Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac


Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.
Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.
Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.
Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.
Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
http://www.beritaviralterkini.com
The post Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/perintah-kawalan-pergerakan-bermula-18-mac/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negara Bermula 18 Mac

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negara Bermula 18 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 465 hits
PUTRAJAYA DIKEMASKINI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 Beliau menjelaskan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpuna...
Perintah Kawalan Pergerakan Antara Negeri Berkuatkuasa Bermula Hari Rabu 18 3 2020 Ditangguhkan Buat Sementara Waktu

Perintah Kawalan Pergerakan Antara Negeri Berkuatkuasa Bermula Hari Rabu 18 3 2020 Ditangguhkan Buat Sementara Waktu

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 395 hits
PEMBERITAHUAN Borang Kebenaran Rentas Negeri Kepada yang berkeperluan untuk melakukan perjalanan rentas negeri contoh KL KEL SAR KED dan seumpamanya dikehendaki mengisi borang yang tersedia di Balai Polis berdekatan sebelum memulakan perjal...
Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 826 hits
assalamualaikum apa khabar semua hampir tamat hari ke 2 kita dlm Perintah Kawalan Pergerakan SILA DUDUK DI RUMAH rayuan PM kita mlm semlm kan sayu mendengar umpama nasihat dari seorang abah bagi saya betapa degil la kebanyakan anak anak aba...
Perintah Kawalan Pergerakan Pada 18 31 Mac Elak Panic Buying

Perintah Kawalan Pergerakan Pada 18 31 Mac Elak Panic Buying

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 732 hits
Malam tadi Perdana Menteri Malaysia ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan iaitu pergerakan rakyat kita terbatas dan kurangkan perjumpaan beramai ramai berkuatkuasa pada 18 hingga 31 M...
Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 663 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat namun ia bukanlah satu perintah darurat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan...
6 Point Penting Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 March 2020

6 Point Penting Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 March 2020

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 410 hits
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 1 Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan sukan sosial dan budaya Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya pasar aw...
Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 687 hits
KUALA LUMPUR 16 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid 19 Ini adalah pertama kali...
Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Negara

Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 448 hits
Utusan Perdana Menteri Malaysia 3 Mac 2020 9 malam Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan...
Luvia Band Bulan Ramadhan Chord

Aston Martin Vanquish Volante The Most Powerful Convertible

Peniaga Baling Barang Semasa Disita Dbkl Rupanya Sebabnya Sikap Kurang Ajar

Dvs Corrects Selangor Exco Man Says Only 14 000 Pigs Culled

Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025

Can You And I Buy Land From Dbkl

Pasar Pendekar Pasar Pagi Dalam Ladang Getah Di Kampung Guntong

Kamaya Feat Firman Nanti Dulu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Musim Angin Timur Tanpa Cuaca Panas Melampau Dan Kemarau

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Raya Dulu Raya Sekarang

The Crucial Role Of An Immigration Lawyer In Achieving Your Immigration Goals

Finding The Right Divorce Attorney Near You

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan Mercun

6 Terbunuh 9 Cedera Apabila Kapal Selam Pelancong Tenggelam Di Laut Merah Mesir