Hikmah Covid 19 Kepada Seluruh Dunia Dan Kesan Kawalan Pergerakan
Beberapa hikmah disebalik berlaku wabak covid 19:
1.Lapisan ozon bumi yang semakin nipis hampir pulih dan akan pulih sepenuhnya.
Sumber gambar astro awani
2.Pencemaran alam sekitar terutamanya udara, persekitaran dan sungai berkurangan.
Perbandingan kualiti air sungai sebelum dan selepas lockdown
4.Bertambah bilangan haiwan tanpa gangguan manusia pada habitatnya.
3.Jumlah sebenar warga asing dan lokasi di mana majoriti mereka berada dapat dikenal pasti. Harap kerajaan dapat hantar mereka pulang selepas ni.
4.Ketua keluarga menjadi imam di rumah bagi solat fardu mahupun tarawih di rumah di mana selama ini hanya tertumpu di masjid dan surau.
5.Tabiat suka membazir makanan tidak kira pada hari biasa mahupun bulan ramadan berkurangan.
6.Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan di mana selama ini hampir terabai akibat sibuk dengan kerja setiap hari.
7.Korang tambahlah mana yang patut terima kasih😂
Betapa besarnya impak covid yang kini dah melebihi 3 juta kes, lebih 200k kematian. Setiap suatu ada hikmahnya. Harap bumi pulih, kehidupan dan ekonomi kita juga pulih sepenuhnya lepas ni.
Sentiasa jaga kebersihan, pakai topeng muka dan kerap cuci tangan.
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4
Kesan kepada Perintah Kawalan Pergerakan :
PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.
Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya.
Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app.
Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
Salam cara baru new norm, salam sentuh dada sahaja
Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online.
Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
Taman permainan kanak - kanak ditutup.
Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
Rak - rak di kedai menjadi kosong.
Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Selepas covid berakhir tak boleh melancong ke luar negara dulu, melancong dalam negara dan naikkan kembali ekonomi dalam negara
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
"Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
#copyNpaste
#forMyReference
#stayathome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/04/hikmah-covid-19-kepada-seluruh-dunia.html