai," katanya di sini semalam. 
Man Kidal yang juga anggota kumpulan Lefthanded itu berkata, selain fokus kepada perniagaan rendang daging, beliau bermula minggu depan akan menfokuskan kepada menjual persembahan dan teknik-teknik pembelajaran bermain gitar secara dalam talian. 
Sementara itu, Norlaila berkata, setiap hari dia akan menyediakan kira-kira 100 bungkus rendang daging yang merupakan resepinya sendiri.
"Saya mempunyai teknik tersendiri yang mana saya akan masak tidak lebih 15 kilogram daging selama kira-kira empat jam. Ini penting, untuk saya mengekalkan rasa rendang daging ini.
"Selepas siap, saya sejuk bekukan rendang ini 500 gram untuk setiap bungkus. Rendang Daging Sentuhan Kidal ini dijual RM35 sebungkus," katanya. 
Beliau berkata, sejak PKP 2.0 lalu, rendangnya mendapat permintaan memberangkan yang mana sehingga kini lebih 500 bungkus telah terjual. 
"Kaedah pemasaran adalah secara dalam talian, melalui Facebook dan rakan-rakan. Selain itu, kami sudah mempunyai ejen, dua orang di Pahang, satu orang di Johor dan tiga ejen di Kuala Lumpur," katanya. 
Jelasnya, selain Rendang Daging Sentuhan Kidal, dia akan menghasilkan produk makanan baharu minggu depan iaitu Daging Harimau Menangis yang dijual dengan harga RM35 untuk 500 gram. 
Beliau berkata, mereka yang berminat untuk membeli Rendang Daging Sentuhan Kidal boleh menghubungi nombor 0193017778, 0165846297 dan 0169221717 untuk pertanyaaan dan urusan pembelian. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/perintah-kawalan-pergerakan-pkp-gitaris.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemasangan Palang Di Dewan Terbuka Taman Kasih Putera Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021

Pemasangan Palang Di Dewan Terbuka Taman Kasih Putera Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 380 hits
23 Januari 2021 Dewan Terbuka Taman Kasih Putera BahauMasih ada juga yang membawa kenderaan masuk ke dalam dewan
Idea Aktiviti Untuk Anak Anak Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Idea Aktiviti Untuk Anak Anak Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 285 hits
Alamatt Negeri Terengganu Pahang Kedah Perlis pun mengikut langkah Negeri Kelantan juga yer Dalam Negeri Kelantan sendiri pun dah hampir keseluruhan zon merah kecuali Jeli yang masih zon kuning Semoga terus kebal la satu zon tu In Shaa Alla...
Polis Nafi Bandar Temerloh Akan Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Polis Nafi Bandar Temerloh Akan Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 239 hits
TEMERLOH Polis menafikan khabar angin mendakwa Bandar Temerloh bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hari ini Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab...
Perintah Kawalan Pergerakan Di Sambung Dua Minggu Lagi Bermula 5 Feb Hingga 18 Feb Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Di Sambung Dua Minggu Lagi Bermula 5 Feb Hingga 18 Feb Ini

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 218 hits
PETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan disambung kepada tempoh dua minggu lagi iaitu bermula 5 Februari ini hingga 18 Feruari 2021 di seluruh negara Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setelah perbincangan di...
Kerajaan Pahang Setuju Laksana Remisen Bagi Fi Daftar Pindah Milik Dan Perintah Jual Tanah

Kerajaan Pahang Setuju Laksana Remisen Bagi Fi Daftar Pindah Milik Dan Perintah Jual Tanah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 579 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang setuju laksana remisen bagi fi pendaftaran pindah milik perintah jual tanah Dalam kenyataan media Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Negeri yang sentiasa responsif kepada adua...
Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini

Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 372 hits
MARAN Felda Jengka 20 di sini dikenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti bermula semalam sehingga 18 Februari ini susulan peningkatan kes positif Covid 19 di tanah rancangan itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed S...
Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 514 hits
Semenjak pandemik Covid 19 melanda negara dan seluruh dunia ramai diantara kita yang telah kehilangan sumber pendapatan Sama ada hilang sepenuhnya akibat diberhentikan kerja tidak dapat menjalankan bisnes seperti biasa ataupun hilang sebaha...
Jual Beli Kucing Peliharaan Apakah Haram

Jual Beli Kucing Peliharaan Apakah Haram

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 287 hits
Apa hukum jual beli kucing peliharaan apakah dihukumi haram walau cuma untuk mengganti uang pakan selama pemeliharaan
Rendang Pedas Ayam Kampung

Rendang Pedas Ayam Kampung

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 393 hits
Bila berada di rumah kita sebenarnya lagi sibuk dari waktu berada di pejabat Macam macam urusan yang hendak dibuat Waktu bekerja dulu saya punya banyak masa untuk diri sendiri Saya bertolak pukul 6 30 pagi dari rumah Tiba di pejabat saya me...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco