Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Timbul Kekeliruan


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Timbul Kekeliruan | Nampaknya ada kekeliruan berhubung perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) apabila beberapa kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak mematuhi kelonggaran perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

PKPB, yang dikuatkuasa mulai Isnin, tidak diterima baik oleh beberapa kerajaan negeri apabila mereka mengumumkan pelbagai rancangan berhubung kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, hingga menimbulkan kekeliruan kepada perniagaan dan orang ramai di negeri yang berkenaan

Pada mulanya dilaporkan bahawa Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak enggan mematuhi PKPB, dengan kebanyakannya membuat keputusan untuk terus mengekalkan PKP4 yang akan berakhir 12 Mei.

Bagaimanapun, Kedah dan Kelantan terpaksa bersetuju hari ini untuk melaksanakan PKPB dengan serta merta seiring dengan keputusan yang dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan

Bolehkah negeri-negeri berkenaan tidak mematuhi PKPB Kerajaan Persekutuan dan mengeluarkan arahan mereka sendiri untuk disesuaikan dengan keutamaan negeri masing-masing

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Timbul Kekeliruan
Menurut beberapa pakar perundangan, kerajaan negeri tidak boleh menolak untuk mematuhi penguatkuasaan PKPB atau fasa kelima PKP yang diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan, memandangkan PKP4 kini batal dan tidak sah

Peguam terkemuka, N Sivananthan berpendapat, kerajaan negeri tidak boleh menolak untuk mematuhi PKPB yang telah diwarta untuk dilaksanakan mulai 4 Mei hingga 12 Mei kerana ia menggantikan peruntukan bagi PKP4

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa yang sah untuk menolak bagi pematuhan PKPB seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan

“Sebarang percubaan untuk menghalang rakyat daripada mematuhi PKPB akan tertakluk kepada undang-undang dan rakyat yang mengalami kerugian akibat daripadanya boleh mengemukakan saman terhadap kerugian,” katanya

Hargai pandangan kerajaan negeri
Berkongsi pendapat yang sama, peguam Amer Hamzah Arshad berkata, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (undang-undang Persekutuan), Kerajaan Persekutuan menerusi menteri yang bertugas, dibenarkan membuat peraturan tertentu

Beliau berkata, di bawah peraturan PKPB, ia membenarkan sektor-sektor tertentu untuk beroperasi semula

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Timbul Kekeliruan
“Pada masa yang sama, kita perlu menghargai bahawa kerajaan negeri masih mempunyai suara mengenai perkara yang berkaitan dengan kesihatan awam dan pengawalan penyakit. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, kerajaan negeri menerusi majlis tempatan, mempunyai beberapa kuasa untuk mengawal dan menguatkuasakan kuarantin mengikut mana yang berkenaan

“Contohnya, kita melihat majlis kerajaan tempatan mengambil inisiatif mereka untuk mengawal dan menguatkuasa undang-undang bagi membendung penularan denggi,” katanya

Bagaimanapun, Amer Hamzah menekankan apabila ia melibatkan operasi perniagaan, kerajaan negeri menerusi majlis kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen perniagaan dan permit dan dalam beberapa hal membatalkannya

Peguam itu berkata, persoalannya sekarang ialah sama ada terdapat konflik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan

"Apabila terdapat konflik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan nNgeri, Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa keputusan eksekutif Kerajaan Persekutuan mengatasi dan perlu dipatuhi,” katanya

“Persoalan sebenar yang harus dibangkitkan ialah sama ada Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat mengingkari PKPB atau ia adalah kes yang menyaksikan Kerajaan Negeri cuba melaksanakan PKPB secara lebih berkesan dengan memasukkan perincian tambahan yang membabitkan keselamatan dan langkah pencegahan

“Apapun, selagi ia tidak bercanggah dengan semangat PKPB, maka adalah sah untuk kerajaan negeri berbuat demikian,” kata Amer Hamzah
"Sebaik-baiknya perlu ada perbincangan menyeluruh antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sebelum itu kerana kedua-dua pihak berhak melontarkan pendapat dalam isu yang membabitkan kesihatan awam dan pencegahan penyakit

“Ini boleh mengelak kekeliruan dalam kalangan orang ramai,” katanya

Sementara itu, peguam Lim Wei Jiet berpendapat bahawa kerajaan negeri berpandangan bahawa mereka ingin melakukan pengubahsuaian berhubung PKPB dengan melaksanakan sekatan pergerakan tambahan

“Bagaimanapun, pandangan saya berkaitan keperlembagaan tindakan kerajaan negeri adalah seperti berikut: Kita perlu terlebih dahulu mengiktiraf bahawa “kesihatan awam” dan “pencegahan penyakit” terletak di bawah Senarai Bersama dalam Perlembagaan kita – ini bermaksud bahawa kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa dalam hal seumpama

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Timbul Kekeliruan
“Tidak diragui, di bawah Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan, sesebuah Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tidak boleh menggunakan kuasanya untuk menghalang atau menjejaskan perjalanan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan

“Pemakaian Perkara 81 adalah jelas dalam kes-kes yang mana Kerajaan Persekutuan mengenakan sekatan dalam sesuatu perkara khusus namun piihak berkuasa negeri enggan mematuhinya – maka jelaslah bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah dipatuhi dalam keadaan seperti ini,” katanya

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan adalah berbeza jika kerajaan negeri ingin mengenakan sekatan tambahan dalam isu yang menyaksikan Kerajaan Persekutuan tidak berbuat demikian

“Inilah yang berlaku hari ini. Contohnya, Selangor dan Pulau Pinang yang mengenakan sekatan tambahan berkaitan makan di restoran sedangkan Kerajaan Persekutuan tidak berbuat demikian

“Ini boleh dihujah sebagai bukan menghalang atau menjejaskan perjalanan kuasa eksekutif sebaliknya tindakan yang dilakukan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri,” katanya. - bernama





Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/05/perintah-kawalan-pergerakan-bersyarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di Pulau Pinang Bermula 8 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di Pulau Pinang Bermula 8 Mei 2020

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 503 hits
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 8 Mei ini kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow Menurut beliau hanya sektor yang dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga sahaja dibena...
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bakal Meransang Peningkatan Jumlah Kes Positif Covid 19 Dengan Mendadak

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bakal Meransang Peningkatan Jumlah Kes Positif Covid 19 Dengan Mendadak

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 521 hits
assalamualaikum salam sejahtera apa khabar semua hari ni masih stress masih lagi keliru masih lagi marah apapun pengumuman yg telah dibuat oleh PM TSMY semlm kita terima dgn hati terbuka saya sgt pasti sebelum beliau membuat kenyataan sedem...
Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Fasa 4 Aktiviti Minggu 7

Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Fasa 4 Aktiviti Minggu 7

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 520 hits
Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19 Fasa 4 Aktiviti Minggu 7 Dalam diam kita dah masuk ke minggu ke 7 49 hari dah kita duduk rumah Minggu ni bermula perubahan drastik di mana PKP mula dilonggarkan kita ke arah cara hidup yang lebih baik da...
Covid19 Perintah Kawalan Pergerakan Untuk Cegah Penularan Covid 19 Pkp

Covid19 Perintah Kawalan Pergerakan Untuk Cegah Penularan Covid 19 Pkp

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1061 hits
COVID19 Perintah Kawalan Pergerakan untuk Cegah Penularan COVID 19 PKP Apa pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan untuk Cegah Penularan COVID 19 Kenapa perlu akur Kenapa 14 hari
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya Selangor

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya Selangor

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 573 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID 19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya Selangor Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutusk...
Hikmah Covid 19 Kepada Seluruh Dunia Dan Kesan Kawalan Pergerakan

Hikmah Covid 19 Kepada Seluruh Dunia Dan Kesan Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 537 hits
Beberapa hikmah disebalik berlaku wabak covid 19 1 Lapisan ozon bumi yang semakin nipis hampir pulih dan akan pulih sepenuhnya Sumber gambar astro awani2 Pencemaran alam sekitar terutamanya udara persekitaran dan sungai berkurangan Perbandi...
Pkns Bantu Tiga Asnaf Terkesan Perintah Kawalan

Pkns Bantu Tiga Asnaf Terkesan Perintah Kawalan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 314 hits
SHAH ALAM 5 MEI Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyampaikan sumbangan bernilai RM14 250 kepada tiga komuniti asnaf di negeri ini semalam yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Anak syarikat Kerajaan Negeri itu dalam kenyataa...
Pergerakan Dari Bandar Untuk Balik Ke Kampung Tidak Dibenarkan Ismail Sabri

Pergerakan Dari Bandar Untuk Balik Ke Kampung Tidak Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 320 hits
PUTRAJAYA Mereka yang berada di bandar tidak dibenarkan sama sekali untuk pulang ke kampung lebih lebih lagi menjelang Ramadan tegas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri berkata hanya mereka yang terkandas di kampung di...
Covid19 Pkp Kerajaan Akan Membenarkan Pergerakan Penghantaran Pulang Pelajar Ipt Ke Kampung Bermula 27 4 2020

Covid19 Pkp Kerajaan Akan Membenarkan Pergerakan Penghantaran Pulang Pelajar Ipt Ke Kampung Bermula 27 4 2020

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 494 hits
KERAJAAN AKAN MEMBENARKAN PERGERAKAN PENGHANTARAN PULANG PELAJAR IPT KE KAMPUNG BERMULA 27 APRIL 2020Penghantaran pulang itu hanya membabitkan kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesa...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet