Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bakal Meransang Peningkatan Jumlah Kes Positif Covid 19 Dengan Mendadak
assalamualaikum & salam sejahtera 😊
apa khabar semua hari ni
masih stress? masih lagi keliru? masih lagi marah? 😃 😄apapun pengumuman yg telah dibuat oleh PM TSMY semlm, kita terima dgn hati terbuka
saya sgt pasti, sebelum beliau membuat kenyataan sedemikian, pasti team di belakangnya telah memikirkannya dari pelbagai sudut
status negara kita setakat semlm
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bakal meransang peningkatan jumlah kes positif COVID 19 dengan mendadak?
telah diumumkan bahawa mulai lusa (4 mei 2020), PKPB akan bermula. beberapa sektor ekonomi boleh mula beroperasi.
dlm bahasa mudahnya, byk perniagaan dibolehkan utk beroperasi. antara contoh yg saya boleh highlight adalah seperti kedai makan. dobi layan diri. kedai makanan haiwan, kedai alatulis & buku, kedai elektrik dan juga kedai perabot.
JGN SALAH SANGKA YE - BUKANNYA PKP DITARIKBALIK.
hanya melonggarkan sedikit syarat-syarat PKP, ianya bersyarat 👇👇👇.
ini antara faktor kenapa PKPB diumumkan
👉 👉 👉 PKPB ni ada 9 SOP / syarat penting :penjarakan sosial 1 meter.kerap mencuci tangan / penggunaan hand sanitizer.penggunaan penutup muda dan hidung (facemask).saringan kesihatan di setiap premis perniagaan.keutamaan melindungi bayi, kanak-kanak, warga emas dan OKU. sebab mereka ni adalah yg mudah dijangkiti!individu tidak sihat dinasihatkan terus buat pemeriksaan kesihatan.bilangan penumpang di dalam kenderaan awam mesti mengamalkan penjarakan sosial juga (LRT, MRT, monorel, bas).menggalakan transaksi secara online.terus melaporkan dgn segera / serta-merta kiranya ada gejala penularan COVID 19.
kena ingat. kita jaga kita, kan
kita boleh kawal diri kita
kita boleh kawal pergerakan ahli keluarga kita. jgn ambil mudah
tak perlulah ke supermarket berdua-duaan. si suami tak mahir beli brg dapur, isteri je lah yg pergi
sekarang dah boleh keluar berdua, elakkan, hanya jika perlu
then, jgn la akal tu panjang sgt, ibu ayah sebuah kereta dan anak-anak di sebuah kereta yg lain, berjumpa di supermarket. Allahu Akbar! ni terjadi ye korang. jgn kata saya buat cerita dongeng plak
guna akal yg Allah beri tu dgn adil dan saksama
adil kepada diri sendiri dan org lain. kita jaga kita. kita mampu mengekang penularan COVID 19 ni
kita tak perlu keluar seisi keluarga membeli-belah baju raya...kita tak perlu keluar dan berbuka puasa di kedai makan...kita tak perlu la keluar rumah selepas solat terawikh dan berjogging, riadah...
KENA INGAT
kelonggaran ni diberikan demi utk meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi individu tu sendiri
kerajaan bagi peluang utk kembali bekerja
jgn nanti, tak jaga diri, tak kawal diri, COVID 19 kembali menular - PKP darurat plak terpaksa diumumkan kerajaan. masa tu, PADAN MUKA KORANG
AKHIR SEKALI, 👇👇👇 BACA DAN SILA TERASA
hari ni kita boleh melihat betapa SYUKUR itu sangat kurang dalam jiwa kita
PKP salah!PKPD silap.PKPB tak betul!moratorium - mungkir janji.rentas sempadan dihalang - zalim.rentas negeri dihalang - double zalim!suruh duduk rumah salah.tak bagi keluar rumah salah.iri hati dgn org yg kerja dari rumah tapi gaji jalan.iri hati dgn rezeki org berniaga.iri hati dgn penjawat awam - tak kena potong gaji.iri hati dgn cikgu.iri hati dgn ustaz yg beri bantuan kat org susah.semualah tak betul! serba-serbi tak kena bila rasa SYUKUR itu kurang dlm jiwa kita
dlm keadaan sekarang, sepatutnya kita BERSYUKUR sebab kita bukanlah di antara org yg sedang terbaring di hospital dijangkiti COVID 19
yg lain-lain tu, abaikanlah buat sementara waktu. biarkan... jgn fikirkan
😌 😌 😌bertabahlah ye dlm situasi sekarang. berfikir secara positif
PKPB bakal meransang peningkatan jumlah kes positif COVID 19 dengan mendadak? semuanya bergantung kepada kita
sebarkanlah bahawa SANGAT PENTING UTK KITA SEMUA TERUS #DUDUKRUMAH
💜 💜 💜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/05/perintah-kawalan-pergerakan-bersyarat-covid19.html