Hanya Pelanggan Vaksinasi Lengkap Boleh Dine In Di Kedai Makan Labuan


Kebanyakan kedai makan di pulau bebas cukai di sini mula menguatkuasakan peraturan baharu membenarkan hanya individu yang menerima vaksinasi lengkap boleh makan di premis (dine-in).


LABUAN: Kebanyakan kedai makan di pulau bebas cukai di sini mula menguatkuasakan peraturan baharu membenarkan hanya individu yang menerima vaksinasi lengkap boleh makan di premis (dine-in) sejak minggu lalu.

Tinjauan Bernama di pusat bandar mendapati, pengusaha kedai makanan dan minuman (F&B) berpendapat peraturan baharu yang ketat itu dapat membantu kelangsungan aktiviti perniagaan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail berkata Taklimat Zon Hijau Labuan Bebas COVID-19 diadakan pada Jumaat lepas (6 Ogos) bersama Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC), Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Labuan serta kira-kira 100 komuniti perniagaan.

Taklimat dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pentingnya pengusaha F&B melaksanakan peraturan makan di premis hanya untuk pelanggan yang lengkap divaksin.

“Peraturan tersebut akan membantu kelangsungan operasi perniagaan mereka. Kita tidak tahu jangkitan mungkin boleh berlaku daripada pelanggan yang tidak divaksin dan ini juga akan dapat membantu Labuan menuju ke zon hijau COVID-19,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hanya Pelanggan Vaksinasi Lengkap Boleh ‘Dine-in’ di Kedai Makan Labuan Pengarah Urusan Living Room, restoran dan bistro terkenal di Labuan, Balvir Singh berkata peraturan baharu itu sangat membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan mengekang penyebaran wabak tersebut.

“Kami turut berkewajipan membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan dalam mengekang pandemik yang masih belum berakhir ini. Kami rasa peraturan ketat yang baru kami laksanakan hari ini akan membantu mereka yang masih ‘di atas pagar’ untuk segera mendapatkan suntikan vaksin,” katanya ketika dihubungi.

Balvir yang juga ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Labuan berkata, kakitangannya di Living Room telah divaksin sepenuhnya.

“Dewan perniagaan kami telah merayu kepada Kerajaan Persekutuan pada Julai lepas agar menimbangkan untuk membenarkan pelanggan yang telah lengkap divaksin dibenar untuk menjamu selera di semua F&B di pulau ini.


“Kita perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kelonggaran ini yang sangat membantu pengusaha F&B meneruskan perniagaan mereka sepanjang tempoh sekatan pergerakan disebabkan pandemik ini,” katanya.

Tinjauan Bernama di restoran termasuk kedai makan menjual sup ikan di kompleks perniagaan Paragon juga mendapati mereka mengenakan peraturan baharu itu dan setakat ini tidak mendapat sebarang aduan daripada pelanggan.

Pemilik restoran lain pula berkata mereka akan memeriksa status vaksinasi pelanggan di pintu masuk melalui aplikasi MySejahtera pada telefon pintar masing-masing, selain sijil vaksinasi bercetak juga diterima.

Kebanyakan kedai makan menetapkan peraturan membenarkan hanya dua orang untuk makan dan ini termasuk rangkaian restoran makanan segera McDonald’s, Pizza Hut, Domino’s dan KFC.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas semalam berkata makan di premis dibenarkan bagi individu yang telah lengkap divaksin bermula esok (10 Ogos) di negeri-negeri yang telah beralih dari Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/hanya-pelanggan-vaksinasi-lengkap-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Individu Lengkap Divaksin Boleh Masuk Pasar Raya Dine In Di Sabah

Hanya Individu Lengkap Divaksin Boleh Masuk Pasar Raya Dine In Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 672 hits
Berkuat kuasa hari ini hanya individu yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk ke pasar raya KOTA KINABALU Kerajaan Sabah memutuskan untuk memperketatkan semula syarat kemasukan ke premis perniagaan dan restoran berkuat kuasa serta mer...
Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan Dine In Di Restoran

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan Dine In Di Restoran

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 360 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan kemudahan kemudahan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksinasi lengkap Menurut Muhyiddin Yassin setiap keputusan kemudahan yang diberikan kepada individu terima vaksinasi len...
Pengusaha Restoran Udang Galah Lega Pelanggan Boleh Dine In

Pengusaha Restoran Udang Galah Lega Pelanggan Boleh Dine In

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 307 hits
Oleh AIN SAFRE BIDIN MUHAMMAD Nur Faris Fiza Muhammad Saufi membersihkan meja di Restoran Udang Galah di Teluk Intan semalam sebagai persiapan untuk menerima kehadiran pelanggan secara dine in mulai esok UTUSAN AIN SAFRE BIDINTELUK INTAN Pe...
Lengkap Vaksinasi Boleh Solat Di Masjid Sukan Tanpa Sentuhan

Lengkap Vaksinasi Boleh Solat Di Masjid Sukan Tanpa Sentuhan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 236 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan persekutuan bersetuju membenarkan aktiviti solat di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kebenaran itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemu...
Gadis Dakwa Temui Piring Terbang Makhluk Asing

Gadis Dakwa Temui Piring Terbang Makhluk Asing

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 648 hits
Murray bergambar bersama piring terbang yang didakwa milik makhluk asing di belakang rumahnya TikTok allymurray222 FLAGSTAFF Arizona Seorang wanita dari negeri Arizona Amerika Syarikat mendakwa telah menemui piring terbang milik makhluk asi...
Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 415 hits
Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk membenar kan warga Malaysia dan warga asing untuk menerima vaksin secara jumpa terus di semua pusat pemberian vaksin di seluruh Sabah Kota Kinabalu Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk memben...
Ibu Tahu Tak Bayi Hanya Boleh Dibedung Sampai Umur 4 Bulan Jika Tidak Ini Yang Akan Terjadi

Ibu Tahu Tak Bayi Hanya Boleh Dibedung Sampai Umur 4 Bulan Jika Tidak Ini Yang Akan Terjadi

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 318 hits
Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi anda yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga Bedung bayi sebenarnya amat mudah untuk dilakukan namun masih terdapat beberapa pera...
Fasa 1 Ppn Kedai Pakaian Antara 11 Sektor Ekonomi Boleh Beroperasi Mulai 16 Ogos

Fasa 1 Ppn Kedai Pakaian Antara 11 Sektor Ekonomi Boleh Beroperasi Mulai 16 Ogos

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 282 hits
Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa 16 Ogos ini umum perdana menteri PUTRAJAYA Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri negeri Fasa 1 Pelan Pemuliha...
Perghh Kedai Larang Pelanggan Bayar Guna Wang Diselit Di Celah Bra

Perghh Kedai Larang Pelanggan Bayar Guna Wang Diselit Di Celah Bra

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 263 hits
Michael Flynn meltakkan papan tanda yang memaklumkan premisnya tidak menerima wang daripada bra kerana cuaca panas Facebookhare on telegraDUBLIN Ireland Pemilik sebuah premis perniagaan yang menyampah dengan pelanggan kerana membuat bayaran...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense