Peringatan Buat Individu Lengkap Vaksinasi Jangan Salah Guna Kelonggaran Dr Noor Hisham


KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto FAIL NSTP


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP), salah guna kelonggaran yang diberikan serta penguatkuasaan sebagai isu dalam pengurusan krisis COVID-19.

"Isu kini adalah pematuhan (kepada SOP) dan (jangan) ada salah guna kelonggaran serta penguatkuasaan," katanya kepada BH hari ini.

Beliau diminta mengulas kelonggaran diberikan untuk individu lengkap vaksinasi, antaranya jumlah penumpang dalam kenderaan dibenar berdasarkan kapasiti tempat duduk bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kelonggaran itu dikhuatiri diambil kesempatan atau disalahgunakan untuk melakukan pergerakan walaupun tiada urusan penting.

Dr Noor Hisham berkata, kelonggaran kepada individu lengkap menerima vaksinasi bukanlah tiket untuk mereka keluar rumah tanpa urusan penting.

Walaupun kerajaan memberikan kelonggaran pergerakan, beliau menegaskan, orang ramai masih perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan.

Beliau sebelum ini berulang kali mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP dan mengikuti norma baharu sekiranya terpaksa keluar rumah atas urusan penting.

Menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis lalu, Dr Noor Hisham berkata, kelonggaran beberapa kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) diberikan atas faktor ekonomi dan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan COVID-19.

Berikutan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya terus memakai pelitup muka termasuk yang dua lapis jika perlu, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan, elak berada di tempat sesak dan sempit, menjaga diri dan segera mengambil suntikan vaksin.

Terdahulu, menerusi infografik dikongsi Majlis Keselamatan Negara (MKN), terdapat beberapa kemudahan tambahan untuk individu lengkap vaksinasi, antaranya membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk khusus bagi individu lengkap dua dos vaksin di negeri Fasa 1 PPN.

Pergerakan rentas daerah dan negeri bagaimanapun masih tidak dibenarkan kecuali bagi pasangan jarak jauh dan individu dengan mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.

Infografik itu turut menyatakan hanya dua saja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas.

Selain itu, maksimum tiga orang termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, program vaksinasi, keselamatan dan kecemasan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/peringatan-buat-individu-lengkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Salah Guna Kelonggaran Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Jangan Salah Guna Kelonggaran Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 295 hits
Segala kerja keras dicapai negara akan sia sia jika masyarakat leka Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah BANGI Individu yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID 19 diingatkan supaya tidak menyalah guna hak istimewa dan...
Vaksinasi Lengkap Bantu 5 Negeri Kurangkan Kemasukan Pesakit Kategori 3 5 Covid 19 Ke Hospital Menurun Noor Hisham

Vaksinasi Lengkap Bantu 5 Negeri Kurangkan Kemasukan Pesakit Kategori 3 5 Covid 19 Ke Hospital Menurun Noor Hisham

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 220 hits
Dengan lebih banyak orang yang diberi vaksin sepenuhnya kemasukan pesakit kategori 3 5 Covid 19 ke hospital menurun DR Noor Hisham Putrajaya Suntikan dos lengkap vaksin Covid 19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri b...
Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan Dine In Di Restoran

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan Dine In Di Restoran

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 376 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan kemudahan kemudahan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksinasi lengkap Menurut Muhyiddin Yassin setiap keputusan kemudahan yang diberikan kepada individu terima vaksinasi len...
Berikut Adalah Kemudahan Kepada Individu Yang Menerima Vaksinasi Lengkap 2 Dos

Berikut Adalah Kemudahan Kepada Individu Yang Menerima Vaksinasi Lengkap 2 Dos

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 227 hits
Individu lengkap vaksin dibenar rentas daerah Individu yang sudah menerima dua dos vaksin Covid 19 di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkat...
Kapasiti Penuh Kenderaan Dibenarkan Bagi Individu Lengkap Vaksinasi Di Negeri Fasa 1

Kapasiti Penuh Kenderaan Dibenarkan Bagi Individu Lengkap Vaksinasi Di Negeri Fasa 1

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 384 hits
MALAYSIAKINI Tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi mereka yang sudah lengkap divaksin di negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara Sebaliknya bilangan penumpang dengan syarat sudah divaksin penuh berdasarkan kapasiti penuh ke...
Rakyat Bidas Pm Beri Kelonggaran Kepada Individu Terima Vaksin Lengkap

Rakyat Bidas Pm Beri Kelonggaran Kepada Individu Terima Vaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 289 hits
August 9 2021Orang ramai dilihat membidas keputusan kerajaan memberikan kelonggaran kepada individu vaksinasi lengkap kerana dibimbangi mengundang risiko peningkatan bilangan kes positif harian Covid 19 Antara kemudahan yang diberikan ialah...
Jangan Ambil Kesempatan Lengkap 2 Dos Rentas Negeri Daerah Tanpa Tujuan Penting

Jangan Ambil Kesempatan Lengkap 2 Dos Rentas Negeri Daerah Tanpa Tujuan Penting

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 244 hits
Mazli merakamkan gambar kenangan bersama pegawai serta anggota IPD Kota Belud di Kampung Lahanas semasa program Ops Bantu KOTA BELUD Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menggunakan alasan lengkap dua dos suntikan vaksinas...
Hanya Pelanggan Vaksinasi Lengkap Boleh Dine In Di Kedai Makan Labuan

Hanya Pelanggan Vaksinasi Lengkap Boleh Dine In Di Kedai Makan Labuan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 552 hits
Kebanyakan kedai makan di pulau bebas cukai di sini mula menguatkuasakan peraturan baharu membenarkan hanya individu yang menerima vaksinasi lengkap boleh makan di premis LABUAN Kebanyakan kedai makan di pulau bebas cukai di sini mula mengu...
277 Kes Kematian 2 703 Kes Positif Sudah Lengkap Vaksinasi

277 Kes Kematian 2 703 Kes Positif Sudah Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 219 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Sebanyak 277 lagi kes kematian direkodkan hari ini dengan 96 kes berlaku di luar hospital Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata kes sembuh daripada jang...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin