Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020 Hingga 31 Mac 2020 Di Seluruh Negara


Utusan Perdana Menteri Malaysia, 3 Mac 2020, 9 malam

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. 
Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. 
Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan

Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini

Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita

Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa

Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat

Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19

Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa

Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa

Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok

Info : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=528352394727948&id=87363369882


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-mulai-18.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negara Bermula 18 Mac

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negara Bermula 18 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 461 hits
PUTRAJAYA DIKEMASKINI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 Beliau menjelaskan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpuna...
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan14 Hari Akan Dilaksanakan Mulai 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 395 hits
Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari Rabu 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 Berikut adalah Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai COVID 19 Perintah...
Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara

Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 632 hits
Perdana Menteri Malaysia TanSri Muhyiddin Yassin baru sahaja muncul di kaca TV Perdana dengan membuat Perutusan Khas ekoran Wabak COVID 19 Kali ini Rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Tak Boleh Keluar Negara dan juga ...
Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 394 hits
Putrajaya 19 Mac Semua masjid di seluruh negara menghentikan solat Jumaat sehingga Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID 19 berakhir 31 Mac ini Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata hal ini bagi membantu memu...
Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

Covid 19 Malaysia Isytihar Perintah Kawalan Pergerakan 18 Hingga 31 Mac

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 683 hits
KUALA LUMPUR 16 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid 19 Ini adalah pertama kali...
Peningkatan Mendadak Covid 19 Pm Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara

Peningkatan Mendadak Covid 19 Pm Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 564 hits
Pelbagai spekulasi yang berlegar sejak akhir akhir ini berkenaan wabak koronaviru atau dikenali sebagai Covid 19 Malam in Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan untukmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa ...
Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

Hari Ke 2 Malaysia Berehat Perintah Kawalan Pergerakan 18 31 Mac 2020

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 820 hits
assalamualaikum apa khabar semua hampir tamat hari ke 2 kita dlm Perintah Kawalan Pergerakan SILA DUDUK DI RUMAH rayuan PM kita mlm semlm kan sayu mendengar umpama nasihat dari seorang abah bagi saya betapa degil la kebanyakan anak anak aba...
Perintah Kawalan Pergerakan Pada 18 31 Mac Elak Panic Buying

Perintah Kawalan Pergerakan Pada 18 31 Mac Elak Panic Buying

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 729 hits
Malam tadi Perdana Menteri Malaysia ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan iaitu pergerakan rakyat kita terbatas dan kurangkan perjumpaan beramai ramai berkuatkuasa pada 18 hingga 31 M...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus